Tahniah Kontijen Terenggnu Juara SUKMA 2018!

in , by dorsett pink, September 25, 2018
Tahniah Kontijen Terenggnu Juara SUKMA 2018 baru-baru ni.

Setiap kalai ada kejohanan sukan besar-besar, aku tak kan lepaskan peluang untuk tengok kat TV. Sebab aku berjiwa sukan, jiwa atlit. Sebab aku dulu seorang atlit.

Bila diumumkan Kontijen Terengganu menang sebagai Overall Champion SUKMA 2018 hari tu, aku happy giler. sebab aku dulu Atlit Negeri Terengganu. 2 kali aku masuk SUKMA. Dan pernah terpilih untuk pergi ujian saringan pemilihan atlit untuk ke SUKAN SEA tapi aku tak pergi, sebab mas tu aku pilih untuk masuk universiti dan nak menumpukan sepenuh perhatian pada bidang akademik. 


Aku dulu atlit Taekwondo Terengganu. Aku stat wakil Negeri Terengganu masa umur aku 12 tahun (Darjah 6). kalau dulu-dulu, kat Sekolah Sukan Bukit Jalil diterima atlit taekwondo, akulah antara orang pertama yang apply nak masuk situ. hahahahha.. (entah dapat entah tidak). Tapi sayangnya, dulu-dulu, tak ada sukan taekwondo kat SSBJ. Sekarang je baru ada. Untunglah junior-junior hakak sekarang. 

Masa sekolah menengah, bukan saja aku aktif taekwondo, tapi jugak aktif main olahraga dan pancaragam. Pernah wakil daerah tau main olahraga. Pernah juga terpilih wakil daerah juga untuk sukan pingpong. Orang kinestetik la sangat kan. Jenis yang tak suka duduk diam. Sebab tu dalam kelas aku tak boleh fokus. Sebab fokus aku asyik pada sukan jer. 


Tapi akhirnya coach taekwondo suruh stop sukan-sukan lain tu, bagi perhatian kat taekwondo jer sebab dia kata nanti aku tak boleh fokus dan badan aku jadi terlampau letih. OK fine. Masa Form 4 aku just fokus pada taekwondo jer dan dah stop semua sukan-sukan lain. Dan masa Form 4 jugak, aku ke Festival Taekwondo Sedunia di South Korea. Itu je lah pencapaian aku yang tertinggi dalam sukan ni. 

Then, bila lepas SPM, ada juga wakil UITM pergi ke National Taekwondo Championship di Sibu, Sabah. Pastu, balik dari Sabah, dah retired taekwondo untuk selama-lamanya sebab masa tu study pun dah makin sibuk dan cita-cita aku yang sebenar ialah dalam bidang akademik ni. So, aku kena lepaskan minat dalam sukan tu demi mengejar cita-cita dalam akademik. My life goal is - Aku nak cemerlang dalam akademik. 

Gambar sekadar hiasan.


Dan bila ada anak ni, aku rasa aku nak hantar anak-anak aku masuk kelas taekwondo sebab aku nak diaorang belajar tentang DISPLIN. sebab dalam sukan taekwondo, DISPLIN adalah NO.1 above everything. Tali pinggang tu tak peting sangat, tapi displi tu yang utama yang diajar dalam mana-mana kelas taekwondo. Displin ni termasuklah displin utnuk respek guru-guru, respek orang tua, respek kawan-kawan, punctual dan sebagainya.

Masa tengok Terengganu ni juara SUKMA, memang ia sangat-sanagt mengimbau kenangan aku bersama dengan Kontijen SUKMA Terengganu suatu masa dulu. GOOD JOB Terengganu! A big Congratulations for the team!
SHARE 2 comments

Add your comment

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE