Hari ni aku nak share something yang wajib ada (for myself) masa aku dalam pantang. Minyak telon - sangat penting untuk bayi selepas dilahirkan. Kalau tengok kat TV ada macam-macam jenis minyak telon bayi yang diiklankan dan yang paling famous ialah Minyak Yu Yi Cap Limau. 

Minyak telon berfungsi untuk melegakan rasa ketidakselesaaan pada perut bayi. Almaklumlah baby baru lahir kan, dia baru nak belajar adapt dengan environment baru. So macam-macam baby akan rasa. Rasa happy la, rasa takut la, rasa tak selesa lah, rasa nyaman lah, macam-macam lah. Dan, kalau baby yang ada kembung perut, salah satunya kita urut guna minyak telon ni. 

Kembung perut bayi - biasa banyak kali kita dengar bila baby masih dalm pantang, even lepas pantang pun ada jer insiden kembung perut ni. Ada macam-macam punca yang menyebabkan kembung perut baby ni. Aku tak pasti apa puncanya. Korang boleh tanya pakcik gugel. 

Tapi so far Alhamdulillah, anak-anak aku tak pernah kena lagi kembung perut ni. Even kaka FL dah umur 4 tahun sekrng, dia tak pernah kena kembung perut ni. 

Apa Rahsianya?


Ini rahsia aku - Minyak Pak Ali. (Ini bukan sponsored post ok. Just nak share jer).

Aku tak pernah beli mana-mana minyak telon kecuali minyak Pak Ali ni. Minyak ni dah diguna turun temurun sejak aku (ya me myself) dalam pantang lagi  dan digunakan hampir seluruh ahli keluargaku. Minyak ni memang sentiasa ada dalam stok kat rumah. So in case kalau sesiapa sakit including myself, aku akan guna minyak ni untuk sapu perut.

Sejak baby dilahirkan, minyak ni sentiasa disapu diperut dan tapak kaki baby selepas mandi. Rutin ni dibuat setiap hari sehingga habis pantang 44 hari. Alhamdulillah baby tak pernah meragam atau menangs sebab masalah perut.

Tapi minyak ni susah nak cari. Aku beli kat Bandar Kuala Terengganu. kalau pergi K.Terengganu memang boleh jumpa minyak ni. Pak Ali tu orang Terengganu. hihi.  

So bila aku ke sana, biasanya aku akan beli banyak-banyak buat stok kat rumah. 

Alhamdulillah, sehingga sekarang Minyak Pak Ali ni banyak berjasa pada aku dan keluarga. hihi..
SHARE 6 comments

Add your comment

  1. ray smpi skrg guna yuyi cap limau

    ReplyDelete
  2. oo mama take note lah minyak pak ali ni kut nak beli in future

    ReplyDelete
  3. bagusnya minyak ni. sekarang minyak yu yi cap limau dah ada kawan nama pak ali :)

    ReplyDelete
  4. suka bau minyak telon kalo kakak spupu sapu kat anak dia.. dap bau =D

    ReplyDelete
  5. first time dengar minyak ni..terima kasih

    ReplyDelete
  6. sama macam akak. minyak telon tak pernah lepas.
    wajib ada.
    pantang anak buang air or salin diaper. sure akak sapu.

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE