Pekembangan Leeya Ketika Berusia 8 Bulan

in , by dorsett pink, November 30, 2018
Baru hari ni mommy sempat nak update pasal perkembangan Leeya ketika berusia 8 bulan ni. Nasib baik sempat update sebelum masuk Disember 2018. Next month dia dah 9 bulan, so nanti kita update untuk 9 bulan pula. hihi.

Sekarang ni leeya dah boleh merangkak. Mommy ada update kat blogpost ini - 'Leeya Dah Merangkak'.

Habis 1 rumah dia tawaf. Dia ni pantang tengok mommy. Kat mana ada mommy, kat situlah dia ada. Kalau mommy ada kat dapur, dia akan berusaha pergi ke dapur cepat-cepat. Even kalau mommy dalam toilet pun, dia duk ketuk-ketuk pintu toilet tu nak masuk juga. errrmm.. Sampaikan nak mandi dan buat 'bisness' pun tak senang. 


Sejak last week, nampaknya dia dah boleh berdiri. Berdiri kat kerusi ke, kat meja ker, atau kat sliding door. Tapi dia tak pandai nak duduk semula. So, bila dah berdiri tu, bila dah lenguh kaki tu nak turun, mulalah dia akan menjerit mintak tolong. hahahha..

Dah boleh babbling sejak umur dia 6 bulan lagi. Sekarang ni babling dia makin advance sikit la. Dah boleh panggil kakak dia - 'tatak-tatak-tatak'. Perkataan yang paling dia suka sebut ialah 'ba-ba-ba-ba-ba','pa-pa-pa-pa-pa'. Cute jer bunyi nya. bangun tidur jer, dah ddengar suara dia duk ajak sembang. 

Makan pun dah OK. Sekarang ni makan 3 kali sehari. Dulu nak makan makanan yang tak nak blend. Sekarang ni nak makan makanan yang diblend pulak. errrmm... Macam-macam ragam. So mommy kena trial and adjust je lah. Makanan dia mommy campur dengan olive oil sikit sebab nak bagi nutrisi lemak. Ikan bilis dia tak suka, so mommy bagi dia makan ayam. Esok baru nak introduce dia makan ikan.

Ini masa check-up 8 bulan ketika ambil Vaksin Pneumococcal.


Sekarang berat dia 8.0 kg. Dan tinggi 74 cm. Ketinggian dia naik mendadak tapi berat dia tak naik banyak. Last month, berat dia 7.4 kg, so ada peningkatan sebanyak 0.6 kg.
Kakak FL jenis yang suka belajar dan suka membaca. Sekarang umur dia 4 tahun. Alhamdulillah, dah boleh mebaca perkataan yang senang-senang. Kalau dulu, setiap hari dia akan membaca at least 5 biji buku. Dia yang ambik sendiri buku-buku tu, dan suruh mommy atau daddy 'bacakan' untuk dia.


Beli buku yang banyak gambar. Budak-budak tertarik dengan gambar dari tulisan. Kalau banyak tulisan, boring!

Nak mencari buku-buku yang banyak gambar? Boleh beli kat Shopee jer. Ini link nya: https://invol.co/cl7goww



1. Mak Ayah menjadi 'role model'.
Bila mak ayah tunjukkan contoh yang baik, anak-anak akan ikut. Kalau mak ayah membaca depan anak-anak, anak-anak akan turut terikut dengan aktiviti mak ayah tersebut. Budak-budak kan suka meniru.

Sebabkan mommy dia suka menulis, dia pun ikut mommy menulis.
Like mother, like daughter.


2. Jadikan BUKU sebagai alat mainan.
Ini part yang paing best. Jadikan buku tu sebagai toys, mesti anak-anak akan rasa seronok sebab dapat bermain. Ramai orang pandai membaca buku tapi tak ramai yang suka membaca buku. 

So, untuk mendidik anak-anak suka membaca ialah dengan buat dia minat pada buku. Buku itu bukan sekadar alat bacaan, tetapi juga buku tu boleh dijadikan sebagai alatan lain. 

Contoh macam jadikan kipas. Korang pernah tak kipas muka korang guna buku? Pernah kan?

Dia pernah buat buku-buku ni jadi 'rumah' sebab nak main 'rumah-rumah'


3. Buat RUTIN/JADUAL KHAS untuk membaca.
Rutin ni boleh dibuat sejak dari anak-anak baby lagi. Contoh macam Leeya, rutin 'membaca' dia ialah sebelum waktu makan. So, sebelum makan, aku akan bacakan buku untuk dia - 1 buku jer. Itupun dah cukup.


Untuk anak-anak yang lebih bsar macam Kakak FL. Buat rutin untuk kesesuaian masa anak-anak dan ibu dan ayah. Macam Kakak FL ni, rutin membaca dia ialah masa lepas dinner, masa waktu tengok TV tu. Kami buat rutin membaca buku 5 minit jer sehari setiap hari. Sekarang ni sejak dia dah 4 tahun ni, dia lebih suka buat latihan kat buku. So, setiap hari dia memang akan buat latihan kat workbook yang dibeli. Tapi buku pun tetap akan baca juga (buku cerita). 


4. 'Bed time story'.
Ini yang paling efektif. Sebelum tidur, bacakan buku untuk anak-anak  walaupun hanya 1 muka surat sahaja. kalau tak de buku pun, cerita lah pada anak-anak apa-apa cerita yang menarik hati diaorang. Bila buat ni setiap hari, lama-lama ia akan menjadi rutin untuk anak-anak tersebut. Ini pun aktiviti bonding antara mak ayah dan anak-anak.



5. Bagi REWARD pada anak-anak
Ini waktu yang paling best. Bila anak-anak berjaya membaca buku hari tu, bagi dia reward. kalau tak, tak dapatlah reward tu. Reward ni bagi sesuatu yang dia suka. Macam Kakak FL ni reward yang dia suka ialah dapat 'sticker'. Beli jer sticker kat MrDIY atau kat Daiso. hihi. Ataupun reward lain lagi, ialah beli buku baru atau bawak dia pergi kedai buku. Confirm dia akan lompat bintang. hahahha. 


Itulah antara 5 tips yang kita boleh praktik kat rumah untuk menggalakkan anak-anak kita suka membaca buku. Actually, aktiviti membaca ni pun dapat mengeratkan hubungan antara mak ayah dan anak-anak. Bonding time with children. Mulakan sejak dari kecil. Lagi kecil lagi bagus supaya stimulation brain dia bermula dari kecil lagi. Bukan kita nak dia menjadi genius atau dapat masuk universiti umur 7 tahun, tapi hanya untuk 'memupuk rasa cinta pada buku dan ilmu'. 


Punca Sakit Kepala Selepas Bangun Tidur

in , by dorsett pink, November 26, 2018
Aku ni ada migraine sejak mengandungkan Kakak FL. Selalulah diserang sakit kepala. Tak boleh salah sikit, nanti mestii sakit kepala. Kebiasaanya, aku perasan, aku akan diserang sakit kepala bila tak cukup tidur atau tak cukup rehat, dan juga bila cuaca panas atau terkena air hujan. huhu. Memang sensitif sangat. 

So, selalunya memangs elalu bawak Essential Oil Pepperment pergi mana-mana sebab itulah ubat sakit kepalaku. Boleh baca kat entri ni - 'Ubat sakit Kepala'.


Aku tak suka makan panadol atau makan ubat hospital. Seboleh mungkin, aku akan elakkan untuk makan ubat hospital, tapi kalau dah sakit sangat, makan jugaklah. Pernah aku kena inject dengan pain killer sebab essential oil dan panadol pun tak jalan. 

Sejak ada 2 anak ni, selalu jugak lah bangun tidur jer terus sakit kepala. Tambah parah, kalau sakit kepala tu melarat hingga ke petang. Aduuhh, sakitnya...

Hari tu tertengok kat TV - Channel W, ada share pasal sakit kepala lepas bangun tidur. Ini puncanya ↓.

Apa Punca Sakit kepala Selepas Bangun Tidur?

1. Badan kekurangan air semasa tidur.
So, sebelum tidur kena minum air banyak-banyak. Jadinya, ini bukan punca sakit kepala aku sebab aku memang minum air banyak sebab nak susukan Leeya. 

2. Kurang vitamin B12. 
So, kena banyak makan makanan tenusu macam yogurt, telur, tempe dan susu.

3. Orang yang bertekanan darah rendah. 
Ini memang aku. Aku ni jenis orang tekanan darah rendah. Masa preggy tu setiap kali buat antenatal check-up, bila check darah, tekanan darah aku (yang bacaan bawah tu) biasanya 54, 62, paling tinggi pun 70 jer. Bacaan 50 tu biasalah.

4. Stress sebelum tidur
Aku stress sebab tesis tak siap-siap lagi. hahahha.

5. Bangun tidur secara mengejut
Ini pun selalu jugak. Biasanya bila alarm clock berbunyi lah.

6. Tak cukup tidur
Ini biasa untuk golongan mak-mak especially bila masih menyusukan anak. Bila bergelar ibu ni, mana dapat dah nak cukup tidur 6-8 jam sehari. Kena tunggu anak-anak semua dah besar la, baru dapat tidur 8 jam. hihi.

7. Terlebih tidur.
Ini pun salah satu punca sakit kepala lepas bangun tidur. Tapi jarang lah aku dapat tidur terlebih  sejak ada anak kecik ni. 

8. Minum kafein sebelum tidur.
Aku tak minum coffee malam-malam, nnati susah nak tidur.


So, inilah 8 punca kenapa seseorang tu diserang sakit kepala lepas bangun tidur. Tapi sebenarnya sakit kepala ni terjadi sebab pembuluh arteri menajdi sempit. So, kesannya ialah sakit kepala. huhu..


Aku pun ada seorang makcik yang jenis selalu sakit kepala macam aku jugak. Dah jumpa doktor, doktor pakar, dah buat rawatan alternatif, tapi sakit kepala tetap tak hilang. Last-last sembuh dengan sendirinya selepas berdoa depan Kaabah kat Mekah. Dia berdoa pada Allah suapay Allah sembuhkan sakit kepala dia. Alhamdulillah! Doa dia dimakbulkan Allah swt. 

Baby 8 Bulan Tak Nak Makan

in , by dorsett pink, November 25, 2018
Baby 8 Bulan Tak Nak Makan | Last week, Leeya buat drama sinetron - tak nak makan. 2 hari tak nak makan. Jenuh mommy dan daddy pujuk tapi tak berhasil. 

Sebelum ni dia elok jer makan. Pernah sekali masa 7 bulan dia buat drama macam ni jugak tapi dah berjaya diatasi dengan solusi 'baby rusk'. Boleh baca kat entri ni - 'BABY TAK NAK MAKAN'.

Sekarang masuk 8 bulan, ada lagi babak ni pula, ingatkan dah tak de. huuhu. Tak tahu apa puncanya. Tapi 'drama' ni terjadi aku perasan sejak pekenalkan dia dengan jadual baru iaitu 'breakfast'. Masa umur dia 6 & 7 bulan, dia makan 2 kali sehari jer - lunch & dinner.

'Duduk kat balkoni lagi best dari makan. Boleh layan permandangan indah, angin kat sini sejuk jer'


Bila dah masuk 8 bulan ni, dah start makan 3 kali sehari - breakfast, lunch & dinner. Mula-mula (Hari Khamis), dia Ok jer makan brekfast, tapi nampak macam lunch & dinner, dia makan sikit sangat. Pastu Hari Jumaat tu, breakfast makan sikit jer, lunch dan dinner pun sama makan sikit jugak.

Then Sabtu dan Ahad, langsung tak nak makan apa-apa. Mulut dia tutup rapat-rapat. Nampak jer sudu, dia palingkan muka dia ke belakang. Kalau suap juga bubur kedalam mult dia time dia buka mulut, nanti dia sembur balik.  Dia cuma minum susu ibu jer. huhu. Najis yang keluar pun warna golden yellow, means that dia minum susu ibu sepenuhnya macam baby bawah umur 6 bulan. Maksudnya dia tak dapat zat yang secukupnya. huhu. Sedih mommy.

Hari Isnin, mommy try bagi dia makan sendiri. Dan kali ni cuma bagi dia makan lunch dan dinner jer. Maybe dia tak ready lagi untuk makan breakfast. Bukak baju dan seluar, tinggal diaper jer. Pastu letak makanan dalam pinggan, bagi dia main dengan makanan tu, sambil-sambil tu mommy suapkan dia makanan favourite dia - bubur dan rusk. Setiap kali waktu makan mommy buat macam tu.

Habis comot dan messy. Lepas makan, wajib mandi. Ni tikar makan Leeya. Setiap kali waktu makan, mommy akan bentangkan tikar ni, dan Leeya makan duduk atas kerusi makan dia atau duduk atas riba mommy.Tikar ni beli kat Lazada.


Hari Selasa pun repeat buat benda yang sama. Tapi dia tak makan banyak la. Tapi kira OK la sebab dah datang semula selera dia. 

Then, Hari Rabu, dia dah OK. Dia dah makan macam biasa. Dah boleh habis 1 mangkuk makanan tu. Alhamdulillah. Dan sekarang dia dah boleh makan 3 kali sehari - breakfast, lunch dan dinner.

Inilah ragam anak-anak. Enjoy jer being a mommy. Setiap yang berlaku tu ialah pengalaman yang sangat berharga dan mommy pun boleh belajar banyak benda especially belajar tentang erti kesabaran. Bila anak-anak semua dah besar, dah tak rasa dah pengalaman ni lagi dan masa tu mesti mommy rindu moment-moment cegini. Gittewww.. 

Resipi Sup Ayam Untuk Bayi

in , by dorsett pink, November 23, 2018
Resipi Sup Ayam Untuk Bayi | Leeya dah berusia 8 bulan dan baru sekarang mommy bagi dia makan ayam. Hari ni mommy buat sup ayam , makan dengan bubur. Dia suka sangat. 

Sebelum ni (masa dia umur 7 bulan), pernah introduce ikan bilis kat dia tapi dia tak suka, maybe sebab ikan bilis tu masin. Dah rendam 12 jam ikan bilis tu, tpi still ada rasa masin dia yang buatkan Leeya tak suka. 

Hari tu aku try bagi dia makan ayam tapi dia tak suka. Boleh baca kat entri ni - 'Makanan Bayi - Bubur + Ayam'.

Pernah juga bagi dia makan pasta dengan ayam, dia suka. Boleh baca kat entri ni Resipi Pasta dan Ayam - 'Resipi Sup Prego Buddies Untuk Bayi'.


http://www.dorsettpink.com/2018/11/resipi-sup-ayam-untuk-bayi.html


Ini dia Resipi Sup Ayam yang mommy buat untuk Leeya.

1. Panaskan olive oil.
2. Tumis seulas bawang putih dan halia sampai naik bau.
3. Masukkan ayam dan air. 
4. Tunggu kejap sampai ayam hampir masak, pastu masukkan sayur. Mommy guna baby spinach sebab itu je sayur yang ada dalam peti ais. 
5. Bila dah siap, blend. Mommy tak blend sampai hancur sebab Leeya tak suka makan makanan yang diblend hancur, dia suka kunyah-kunyah (walaupun tak de gigi lagi. hehe).
6. Siap! Makan dengan bubur! Bubur pun dah tak blend skrang.

P/S : Kalau ada lebih, boleh simpan sup ayam ni dalam peti sejuk beku. Nanti bila nak makan, panaskan jer.

Malas Nak Update Blog

in , by dorsett pink, November 22, 2018
Lately ni, rasa malas betul nak update blog. Macam-macam benda yang berlaku dan lebih penting untuk diberi perhatian. Tu sebab mood blogging pun swing. 

Weekend hari tu, Leeya buat drama 'tak nak makan'. Jenuh la 2 hari mommy 'berperang' dengan dia nak suruh dia makan. huhu.. Hampir give-up ada jugak. Nasib baik, Hari Selasa tu dia dah OK balik. Selera makan dah datang balik. Nanti aku buat entry special pasal cerita makan ni. 

Pastu rumah pun kelam kabut sekarang. Banyak benda yang tak terbuat. Tapi nasib baik ada maid part time cleaner datang bersihkan rumah. Kalau tak, memang rumah tongkang pecah Kapal Api la jawabnya rumah aku ni.

Ni semua sebab sekarang ni aku dan en.suami dalam fasa yang sangat-sangat-sibuk. Sampaikan anak-anak pun tak sempat kami nak bawak pergi jalan-jalan. So, yang mampu kami buat ialah bawak diaorang pergi playground jer. Nak pergi swimming pun tak sempat. Nasib baik semalam dapat 'curi-curi' masa bawak Kakak FL pergi makan kat kedai favourite dia Sushi King. Such a precious bonding time between mommy and daughter. 

Aku sekarang ni tengah dalam fasa terakhir untuk edit thesis kesayangan aku ni. Hopefully sempatlah siap dan hantar ke graduate School sebelum masuk tahun 2019 nanti. Huhuhu.. The struggle is really REAL. Tidur tak cukup, makan tak kenyang, mandi tak basah, semua jadual pun lari sebab nak bagi keutamaan pada thesis ni.. huhu.. Nasib baik, mommy tak lupa nak susukan Leeya. Kalau tak mesti Leeya menangis kelaparan. 

Aduusss,... Memang fasa ni sangat-sangat menguji kesabaran kami (my husband & i). Makan pun dah tak ikut time sekarang. Kalau sempat dan lapar baru makan. Banyak juga masa makan depan laptop. Susukan Leeya pun sambil jari-jari runcing ni menekan keyboard. Nasib baik en.suami sangat-sangat supportive. Dia pun tolong-tolong aku siapkan thesis ni. Tolong lah part mana yang dia boleh tolong, sebab dia pun busy jugak dengan kerja-kerja dia skrang. Alhamdulillah! Bersyukur sangat dapat suami yang memahami.

Leeya pun banyak habiskan masa dengan mommy kat bilik study ni. 


Part menguruskan anak-anak, tengoklah siapa yang free. Siapa yang free dia tolong lah uruskan anak-anak macam mandikan anak ke atau hantar dan ambik Kakak FL dari sekolah. Part kerja-kerja rumah pun sama. Siapa yang free, dia tolong buat kan. Hal makan, banyaknya skrang kami beli jer kat luar. Orang tak de maid macam ni lah, buat jer lah sama-sama mana yang sempat. Mana yang tak sempat dan tak penting, tinggalkan dulu. huhu.. 

Tidur pun lintang-pukang skrang. Anak-anak macam mana pun nak jugak tidur dengan mommy. So, bila mommy tak tidur kerna terpaksa stay-up kat study room, anak-anak pun ikut sekali tidur kat dalam study room, 'teman' mommy buat kerja. huhu.. Kesian tengok diaorang.

Even sampai Kakak FL request nak suruh mommy buat fruit juice pun, mommy terpaksa 'delay' dulu. Mommy cakap 'nanti elpas mommy antar kerja mommy ni, mommy buatkan fruit juice k, bukan setakat fruit juice, macam-macam mommy akan buat lepas mommy dah siap kerja mommy ni'. huhuhu. Kakak FL terpaksalah 'melayan' mommy ni. Perhaps nanti bila dah antar dapatlah tunaikan permintaan dia tu. even niat nak pergi legoland pun terpaksa ditangguhkan dulu demi segulung Ijazah..

Itulah orang cakap - kejayaan memerlukan perngorbanan. Dan inilah pengorbanan aku...... huhu....

Leeya Dah Merangkak

in , by dorsett pink, November 22, 2018
Leeya sekarang dah 8 bulan. Dari bulan lepas lagi, dia dah 'praktis' nak merangkak. Duk buat latihan 'pumping' kat rumah hari-hari. Pastu angkat-angkat punggung.

Weekend hari tu, percubaan pertama dia merangkak. Dapat lah 2-3 langkah. Not bad lah. Aku ada share video dia baru nak belajar merangkak ni kat instagram dan facebook. 

Hari Selasa, 20 November 2018, dia dah officially crawling. Habis dia tawaf 1 rumah ni buat spot check. Dan tempat yang paling dia suka pergi ialah dapur.. errrmm.. Sebab mommy selalu lepak kat dapur, dia pun curious 'apa yang best sangat kat dapur tu'. eerrmm..




  Dah habis 1 rumah dia pusing

 Ini pun port favourite dia - bawah meja. Sama macam Kakak FL dulu-dulu.

Ini mommy masa berusia 8 bulan. Mommy pun start merangkak masa umur 8 bulan. Sama dengan Leeya.


Kakak FL dulu-dulu tak merangkak. Dia mengesot jer, pastu terus berjalan masa umur da 1 tahun 3 bulan. Lambat berjalan, tapi mommy happy. hehe. Sebabnya kalau dia berjalan awal sangat nanti mommy yang penat nak kejar dia kemana-mana dan of course mommy pun duk kena perhati jer dia 24 jam..errrmm. 

Aku ada share kat entri ni - 'BILA WAKTU BABY BOLEH MERANGKAK?'

Bila baby dah mula berjalan ni, paling penat ialah bila waktu bawak diaorang per travel. Ingat lagi dulu, Kakak FL masa pergi Osaka-Kyoto, habis 1 kapal terbang dia tawaf. Pastu pulak tak nak duduk dalam stroller sebab excited nak berjalan.. huhu.. Memang masa tu mencabar kesabaran mommy & daddy. 

 
Ini masa Kakak FL dalam flight pergi Osaka masa umur dia 1 tahun 4 bulan. 


Untuk travel story kitaorang ke Osaka-Kyoto, boleh baca entry ni - 'OSAKA - KYOTO : DEPARTURE & ARRIVAL'  

Persoalan Tentang Mati dan Syurga

in , by dorsett pink, November 19, 2018
Aanak sulung aku, Kakak FL , dia memang suka tanya pasal syurga dan neraka. Nampak gayanya sekarang dia macam dah faham apa itu syurga dan apa itu neraka. Orang baik masuk syurga, orang jahat masuk neraka. 

Orang jahat tu termasuklah orang yang tak mengerjakan solat. Dia dah tahu solat tu wajib untuk orang Islam tapi dia sendiri malas nak solat. hahahhaha... baby step... baby step.. baru 4 tahun. 

Dia cakap dia nak sangat masuk syurga sebab nak jumpa Princess (bidadari), pastu nak pergi Legoland. Dalam syurga pun ada Legoland dan yang paling best ialah dalam syurga ada banyak mainan. cakap jer nak mainan apa, terus muncul depan mata. Gitteeeww.. Tak yah susah-susah nak drive pergi Toy'R'Us. hahahaha.


Tapi kan, lately, dia ada bagi 1 soalan 'killer question' kat mommy . Aduss, sakit kepala mommy nak fikir apa jawapan nya... Last-last mommy diam jer, pastu cakap kat dia 'nanti esok k mommy jawab soalan ni'.. hehe.. Cheeky mommy. Sebab malas nak fikir nak jawab soalan susah tu.

Bagi korang mungkin tak susah kot, tapi bagi aku sangatlah susah soalan tu. huhuhu..

Ini soalannya -  'Mommy, kenapa nak masuk syurga kena mati dulu? Sebab Leena tak nak mati'.

Memang killer question. Lebih susah dari soalan SPM. huhu..

Korang rasa apa jawapan terbaik erk untuk soalan ni? eerrmm.. Cer bagi idea untuk mommy jawab soalan STPM ni.. 

Makanan Bayi - Bubur + Ayam

in , by dorsett pink, November 19, 2018
Makanan Bayi 8 Bulan  - Bubur + Ayam | Leeya sekarang dah 8 bulan. Aku rasa dah tiba masanya untuk perkenalkan dia pada makanan yang berunsurkan binatang. Ramai yang suggest bagi baby makan serbuk ikan bilis (digaul bersama bubur). Aku dah try bagi ikan bilis (sikit jer bagi - campur dalam bubur) kat Leeya tapi dia reject - tak suka, maybe sebab masin kot. 

Pastu, hari tu,  aku perkenalkan dia dengan ayam. Kali ni aku buat - rebus jer ayam tu pastu blend dan campur dengan bubur nasi. Sebelum ni aku buat chicken stok, campur dengan pasta. 

Boleh baca entri 'Pasta  Prego Buddies Untuk Bayi' kat entri  ni - RESIPI SUP PREGO BUDDIES UNTUK BAYI'.



http://www.dorsettpink.com/2018/11/makanan-bayi-8bulan-nasi-ayam.html
Ini dia - Bubur campur ayam.


Cara aku buat :

- Masak bubur dalam slow cooker.

- Rebus ayam dan sayur (baby spinach) atas dapur, campur sedikit olive oil.

- Bila ayam dah masak, blend kan.

- Pastu campur dengan nasi.

- So, hidangan ni ada bubur, ayam dan sayur. 


Tapi nampaknya macam Leeya tak suka lah hidangan ni. huhu. So, lepas tu aku kembali pada hidangan asal yang dia suka makan - bubur kosong. Bila bgi dia bubur kosong berselera jer dia makan..eerrmm.. Takpelah, asalkan dia nak makan. Nanti bila dia dah OK dengan variasi makanan, baru kita bagi dia diet seimbang. 

Hari tu kan LAZADA ada buat blogger contest sempena Lazada 11.11 Shopping Festival. Ada lah beberapa barang masuk dalam wishlist aku untuk aku grab pada tanggal 11 November 2018 hari tu. Boleh baca kat blogpost ini -


https://www.lazada.com.my/

So, masa hari Ahad hari tu (11 November), hari yang aku tunggu-tunggu nak shopping kat LAZADA sebab aku tahu banyak barang murah dan berbaloi-baloi boleh beli hari tu.

So, nak tahu apa yang aku beli? 

Taddaaaa... Ini dia ↓




Aku beli Thermos Food Jar ni nak letak makanan Leeya. Isipadu food jar ni ialah 295 ml. OK la, cukup la untuk makanan Leeya. 


Sebab apa aku beli yang ini? 


Sebab yang ini jenama THERMOS. Kalau brand Thermos tu, confirm berkualiti dan boleh dipercayai. Yang ini boleh tahan panas sehingga 5 jam. Pastu pulak ada diskaun 20%. Harga asal RM 95 . Tapi masa Lazada 11.11 Shopping Festival hari tu, cuma dapat RM 76.00 jer , pastu free delivery. Memang berbaloi! 


Ada lagi barang-barang lain yang dibeli , tapi tak sampai lagi. Ni baru 1 barang yang sampai. 

Memang berbaloi la shopping kat LAZAD hari tu. So, nanti tunggu pulak next single day shopping festival - 12.12.18. Save the date ya!

Nak Kena Beli Pengukus Baru Ni..

in , by dorsett pink, November 15, 2018
Sedih betul aku dengan steamer a.k.a pengukus kat rumah ni. Bila mood memasak datang berwap-wap, perkakas dapur pulak tak cukup nak masak. Aduuss..

Ceritanya semalam nak masak ikan siakap steam. Steam lah - diet yang paling berkhasiat. Sedap apa ikan siakap masak steam kan. Ikan tu pulak besar. 

Bila dah siap bahan-bahan nak masak, bila nak masukkan dalam steamer. Ambik ko!

 Kecil nya lah steamer ni.. huhu..

So, jadinya nak tutup pun tak muat. Ikan tu pulak terpaksa dibelah 2. (Gambar ni nak tengok mampu tak nak masukkan ikan tu, so tak masukkan lagi bahan-bahan perencah yang lain).

Alahaiiii.. Sayangnya. Mahu bikin panas aku kat dapur tu.. mana nak cari steamer baru malam-malam ni. Tak kuasalah nak keluar rumah. Kalau keluar, lebih baik makan kat luar jer. So, kesudahannya, masak je lah ikan siakap steam ni guna aluminium foil. Boleh tahan rasanya. Sedap jugak! Sorry tak de gambar, tak sempat nak ambil gambar sebab perut dah lapar.

Steamer ni aku beli kat Langkawi dulu-dulu. Sebelum ni aku pun dah tak ingat macam mana aku masak ikan siakap masak steam. Dah lama tak masak ikan siakap. Duk makan ayam dan salmon jer. Tak terlintas la nak masak siakap. Tapi bila en.suami dah beli, kita masak jer lah. Nanti rugi pulak tengok jer ikan tu mereput dalam peti ais. 

So, memang confirm lepas ni aku akan beli pengukus baru. Aku nak yang saiz besar gedabak supaya ikan siakap tu tak perlu dipotong-potong. Dah usha dah kat Lazada. hehe..


Yang ni siap guna kuasa elektrik lagi. Senang kalau tetiba rumah tak de gas. Pastu pulak 2 layer. Boleh lah masak macam-macam sekaligus. 


Kalau aku dah beli nanti, aku update k. hahahha.. Korang Tunggu je.

My Breakfast - Tortilla Wrap + Chicken Slice

in , by dorsett pink, November 14, 2018
OK, hari ni aku nak share menu breakfast aku pagi tadi - Tortilla Wrap dan Chicken Slice. 

Sebelum ni aku pernah share pasal menu breakfast tortilla juga, tapi dimakan bersama omelet. Boleh baca kat entri ini - "HIDANGAN SARAPAN PAGI - TORTILLA WRAP + OMELET". 




Tak kisahlah cara lipat macam mana pun , janji dapat makan masuk mulut. hehe.

Resipi buat hidangan ni sama jer macam resipi tortilla dengan omelet yang lepas, macam kat link yang aku share kat atas tu. Tapi cuma ditukar omelet tu kepada chicken slice. Chicken slice tu aku grill dulu dengan sedikit olive oil. Kalau tak nak guna dengan minyak pun takpe, just grill macam tu jer guna non-stick pan. Untuk hidangan ni aku guna 4 keping chicken slice. 

Pastu, siap dan makan!



Kos Bersalin di KPJ Ampang Puteri

in , by dorsett pink, November 13, 2018
Kos Bersalin di Hospital KPJ Ampang Puteri | Hari ni aku nak share pasal kos bersalin Leeya Mac 2018 hari tu kat KPJ Ampang Puteri. Lama peram entry ni, hari ni baru ada kudrat nak publish. hehe. 

Dari awal preggy Leeya, aku dah buat antenatal check-up kat sini dengan gynae Dr Zalina Salleh. Kos bayaran untuk check-up pregnancy berbeza setiap kali check-up sebab bergantung pada ubat yang doktor berikan. Kalau hari tu tak de apa-apa ubat, murah la. Tapi biasanya setiap kali berjumpa gynae, bayaran untuk check-up dalam range RM 200 - RM 400. Pernah juga sampai RM 400++  , itu cuma bila ada banyak ubat.


Boleh baca kat sini : 



Disebabkan memang check-up dengan gynae di KPJ AMpang Puteri ni sejak dari awal lagi, so aku layak dapat harga pakej bersalin yang pihak hospital tawarkan. Kalau tak silap aku, kalau nak dapatkan harga dengan pakej bersalin , kena check-up dengan doktor di KPJ ni 3-4 kali (if i'm not mistaken), baru layak dapat harga pakej. Tapi apa- apa pun, gynae yang akan tentukan kita layak atau tak untuk dapatkan harga pakej tu. 


Ini harga pakej untuk normal delivery di Hospital KPJ Ampang Puteri


Sebelum warded, kita kena bayar deposit dulu, then baru boleh masuk ward atau labour room. Mana-mana hospital pun sama jer. Bayaran Deposit di KPJ Ampang Puteri ni ialah RM 5000. Kalau ada balance, nanti akan dipulangkan semula. 

Kalau tengok pakej ni, harga untuk bilik single ialah RM 3,550. Aku pilih bilik single sebab nak privacy. Kalau Kakak FL datang buat bising, tak lah mengganggu patient lain. 

Ini kali kedua aku bersalin. Biasanya harga yang ditetapkan tu, hanya sebagai guideline jer. Tapi biasanya bayaran yang dikenakan adalah lebih sekali ganda dari harga pakej tu sebab harga pakej tu tak termasuk dengan tax kerajaan dan tak termasuk kos ubat-ubatan. Dan harga pakej tu tak termausk untuk bersalin pada hari minggu. Kalau bersalin masa weekend. Orang bersalin ni macam-macam ubat kita kena ambik, so memang expect bayaran akan lebih dari harga tu. Tambah pulak, aku memang plan nak epidural. So, bayaran untuk epidural dalam lingkungan RM1000. 

Ini labour room KPJ Ampang Puteri. 


So, awal-awal lagi aku dah budget, kalau nak bersalin di hospital swasta, kena sediakan bajet lebih sekali ganda dari harga pakej yang ditetapkan. So, memandangkan harga bilik single yang ditawarkan ialah RM 3,550. Jadinya, aku bajet mungkin kos bersalin aku kali ni dalam RM 7K. 

Masa en.suami buat pembayaran masa nak discharge tu, harga yang kami perlu bayar ialah RM 6000 untuk stay 3 hari 2 malam. Semalam di labour room dan semalam di maternity ward. So, kurang RM 1k dari bajet yang ditetapkan. RM 6,000 tu termasuk dengan bayaran epidural, service charge, bayaran nursery untuk baby, bayaran consultation untuk paed dan ubat-ubatan.

 Sesaat Leeya dilahirkan

Koridor. Labour room. Kat sini rasanya ada 6 bilik kot (labour room).

Ini harga pakej untuk kos bersalin secara cesarean. 


Aku sangat berpuas hati dengan layanan staff di hospital ni, baik masa buat antenatal check-up, staff di cafetaria, staff di labour room mahupun staff di ward, semuanya baik-baik dan friendly. InshaAllah next pregnancy akan repeat bersalin disini lagi dan dengan gynae yang sama - Dr.Zalina. Dr.Zalina ni soft sangat, polite jer dan sangat baik dengan patient-patient. Tanya jer apa-apa soalan, Dr Zalina akan jawab dengan confident. 

Untuk entri-entri lain yang berkaitan dengan pregnancy, labour and birth, bole baca kat sini - 'Pregnancy'.

Dinner Bersama Keluarga di Cozy House Restaurant

in , by dorsett pink, November 12, 2018
Hari ni aku nak share salah satu tempat makan favourite kami (my family and i) iaitu Cozy House Restaurant. Cozy House ni ada banyak cawangan, tapi yang menjadi pilihan kitaorang ialah kat Great Eastern Mall. 

Seingat aku, aku start makan kat sini sejak dari zaman sekolah. Sekarang ni bila dah kahwin kebetulan keluarga en.suami pun suka makan kat sini juga. So, kiranya restoren ni  selalu menjadi pilihan hati kami anak-beranak untuk dinner. 

Jom layan gambar jer lah. Ini antara makanan yang kami selalu order.

Ini ayam pandan 







 Telur hancur

 Green curry

Chocolate indulgence. Ini makanan sampingan. Beli kat Secret Recipe kat situ jugak. hehe..


Makanan kat restoren ni tak mahal sangat. Yang mahal nya ialah air minuman. So, kalau nak jimat order je lah air kosong. Tapi air kosong pun kena charge jugak. hihi. 

Resipi Sup Prego Buddies Untuk Bayi

in , by dorsett pink, November 10, 2018
Leeya hari ni dah masuk 8 bulan dan dia sekarang pun tak nak makan makanan yang diblend.
 So, dia dah bolehlah makan pasta. 
Semalam, mommy masakkan dia pasta. Guna Pasta Prego Buddies Sports.

Apa yang best pasal pasta ni ialah dia sangat lembut lepas direbus. So, memang sangat sesuai untuk baby makan. Lepas rebus, tak perlu blend, sebab dia lembut sangat, jadinya mommy just gunting - gunting jer nak bagi dia potong kecik-kecik supaya Leeya senang kunyah.


Seusai direbus


Mommy guna prego buddies sport shaped

So, mommy buat Sup Pasta untuk Leeya.


Ini resipi pasta untuk baby :

1. Rebuskan pasta, kemudian asingkan.
2. Campurkan chicken stok ke dalam past tadi.
3. Campurkan puri sayur-sayuran / puri buah-buahan ke dalam pasta tadi. Mommy guna puri carrott sebab itu yang Leeya suka.

4. Siap! Dah boleh makan. 


Leeya suka sangat. Dia makan sampai habis. Yummm-yummm..
© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE