Ada Hikmah Menjadi Suri Rumah

in , by dorsett pink, October 16, 2018
Sekarang ni kan Kakak FL kena demam campak a.k.a 'chicken pox'. Biasanya tempoh kuarantin untuk pesakit demam ialah 7 - 14 hari, bergantung pada individu. So, sekarang dah masuk minggu ke-2 Kakak FL tak pergi sekolah. Selama dia dalam tempoh kuarantin ni, mommy lah yang menjaga dia di rumah. 

Dah bagitau dia awal-awal, tak boleh keluar rumah, even nak pergi playground dan keluar pergi swimming pun tak boleh, terkena hujan lagilah tak boleh. Just stay calm at home jer. Kalau keluar, risu chicken pox tu akan bertambah teruk. Alhamdulillah dia faham dan dia pun langsung tak minta nak keluar, cuma sekali sekala adalah mommy terdengar rungutan dia 'tak dapat pergi sekolah'. Sedihnya. Sebab dia seorang yang sangat suka pergi sekolah. Mommy pujuk dia, "nanti bila dah sembuh, kita keluar pergi jalan-jalan & swimming k". Dia terus melompat kegembiraan.

Inilah aktiviti dia di hujung minggu kalau tak keluar pergi mana-mana


So far, mommy nampak chicken pox dia tak lah teruk sangat dan dah sembuh. Kat muka clear, langsung tak naik red dot tu kat muka. Mungkin dalam 2-3 hari lagi dah boleh kembali ke sekolah semula. Alhamdulillah.

Dalam tempoh kuarantin ni, antara aktiviti dia kat rumah ialah tengok TV cerita kartun for sure, tengok kartun kat laptop mommy, buat 'homework' dalam workbook yang mommy suruh buat, buat art & craft activity, main-main dan aktiviti yang paling best ialah kacau adik. Alhamdulillah dia tak mintak tengok handphone. Polisi 'No Handphone At Home' yang kami ciptakan tu sangat berkesan. Alhamdulillah.

Ni hobi dia - buat kerja seni.


Alhamdulillah, mommy bersyukur sangat-sangat diberikan rezeki menjadi seorang suri rumah sepenuh masa. Currently, mommy masih lagi bergelar seorang student, but Alhamdulillah, i still can manage my time and my day juggling with my kiddos besides studying. 

At least bila anak sakit, mommy tak perlulah susah-susah nak apply cuti kat boss, tak perlu nak susah-susah fikir siapa nak jaga anak, tak perlu susah-susah nak fikir siapa yang boleh gantikan / buatkan kerja kita  kat ofis,etc etc. Happy sangat dengan life sekarang ni walaupun tak dapat gaji macam dulu. Takpelah, janji anak-anak membesar depan mata dan mommy dapat kesempatan untuk menjaga diaorang sendiri bila diaorang sakit. Itulah hikmahnya berhenti kerja sebagai penjawat awam 6 tahun lepas dan menjadi suri rumah sepenuh masa.

Tapi rasanya sekarang ni Government dah bagi cuti kuarantin untuk ibu-ibu jika anak sakit kan? Not bad lah, OK lah macam tu. At least tak lah effect annual leave.

Sebabkan kitaorang langsung tak keluar rumah dan mommy pun sibuk melayan karenah anak-anak dirumah jer, en.suami bagi reward belanja mommy dan Kakak FL sushi. Yeeaaayyy!

Sushi - favourite mommy dan Kakak FL & Sushi King ialah pilihan kami sebab ada Sijil HALAL.

SHARE 9 comments

Add your comment

  1. Speedy recovery ye Kakak FL.

    That's one of the perks of being a SAHM :)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...puas hati dan gembira..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Kakak pun dah sihat. Mommy pun happy sebab dapat tengok anak-anak membesar depan mata

      Delete
  3. alhamdulilah. jadi suri rumah ada baik nya tp nak benti keje tu... huhuhuh
    insyaALLAH doakan saya juga mampu

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah. saya doakan yang terbaik untuk trex

      Delete
  4. semoga kakak FL cepat sembuh dan boleh pergi sekolah! amin :)

    http://mylittlestoryi.blogspot.com/2018/10/movie-review-always.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you for your doa. Alhamdulillah Kakak FL dah sembuh

      Delete
  5. Baca entry ni rasa sedih pun ada, terharu pun ada. Being a mom ni sangat special kan. Bekerja ke, duduk rumah ke, semua situasi ada pros and cons sepanjang saya dah melalui situasi situasi sebegini. Syukur dapat lihat anak depan mata.

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE