Jom ke SEEngapore dengan Traveloka Promo Code

in , , by dorsett pink, September 05, 2018
Assalamualaikum wbt.

Korang tahu tak yang next week kita dapat cuti panjang? Apply cuti kat BOSS 3 hari jer, then korang akan dapat 10 hari cuti. Cuti Cuti Hari Jadi YDP Agong, cuti Awal Muharam, cuti Hari Malaysia. Best tak? Heaven kan kalau tiap-tiap bulan macam ni, ibaratnya dunia ni macam kita yang punya la sebab setiap bulan dapat bawa keluarga makan angin. 

So, korang dah plan ke nak pergi mana cuti nanti? Kalau belum, meh aku nak suggest kat korang – jom pergi Singapore. 


Sebab apa Singapore? Apa yang bestnya pasal Singapore? 

Sebab Singapore dekat jer dengan Malaysia. Seberang Selat Tebrau jer dah sampai Singapore. 

Tapi bukan sebab DEKAT jer, aku suggest korang pergi Singapore, tapi sebab Singapore ni ada macam-macam aktiviti yang best untuk korang.  


Apa yang Best di Singapore? 
 
1. Universal Studio Singapore (USS) 
Tempat ni ialah tempat yang paling aku suka pergi dan nak pergi lagi dan lagi. Tak puas kalau pergi sekali jer. Dulu pergi masa time bujang. Kali ni nak pergi dengan anak-anak pula. Mesti syok dan lagi thrill bila bawa anak-anak. 

 Roller coaster dalam USS
(Image courtesy from google image)

 2. Pulau Sentosa 
Sentosa Island ni macam Genting Highlands kat Malaysia la – kota keriangan. Kalau bawak anak-anak, eloklah dating bersuka-ria kat sini. Kat sinilah wujudnya USS. Dan kat sini jugak lah ada macam-macam aktiviti best untuk seisi keluarga. Ada S.E.A Aquarium Singapore, ada Skyline Luge Singapore, Adventure Cove waterpark, dan ada Crane Dance. Korang boleh dating ke Sentosa Island ni naik MRT. Tak susah kan.  


 Skyline Luge Singapore
(Image courtesy from google image)
 
3. Cloud Forest 
Cloud Forest – Gardens by The Bay. Terletak di Marina Garden Drive. Apa yang best kat sini ? Sebab ada the world's tallest indoor waterfall at 35 meters and descend through the surreal mist-filled Cloud Walk and Treetop Walk. Dibuka dari 9 pagi hingga 9 malam setiap hari. Mist timing jam 10.00am, 12.00pm, 2.00pm, 4.00pm, 6.00pm, 8.00pm setiap hari. Harga tiket ialah SGD 28 (adult) dan SGD 15 (3 – 12 tahun). Temperature dalam cloud forest ni ialah 23°C to 25°C. 

 Ini Indoor Garden - Cloud Forest kat Marina Garden Drive
(Image courtesy from google image)


4. Singapore Zoo 
Zoo ni dibuka dari jam 8:30 AM - 6:00 PM.. Harga tiket ke zoo ialah SGD 22 (kids) dan SGD 33 (adult). Zoo Singapore ni best sebab ada Splash Safari Show (jam 10.30 pagi dan 5 ptg setiap hari) yang shoowcase California Sea Lion dan ada Rainforest Fights Back Show (jam 12.30pm and 2.30pm daily).

Ni kat Singapore Zoo 
(Image courtesy from google image)


5. Tengok bunga-bunga cantik  
Untuk pencinta alam dan mat bunga, korang boleh berkunjung ke Singapore Botanical Garden dan National Orchid Garden.  

 National Orchid Garden
(Image courtesy from google image)


 Singapore Botanical Garden
(Image courtesy from google image)


6. Shopping 
Kalau nak shopping, korang boleh ke Bugis Juction, Mustafa Centre, Orchard Road, IMM Outlet Mall, Robinsons The Heeren, Takasyimaya Singapore dan banyak lagi. 


7. Makan-makan 
Nak dapatkan makanan halal kat Singapore tak susah. Senang je nak mencari. Kat mana-mana ada restoren halal. Tapi korang jangan lupa tau untuk cuba – CHWEE KUEH & Sup Tulang Merah Singapura.

 
 Chwee Kueh atau ‘Kek Air’.
Keenakkan nya ialah pada intinya. Dipanggil kek air sebab kat tengah-tengah kueh ni ada air sikit. 
(Image courtesy from google image)


  Sup tulang Singapore memang legend la. 
Memang WAJIB cuba kalau berkunjung di Singapore. 
Korang boleh dapatkan sup ni kat Deen Tiga Rasa kat Golden Mile Food Centre, Beach Road. 
( Image courtesy from Blog mohdzarin.com )


 Banyak kan tempat-tempat best kat Singapore tu kan? 

Dan yang lagi best. Traveloka ada offer percutian ke Singapore dengan tawaran hebat melalui promosi Traveloka SEEngapore - For a roaring good time!  


Sebab apa kena book dengan Traveloka? 
Sebab Traveloka adalah pakar dalam merancang percutian ke Singapore dan tempat-tempat lain juga. Dan sebab Traveloka juga adalah merupakan “one-stop travel app” yang turut menawarkan kemudahan percutian ke Singapore. 

Korang boleh book dengan Traveloka kalau nakbercuti ke Singapore tu sebab dia bagi promosi RM50 flat rate discount untuk penerbangan pergi-balik dari mana-mana lapangan terbang di Malaysia ke Singapore dengan menggunakan Traveloka samada melalui laman web atau aplikasi dengan menggunakan kupon GOSG. 

Korang juga boleh dapat harga special untuk penempahan hotel dengan tawaran potongan tempahan hotel sehingga 20% di Singapore, tak perlukan kupon pun nak tempeh hotel ni klau book dengan Traveloka. 

Korang klik je link ni - https://www.traveloka.com/ms-my/promotion/seengapore dan guna promo code ‘GOSG’ harga promosi. 


Syarat-syarat dan cara membuat tempahan ialah : 

1. Promosi MYR50 hanya sah untuk penerbangan pergi-balik dari mana-mana lapangan terbang di Malaysia dalam satu booking ID

2. Pilih penerbangan dan gunakan kupon kod “GOSG” sewaktu pembayaran

3. Pilih hotel yang mempunyai diskaun 20% dari harga asal daripada senarai hotel yang terlibat

4. Tempoh tempahan: 1 September hingga 30 September (Subject to change)

5. Tempoh Perjalanan: Anytime.


Besst wooo.. Jangan lepaskan peluang keemasaan ke SEEngapore dengan Traveloka Promo Code.
SHARE 18 comments

Add your comment

  1. Nak kena g gak niii.. Cam cun jer.

    ReplyDelete
  2. besnya.. lama x pegi spore. dlu ssh nk cr mknn halal. x pndai lg ms tu. heee

    ReplyDelete
  3. Wahhh bestnya jalan2 cuti2 ke Singapore .. kena bawak anak2 jugak ni ..

    ReplyDelete
  4. Teringin nak pergi. Last pergi time darjah 3

    ReplyDelete
  5. Tiap² tahun pi Singapore tapi pi ziarah family jer... Nanti nak pi tuk holiday lak. Banyak tempat menarik tak sempat lagi jejak. Promo Traveloka ni menggoda sungguh laaa

    ReplyDelete
  6. Banyak jugak diskaun tu, berbaloi!

    ReplyDelete
  7. destinasi pilihan nak pergi ni..hehehee..negara jiran je kot..rugi tak grab sekrg guna traveloka

    ReplyDelete
  8. singapore best pergi.. tempat diabersih

    ReplyDelete
  9. Jom pi Seengapore dengan Traveloka Promo Code!!

    ReplyDelete
  10. Bestnya. Seronok pergi Singapore.

    ReplyDelete
  11. Menarik juga diskaun yang di offer kan. Hotel yang disenaraikan pun dekat2 tempat yang menarik. Takda hal punya sebab MRT dia pun cover semua tempat :D

    ReplyDelete
  12. Sekarang traveloka buat promosi jalan2

    ReplyDelete
  13. dlm wish list jugak tu tp nak tggu baby besar sket..aritu cuti amek 3 hari tp gi penang jer.. ehehe

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE