Ini dia - APRICA FLYLE
Stroller ni dah dibeli sejak 4 tahun yang lalu, masa Kakak FL kecil-kecil dulu. Alhamdulillah sehingga kini, stroller ni masih berfungsi dengan baik. Stroller ni dah jalan merata tempat dah. Dah pernah naik flight, naik MRT, LRT, naik train. Cuma naik bas belum pernah lagi. hehe.
Sebelum stroller Aprica ni, kami ada stroller Mclaren Quest. Tapi disebabkan Mclaren tu susah sangat nak fold dan unfold, jadi terpaksa membeli stroller lain.
Ini Mclaren Quest. Tapi OK jer kalau nak guna. Cuma kena berkerja keras sikit la. Lagi 1, stroller ni agak berat berbanding Aprica Flyle.
Stroller APRICA FLYLE ni ialah salah satu model produk APRICA. APRICA ialah produk keluaran JEPUN. Kalau kat Jepun, memang ramai orang guna stroller ni. Tapi aku tak lah beli kat Jepun, aku beli kat Malaysia je. Beli online je dengan sebuah babystore kat KL ni - BEBETOTZ. Tapi kedai baby tu dah tak de dah skrang.
Ini masa kat Kyoto, Jepun beberapa tahun lepas.
Aku beli stroller ni sebab senang nak bawak pergi travel. Kalau nak travel bawa anak kecil, ikut pengalaman aku - wajib bawak stroller. Boleh baca sharing aku kat ENTRI INI - "Travel Tips :: Perlu tak bawak stroller?".
Aprica ada banyak jenis stroller. So boleh pilih sendiri mana yang berkenan. Ada model FLYLE, ada model LUXUNA, ada model KAROON, SORARIA, STICK, dan banyak lagi lah. Car seat baby pun ada dijual.
Kenapa Beli stroller APRICA FLYLE Ni?
1. Aku pilih FLYLE ni sebab stroller ni sangat-sangat-sangat-sangat ringan. Hanya berat 5.0 kg jer. So, bawak sebelah tangan pun OK. Kalau pergi JEPUN, atau negara-negara lain yang banyak menggunakan tangga, memang kita kena bawak stroller yang ringan supaya senang untuk kita usung naik tangga turun tangga.
2. Stroller ni boleh fully-recline - 120-170 degrees.
3. Boleh One hand folds and unfolds. Boleh guna sebelah tangan jer nak buka dan tutup stroller ni , sambil sebelah tangan lagi dukung baby. Sangat-sangat senang especially bila travel dengan bawak barang banyak.
4. Reversible and adjustable handle. Handle stroller ni boleh buat 2 way. Kedepan dan kebelakang macam dalam gambar ni.
5. Full range hood. Hooding dia boleh tutup penuh. Sebab kalau baby tidur. Lebih selesa dia tidur dalam gelap kan. So, tutup je hooding ni sampai habis, InshaAllah dia akan tidur dengan lena.
Stroller ni boleh diguna sehingga anak-anak berusia 3 tahun. Kalau ada sesapa yang berminat nak beli stroller Aprica, try la cari kat mana-mana babystore kat Malaysia ni. Kalau tak ada, try beli online kat laman web ni :
Ataupun, kalau ada kawan-kawan pergi Jepun, kirim la kat depa suruh belikan.
P/S : Stroller ni tak ada rain cover, so rain cover kena beli sendiri. Aku beli kat LAZADA.
hari tu pergi Penang, terlupa nak bawa rain cover, so pakai poncho (baju hujan pakai buang) je lah, beli kat 7-Eleven.
Selain dari Aprica Flyle ni, ada 1 lagi stroller yang aku rasa berbaloi untuk beli (untuk travel) iaitu Beblum Navi Stroller . Tapi aku tak dapat buat review sebab aku tak guna stroller tu. usah kata guna, pegang pun tak pernah. So, korang bolehlah google pasal stroller ni.
By the way, ini aku nak share tips untuk membeli stroller :
- Cari stroller yang sangat ringan
- Cari yang mudah nak buka dan tutup, kalau boleh guna 1 tangan pun boleh buat tu semua.
- Cari stroller yang boleh fully recline sebab boleh guna lama - dari newborn sampai besar. Jimat!
- Kalau boleh, cari stroller yang boleh masuk dalam cabin kapal terbang.
Aku harap apa yang aku share ini dapat memberi koang idea untuk membeli dan memilih stroller yang terbaik untuk si manja korang. Kalau tersalah beli, boleh melayang duit ooo.. Alhamdulillah stroller aprica Flyle yang aku pakai ni sangat-sangat worth. Sebab masih lagi elok dari 4 tahun lepas hingga sekarang, dah kami memang fully utilise stroller ni, memang lenjan kaw-kaw punya. Masuk lumpur pun pernah. hahahha.
Nad pun tengah usha stroller ni...senang bila dia nak tidur ke apa..
ReplyDeleteany Japanese stroller at http://japan-baby.com
ReplyDelete