Saturday, September 29, 2018

Idea 'Doorgift' Yang Mudah Dan Praktikal

"Nak bagi doorgift apa erk kat guest nanti?"

 "Nak bagi itu, mahal lah.. "

Itu antara dialog yang selalu keluar masa nak buat majlis repsepsi perkahwinan.

Salah satu benda yang boleh dikatakan wajib ada dalam checklist untuk majlis perkahwinan ialah doorgift. Susah jugak nak fikir apa doorgift yang sesuai untuk diberikan pada tetamu kan, especially untuk keluarga yang baru pertama kali bakal menerima ahli keluarga baru (menantu). 

Kalau nak senang, serahkan saja pada wedding planner dan diaorang akan perah otak untuk fikir dan pergi beli apa doorgift yang sesuai.  Macam-macam idea orang buat, samaada beli siap kat kedai, atau buat sendiri atau tempah jer kat mana-mana kedai yang ada buat service doorgift ni.

Dan ini aku rasakan tengah 'in-trend' sekarang - KICAP.

Ada 2-3 majlis kahwin yang aku hadiri tahun ni, tuan rumah bagi doorgift KICAP JALEN. 

Dan aku rasa ia agak praktikal, sebab aku boleh guna kicap tu kat rumah dan bawa kicap tu pergi travel. Sebab saiz dia kecil jer - comel lote.


Packagingnya pun comel dan menarik

Kalau nak tempah Kicap Jalen ni untuk dibuat doorgift, contact jer nombor yang tertera di situ.
1 Malaysia jalen i boleh pasarkan.


Menarik kan? Ce share apa lagi doorgift yang menarik untuk tahun ni dan tahun depan.. 
mana tahu ada yang dapat idea dari sharing korang ni. 

Thursday, September 27, 2018

Stroller Review | APRICA FLYLE

Ada beberapa orang yang DM aku tanya pasal stroller yang Leeya pakai ni. So, hari ni aku nak buat review pasal stroller kesayangan aku ni. Ni review ikhlas, bukan berbayar tau. dan aku beli stroller ni pun guna duit sendiri, bukan tajaan dari mana-mana syarikat.

Ini dia - APRICA FLYLE

Stroller ni dah dibeli sejak 4 tahun yang lalu, masa Kakak FL kecil-kecil dulu. Alhamdulillah sehingga kini, stroller ni masih berfungsi dengan baik. Stroller ni dah jalan merata tempat dah. Dah pernah naik flight, naik MRT, LRT, naik train. Cuma naik bas belum pernah lagi. hehe. 

Sebelum stroller Aprica ni, kami ada stroller Mclaren Quest. Tapi disebabkan Mclaren tu susah sangat nak fold dan unfold, jadi terpaksa membeli stroller lain.

 Ini Mclaren Quest. Tapi OK jer kalau nak guna. Cuma kena berkerja keras sikit la. Lagi 1, stroller ni agak berat berbanding Aprica Flyle.


Stroller APRICA FLYLE ni ialah salah satu model produk APRICA. APRICA ialah produk keluaran JEPUN. Kalau kat Jepun, memang ramai orang guna stroller ni. Tapi aku tak lah beli kat Jepun, aku beli kat Malaysia je. Beli online je dengan sebuah babystore kat KL ni - BEBETOTZ. Tapi kedai baby tu dah tak de dah skrang. 

  Ini masa kat Kyoto, Jepun beberapa tahun lepas.


Aku beli stroller ni sebab senang nak bawak pergi travel.  Kalau nak travel bawa anak kecil, ikut pengalaman aku -  wajib bawak stroller. Boleh baca sharing aku kat ENTRI INI - "Travel Tips :: Perlu tak bawak stroller?". 

Aprica ada banyak jenis stroller. So boleh pilih sendiri mana yang berkenan. Ada model FLYLE, ada model LUXUNA, ada model KAROON, SORARIA, STICK,  dan banyak lagi lah. Car seat baby pun ada dijual. 



Kenapa Beli stroller APRICA FLYLE Ni? 
1. Aku pilih FLYLE ni sebab stroller ni sangat-sangat-sangat-sangat ringan. Hanya berat 5.0 kg jer. So, bawak sebelah tangan pun OK. Kalau pergi JEPUN, atau negara-negara lain yang banyak menggunakan tangga, memang kita kena bawak stroller yang ringan supaya senang untuk kita usung naik tangga turun tangga. 

2.  Stroller ni boleh fully-recline - 120-170 degrees.


 3. Boleh One hand folds and unfolds. Boleh guna sebelah tangan jer nak buka dan tutup stroller ni , sambil sebelah tangan lagi dukung baby. Sangat-sangat senang especially bila travel dengan bawak barang banyak. 


4. Reversible and adjustable handle. Handle stroller ni boleh buat 2 way. Kedepan dan kebelakang macam dalam gambar ni.



5. Full range hood. Hooding dia boleh tutup penuh. Sebab kalau baby tidur. Lebih selesa dia tidur dalam gelap kan. So, tutup je hooding ni sampai habis, InshaAllah dia akan tidur dengan lena. 

 

Stroller ni boleh diguna sehingga anak-anak berusia 3 tahun.  Kalau ada sesapa yang berminat nak beli stroller Aprica, try la cari kat mana-mana babystore kat Malaysia ni. Kalau tak ada, try beli online kat laman web ni :


Ataupun, kalau ada kawan-kawan pergi Jepun, kirim la kat depa suruh belikan. 

P/S : Stroller ni tak ada rain cover, so rain cover kena beli sendiri. Aku beli kat LAZADA. 
 


hari tu pergi Penang, terlupa nak bawa rain cover, so pakai poncho (baju hujan pakai buang) je lah, beli kat 7-Eleven.



 Selain dari Aprica Flyle ni, ada 1 lagi stroller yang aku rasa berbaloi untuk beli (untuk travel) iaitu Beblum Navi Stroller . Tapi aku tak dapat buat review sebab aku tak guna stroller tu. usah kata guna, pegang pun tak pernah. So, korang bolehlah google pasal stroller ni. 

Hasil carian imej untuk BEBLUM NAVI STROLLER 
 By the way, ini aku nak share tips untuk membeli stroller :

 - Cari stroller yang sangat ringan
- Cari yang mudah nak buka dan tutup, kalau boleh guna 1 tangan pun boleh buat tu semua.
- Cari stroller yang boleh fully recline sebab boleh guna lama - dari newborn sampai besar. Jimat!
- Kalau boleh, cari stroller yang boleh masuk dalam cabin kapal terbang.   


Aku harap apa yang aku share ini dapat memberi koang idea untuk membeli dan memilih stroller yang terbaik untuk si manja korang. Kalau tersalah beli, boleh melayang duit ooo.. Alhamdulillah stroller aprica Flyle  yang aku pakai ni sangat-sangat worth. Sebab masih lagi elok dari 4 tahun lepas hingga sekarang, dah kami memang fully utilise stroller ni, memang lenjan kaw-kaw punya. Masuk lumpur pun pernah. hahahha. 

Tuesday, September 25, 2018

Tahniah Kontijen Terenggnu Juara SUKMA 2018!

Tahniah Kontijen Terenggnu Juara SUKMA 2018 baru-baru ni.

Setiap kalai ada kejohanan sukan besar-besar, aku tak kan lepaskan peluang untuk tengok kat TV. Sebab aku berjiwa sukan, jiwa atlit. Sebab aku dulu seorang atlit.

Bila diumumkan Kontijen Terengganu menang sebagai Overall Champion SUKMA 2018 hari tu, aku happy giler. sebab aku dulu Atlit Negeri Terengganu. 2 kali aku masuk SUKMA. Dan pernah terpilih untuk pergi ujian saringan pemilihan atlit untuk ke SUKAN SEA tapi aku tak pergi, sebab mas tu aku pilih untuk masuk universiti dan nak menumpukan sepenuh perhatian pada bidang akademik. 


Aku dulu atlit Taekwondo Terengganu. Aku stat wakil Negeri Terengganu masa umur aku 12 tahun (Darjah 6). kalau dulu-dulu, kat Sekolah Sukan Bukit Jalil diterima atlit taekwondo, akulah antara orang pertama yang apply nak masuk situ. hahahahha.. (entah dapat entah tidak). Tapi sayangnya, dulu-dulu, tak ada sukan taekwondo kat SSBJ. Sekarang je baru ada. Untunglah junior-junior hakak sekarang. 

Masa sekolah menengah, bukan saja aku aktif taekwondo, tapi jugak aktif main olahraga dan pancaragam. Pernah wakil daerah tau main olahraga. Pernah juga terpilih wakil daerah juga untuk sukan pingpong. Orang kinestetik la sangat kan. Jenis yang tak suka duduk diam. Sebab tu dalam kelas aku tak boleh fokus. Sebab fokus aku asyik pada sukan jer. 


Tapi akhirnya coach taekwondo suruh stop sukan-sukan lain tu, bagi perhatian kat taekwondo jer sebab dia kata nanti aku tak boleh fokus dan badan aku jadi terlampau letih. OK fine. Masa Form 4 aku just fokus pada taekwondo jer dan dah stop semua sukan-sukan lain. Dan masa Form 4 jugak, aku ke Festival Taekwondo Sedunia di South Korea. Itu je lah pencapaian aku yang tertinggi dalam sukan ni. 

Then, bila lepas SPM, ada juga wakil UITM pergi ke National Taekwondo Championship di Sibu, Sabah. Pastu, balik dari Sabah, dah retired taekwondo untuk selama-lamanya sebab masa tu study pun dah makin sibuk dan cita-cita aku yang sebenar ialah dalam bidang akademik ni. So, aku kena lepaskan minat dalam sukan tu demi mengejar cita-cita dalam akademik. My life goal is - Aku nak cemerlang dalam akademik. 

Gambar sekadar hiasan.


Dan bila ada anak ni, aku rasa aku nak hantar anak-anak aku masuk kelas taekwondo sebab aku nak diaorang belajar tentang DISPLIN. sebab dalam sukan taekwondo, DISPLIN adalah NO.1 above everything. Tali pinggang tu tak peting sangat, tapi displi tu yang utama yang diajar dalam mana-mana kelas taekwondo. Displin ni termasuklah displin utnuk respek guru-guru, respek orang tua, respek kawan-kawan, punctual dan sebagainya.

Masa tengok Terengganu ni juara SUKMA, memang ia sangat-sanagt mengimbau kenangan aku bersama dengan Kontijen SUKMA Terengganu suatu masa dulu. GOOD JOB Terengganu! A big Congratulations for the team!

Hotel Review | Emerald Hotel, Sungai Petani

Habis bersuka-ria kat Taman Escape, Penang hari tu, kami pun terus shoot ke Sungai Petani. Sampai di Sungai Petani jam 8 malam. Dekat je dari Penang ke Sungai Petani ni, dalam 30 minit boleh sampai kalau bawak kereta macam driver F1. Kat Sunai Petani, kami stay di Emerald Puteri Hotel. 

Terletak kat sebelah Plaza Tol Sungai Petani jer. Book hotel ni melalui booking.com. Sekeliling hotel ada banyak kedai, salon, dan yang penting ada banyak kedai makan. KFC dan Restoren Mamak pun ada kat sini, boleh jalan kaki jer. Pusat karoeke, PUB, snooker dan Pasaraya Parkson pun ada kat sini. Semuanya boleh jalan kaki jer dari hotel ni.  

So memang sesuai sangat stay kat sini bagi yang nak bercuti di Sungai Petani.


Hotel n adalah dalam kumpulan rangkai Puteri International Hotel. Hotel lain yang dalamrangkaian ni ialah Pantai Puteri Hotel, Melaka dan Grand Puteri Hotel ,Kuala Terengganu.

 

 
 

Sebab apa kami pilih hote ni? Sebab utamanya ialah sebab dia ada swimming pool. hehe . 
sekarang ni kalau pergi mana-mana wajib cari hotel yang ada swimming pool sebab Kakak FL nak swim.


 Swimming pool ni tereltak kat roof top. So, agak panas bila matahari dah berada di atas kepala. 
INi ialah laluan nak ke swimming pool. Cantik! Boleh jadi port OOTD. hehe 




Ini bilik yang kami book. Bilik Deluxe. Tak ada katil king size sebab dah penuh. Biasalah book last minute. Grab je lah apa yang ada. Tapi OK, kami tetap boleh tidur dengan selesa. Soal tidur kami tak kisah sangat, yang penting ialah swimming pool. hahahaha..

Ini toilet dia. Agak luas. Ada bathtub.




Ada disediakan minuman tapi semuanya berbayar.


waktu makan. Kakak memnag nak duduk sebelah adik jer. Dia akan resah gelisah bila ada dia jauh sejengkal dari dia.. hahahha. Over protective gitew.


Makanan dia not bad la. Sedap jugak. Dan pilihan makanan pun variety.

Lobby


Aku sangat recommend hotel ni padasesiapa yang nak bercuti di Sungai Petani, Kedah. Sebab hotel ni berdekatan dengan tempat makan. Tak perlu susah-susah nak drive cari makan. Kat sekeliling hotel ni banyak, even 7-Eleven pun ada sebelah jer. 

Harga hotel ni tak mahal. Affordable. Harga mampu bayar.

Kat Sungai Petani, kami pergi jalan-jalan ke Pantai Merdeka dan Tanjung Dawai. Nak tahu best ke idak, tunggu entri seterusnya k. stay tune. TQ for reading this review neway.

Monday, September 24, 2018

Baby Development at 6 Months Old

Assalamualaikum wbt.

Leeya dah cukup 6 bulan pada 10 September 2018 hari tu. 
Dia pun dah start makan solid food. Boleh baca entri tu kat sini - "Weaning Journey : Her First Spoonful". Last week baru dia dapat pergi check-up  6 months kat KPJ Ampang Puteri dengan her paediatrician - Dr Nomee. 


Sampai hospital, dia kena teman mummy breakfast dulu. hihi

 
Alhamdulillah, development Leeya sangat bagus. Grasp skill dia pun dah kuat. Kalau dia pegang baju mummy, memang terasa sangat baju mummy ditarik-tarik. hihi. While lying and sitting, she can easily hold her head erect and turn it from side to side. But at this time, she still cant manage to get from the prone to the sitting position by herself. 

Sekarang dia dah start makan 2 kali sehari - lunch & dinner. Dan dah start makan bubur, campur ngan puri. Berat dia sekarang 7.4 kg dan tinggi 64 cm. Tak lah berat sangat. Tapi bila mummy dukung dia terasa gak lenguh-lenguh lengan ni. So, most of the time, mummy will let her daddy to carry her. hihi.

Masa check-up hari tu, ambil 2 injection vaccines - I-Hexa (Compulsary) & Pneumococcal (PCV) (Optional). Masa Kakak FL dulu pun sama jugak ambik vaccines compulsary yang disarankan oleh KKM dan  vaccines optional, kecuali Rotavirus kami tak ambil. I-Hexa tu gabungan beberapa jenis cvaccines yang aku sendiri pun tak boleh nak sebut. payah sangat sebutannya. hahaha.

Pasal Eczema pada Leeya, Her paed cakap mild eczema jer. So,at this stage her eczema tu kena rawat macam biasa jer macam mana Kakak FL dulu. 

Hari tu juga, Leeya ada buat ultrasound. Ramai yang tanya kat Insta kenapa dengan Leeya. Tapi nantilah k aku cerita, sekarang takde mood lagi nak cerita pasal tu. Stay tunes k. Doakan yang terbaik jer untuk Leeya. InshaAllah, everything wil be fine. 


Thursday, September 20, 2018

Berehat Semalaman di Cititel Hotel, Penang

Hujung minggu hari tu masa ke Penang, kami stay semalaman kat Hotel Cititel yang terletak di Georgetown, Penang.

Misi ke Penang adalah nak berseronok kat Taman Escape yang terletak di Teluk Bahang. Supposely better stay kat batu ferenghi kalau nak ke Taman Escape sebab lagi dekat. tapi sebab hari sabtu hari tu, kami sampai lewat malam di penang, badan pun dah letih giler, mata pun dah mengantuk giler, jadinya, kami pun bermalam je la di Georgetown. Janji dapat tidur.

Sebenarnya dapat stay kat hotel ni pun dah seribu rahmat sebab hotel yang kami book awal-awal tu tetiba fully book. Ada sistem error di pihak booking.com. (Tapi dapat refund duit balik). So, last minute hunting hotel jam 1 pagi, last-last dapat gak Hotel Cititel ni. TQ Cititel. Nasib baik ada bilik kosong. Kalau tak, tidur di masjid je lah jawabnya.  

kami stay kat bilik Deluxe. Itu je bilik yang available.

 Bilik agak luas, so selesa lah untuk kami 4 beranak ni. agipun nak tidur je kat sini. Esokkannya, pagi-pagi dah keluar.


 Ini bathroom nya.


Ada sejadah untuk Muslim.


Hotel ni ada indoor swimming pool tau tapi kami tak sempat nak berenang-renang bagaikan ikan duyung kat pool tu. Next time la datang lagi.

So, untuk sesiapa yang mencari penginapan mampu milik di bandar Georgetown, Cititel ni adalah salah 1 hotel yang ada dalam list. hihi.

Unboxing Pensonic Slow Cooker


My second baby, Leeya kan dah 6 bulan. So dia dah start makan. Aku ada cerita kat entri ni - "Weaning Journey : Her First Spoonfuls".

Leeya dah start makan vegetable purree, dia dah makan avocado, carrots, pumpkin, potato. Dan sekarang aku rasa dah tiba masanya untuk dia makan nasi (bubur). 

Masa Kakak FL dulu , aku introduce nasi kat dia lambat, rasanya masa umur dia 8 atau 9 bulan. And result nya, kakak Fl jenis seorang yang tak suka makan nasi. Susah lah mummy bila anak tak suka makan nasi, sebab kita kan Orang Melayu, so Orang Melayu memang jenis makan nasi hari-hari. Tapi  bila anak tak makan nasi, mummy kena buat kerja lebih sikit la - kena masak lain. 

Kalau anak makan nasi, mummy tak perlu susah-payah nak masak makanan lain. Just makan jer nasi yang mummy masak tu. Dan Kakak FL pun jenis picky eater.

So atas sebab tu, i learn from my past experience, aku rasa memang patut introduce nasi pada baby at the early stage of her weaning journey sebab kita orang Melayu - hari-hari makan nasi.

Jadinya, en.suami pun belilah slow cooker untuk mummy main masak-masak buat bubur untuk Leeya. Senang sikit guna slow cooker kalau nak masak bubur compare than nak masak guna dapur gas.

 Beli slow cooker ni kat Giant. Beli jenama Pensonic ni sebab yang ini yang paling murah ada kat Giant masa tu. hehe.


Berbalut plastik.

Ini benda yang ada dalam kotak tu.Pot dan cover tu ialah dari material ceramik. Slow cooker ni agak berat, so tak sesuai untuk bawak pergi travel.

 
Inilah rupa slow cooker nya. Mummy pun tak tahu macam mana nak guna cooker ni so mummy belajar tengok You Tube. hehehe.


So, lepas ni bolehlah start masak bubur untuk Leeya.. Yeeaayy.