Malas Nak Update Blog

in , by dorsett pink, November 22, 2018
Lately ni, rasa malas betul nak update blog. Macam-macam benda yang berlaku dan lebih penting untuk diberi perhatian. Tu sebab mood blogging pun swing. 

Weekend hari tu, Leeya buat drama 'tak nak makan'. Jenuh la 2 hari mommy 'berperang' dengan dia nak suruh dia makan. huhu.. Hampir give-up ada jugak. Nasib baik, Hari Selasa tu dia dah OK balik. Selera makan dah datang balik. Nanti aku buat entry special pasal cerita makan ni. 

Pastu rumah pun kelam kabut sekarang. Banyak benda yang tak terbuat. Tapi nasib baik ada maid part time cleaner datang bersihkan rumah. Kalau tak, memang rumah tongkang pecah Kapal Api la jawabnya rumah aku ni.

Ni semua sebab sekarang ni aku dan en.suami dalam fasa yang sangat-sangat-sibuk. Sampaikan anak-anak pun tak sempat kami nak bawak pergi jalan-jalan. So, yang mampu kami buat ialah bawak diaorang pergi playground jer. Nak pergi swimming pun tak sempat. Nasib baik semalam dapat 'curi-curi' masa bawak Kakak FL pergi makan kat kedai favourite dia Sushi King. Such a precious bonding time between mommy and daughter. 

Aku sekarang ni tengah dalam fasa terakhir untuk edit thesis kesayangan aku ni. Hopefully sempatlah siap dan hantar ke graduate School sebelum masuk tahun 2019 nanti. Huhuhu.. The struggle is really REAL. Tidur tak cukup, makan tak kenyang, mandi tak basah, semua jadual pun lari sebab nak bagi keutamaan pada thesis ni.. huhu.. Nasib baik, mommy tak lupa nak susukan Leeya. Kalau tak mesti Leeya menangis kelaparan. 

Aduusss,... Memang fasa ni sangat-sangat menguji kesabaran kami (my husband & i). Makan pun dah tak ikut time sekarang. Kalau sempat dan lapar baru makan. Banyak juga masa makan depan laptop. Susukan Leeya pun sambil jari-jari runcing ni menekan keyboard. Nasib baik en.suami sangat-sangat supportive. Dia pun tolong-tolong aku siapkan thesis ni. Tolong lah part mana yang dia boleh tolong, sebab dia pun busy jugak dengan kerja-kerja dia skrang. Alhamdulillah! Bersyukur sangat dapat suami yang memahami.

Leeya pun banyak habiskan masa dengan mommy kat bilik study ni. 


Part menguruskan anak-anak, tengoklah siapa yang free. Siapa yang free dia tolong lah uruskan anak-anak macam mandikan anak ke atau hantar dan ambik Kakak FL dari sekolah. Part kerja-kerja rumah pun sama. Siapa yang free, dia tolong buat kan. Hal makan, banyaknya skrang kami beli jer kat luar. Orang tak de maid macam ni lah, buat jer lah sama-sama mana yang sempat. Mana yang tak sempat dan tak penting, tinggalkan dulu. huhu.. 

Tidur pun lintang-pukang skrang. Anak-anak macam mana pun nak jugak tidur dengan mommy. So, bila mommy tak tidur kerna terpaksa stay-up kat study room, anak-anak pun ikut sekali tidur kat dalam study room, 'teman' mommy buat kerja. huhu.. Kesian tengok diaorang.

Even sampai Kakak FL request nak suruh mommy buat fruit juice pun, mommy terpaksa 'delay' dulu. Mommy cakap 'nanti elpas mommy antar kerja mommy ni, mommy buatkan fruit juice k, bukan setakat fruit juice, macam-macam mommy akan buat lepas mommy dah siap kerja mommy ni'. huhuhu. Kakak FL terpaksalah 'melayan' mommy ni. Perhaps nanti bila dah antar dapatlah tunaikan permintaan dia tu. even niat nak pergi legoland pun terpaksa ditangguhkan dulu demi segulung Ijazah..

Itulah orang cakap - kejayaan memerlukan perngorbanan. Dan inilah pengorbanan aku...... huhu....
SHARE 10 comments

Add your comment

  1. alahai, mcm ni la pula mommy2 yg sambung study sambil urus anak dan rumah ... mmg stuggle sangat. apapun, all the best ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya mrs pip. memang struggle sangat. tq for doa ya

      Delete
  2. memang dasyat lah u.. tak pe. sabar lah ye.. pasti hasil nya berbuah manis.

    ReplyDelete
  3. Semoga dipermudahkan ye.. semoga berjaya Dan berbaloi segala pengorbanan

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih mama atas doa tersebut. Semoga Allah mempermudahkan urusan saya

      Delete
  4. Salam kak DP. Baca entry ni saya pun tumpang rasa penat. Hahaha. Apa pun, semoga dipermudahkan urusan ye. Jaga diri n keluarga. Good luck

    ReplyDelete
  5. semoga dipermudahkan.. good luck! All the best!

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE