Arwah Tok Wan dulu selalu berpesan pada anak-anak dan cucu-cucunya - menuntutlah ilmu hingga ke liang lahat. Sampai mati pun kena menunutut ilmu, agar kita sentiasa dekat dengan ilmu dan sentiasa mencintai ilmu hingga ke akhir hayat kita. Tok Wan kata salah satu ciri-ciri orang yang beriman adalah orang yang mencintai ilmu.
Kalau kita meninggal ketika kita tengah belajar, InshaAllah kita akan meninggal dalam Husnul Khotimah. Sebab tu, Alah swt memberi ganjaran Syahid pada sesiapa yang menuntut ilmu, sebab proses menuntut ilmu ni dikira sebagai Jihad - ada orang panggil 'Jihad Ilmu'. Susahnya, hanya Allah sahaja tempat mengadu.
Arwah Tok Wan selalu tekankan pasal belajar dan belajar ni berulang-ulang kali. Even Arwah sendiri pun sentiasa pergi ke majlis-majlis ilmu dari muda hingga akhir hayatnya dan sentiasa upgrade dirinya dengan ilmu-ilmu Fardu 'Ain walaupun ada banyak benda yang dia sendiri dah tahu. Tapi selalu kata, 'kita kena sentiasa belajar (upgrade ilmu), supaya kita tak lupa'. Manusia kan mudah lupa.
Dia kata kalau kita ni ada ilmu, kita boleh 'conquer dunia'. 'Conquer dunia' ni ada pelbagai maksud. Tapi maksud yang paling simple ialah - kita boleh menjadi 'pakar' dalam bidang kita.
Mungkin kerana hasil didikan Arwah yang sangat pentingkan tentang 'education' , hampir kesemua anak-anaknya belajar hingga ke menara gading, dan ada yang sambung belajar di luar negara, macam my dad yang belajar kat US dan ada di kalangan ahli keluarga aku yang telah bergelar Doktor Falsafah. Giliran aku?? errrmmm.. Nantilah..
Hasil didikan Tok Wan jugalah, hampir kesemua cucu-cucunya suka belajar dan cintakan ilmu.
Setiap kali kami berjumpa atau berkumpul, mesti topik utama yang menjadi topik perbualan ialah tentang belajar. Samaada bincang pasal silibus sekolah rendah ker, discuss pasal persediaan saudara-mara nak ambil UPSR ke hatta discuss pasal subjek-subjek yang belajar dekat Universiti. Ataupun hanya sembang pasal makanan-makanan yang boleh dimakan untuk bagi kuat ingatan.
Makanan Yang Sihat Untuk Perkembangan Otak
Soal pemakanan, memang kami sekeluarga sangat menjaga, supaya nanti ilmu senang masuk dalam kepala. So, perbanyakkan makan makanan-makanan yang kaya dengan Protein & Omega 3, pastu banyakan makan makanan Sunnah macam madu dan susu.
Sememangnya, topik perbualan kami sekeluarga tak lari dari topik 'education'.
Even sekarang ni pun aku takut sangat dengan perkataan 'VIVA', sampai termimpi-mimpi viva tu, aku cerita kat Ummi aku pasal tu, dia pun boleh bagi kata-kata semangat dan tips macam mana nak overcome perasaan takut VIVA tu walaupun dia sendiri tak pernah buat postgrad..
Pasangan Hidup
Alhamdulillah, Allah swt jodohkan aku dengan orang yang cintakan ILMU juga, juga dari keluarga yang pentingkan 'education'. Alhamdulillah, En.suami faham apa perasaan seorang student dan dia sentiasa support aku untuk terus kuat dan terus belajar dan belajar walaupun bila dah grad nanti. Alhamdulillah, dia pun banyak tolong aku siapkan thesis dan journal paper aku ni. Aku sangat-sangat-sangat berterima kasih kat dia, sebab dia banyak support aku either support dari segi wang ringgit, masa , tenaga dan bagi idea-idea yang bernas supaya tesis aku dapat berjalan dengan lancar. Thanks GOD!. I'm Blessed!
Dan Alhamdulillah, kami juga dapat encourage anak-anak kami untuk cintakan ilmu. Kakak FL sekarang memang nampak suka sangat belajar. Kalau tiba Hari Sabtu, mesti ada sedikit' drama sinetron' sebab mengamuk nak pergi skolah.
Ini rutin harian setiap malam
Adik pun suka tengok gambar-gambar kat buku atau flash card.
Kalau kat rumah, dia sendiri ambil buku dan buat 'homework'. (Sekolah dia tak ade homework, 'homework' tu dia sendiri yang reka dan paksa diri sendiri untuk buat). So, kurang sikit beban mommy daddy nak 'paksa' dia suruh belajar. Setiap hari dia mesti akan membaca buku. Buku tu jadi mainan dia.
Apa yang kami buat, ialah kami 'stimulate' brain dia supaya dia sukakan buku sejak dari dari dalam pantang lagi. Even masa tengah mengandung, mommy banyakkan baca buku. InshAllah, anak tu akan ikut.
Jadi, jika ditanya siapakah mentor kejayaan saya? Jawabnya ialah Arwah Tok Wan saya dan My En.Suami yang selalu bagi saya semangat untuk terus belajar dan belajar sehingga menggengam kejayaan dalam apa jua bidang sekalipun.
P/S : Aku tak grad lagi, jangan salah faham k. Ini semua teknik visualisasi untuk bagi semangat pada diri sendiri supaya teruskan perjuangan menuntut ilmu hingga ke titisan terakhir, InshaAllah kejayaan akan menyusul kelak.
subhanallah . tahniah atas kejayaan yang hebat. ujian pon hebat jugak kan tapi u berjaya harungi dengan baik dan success. congrats!
ReplyDeleteterima kasih awak. Ujian dia tak yah cakap lah, Allah swt je yang tahu, dah banyak kali rasa 'give-up' tu.. tapi besyukur sebab dikurniakan family dan kawan-kawan yang sangat positif..
Deletewowww inspirasi juga buat saya untuk terus belajar hingga ke akhir hayat. Teruskan usaha hingga sukses DP!
ReplyDeleteTQ Fara.. semoga awak pun dapat menggengam kejayaan juga. Kejayaan yang paling berharga sebagai seorang umat Islam - ialah kejayaan dapat menjadi penghunisyurga. Doakan kita semua dapat masuk ke Syurga Allah 1 hari nanti k
Delete