Thursday, November 15, 2018

Nak Kena Beli Pengukus Baru Ni..

Sedih betul aku dengan steamer a.k.a pengukus kat rumah ni. Bila mood memasak datang berwap-wap, perkakas dapur pulak tak cukup nak masak. Aduuss..

Ceritanya semalam nak masak ikan siakap steam. Steam lah - diet yang paling berkhasiat. Sedap apa ikan siakap masak steam kan. Ikan tu pulak besar. 

Bila dah siap bahan-bahan nak masak, bila nak masukkan dalam steamer. Ambik ko!

 Kecil nya lah steamer ni.. huhu..

So, jadinya nak tutup pun tak muat. Ikan tu pulak terpaksa dibelah 2. (Gambar ni nak tengok mampu tak nak masukkan ikan tu, so tak masukkan lagi bahan-bahan perencah yang lain).

Alahaiiii.. Sayangnya. Mahu bikin panas aku kat dapur tu.. mana nak cari steamer baru malam-malam ni. Tak kuasalah nak keluar rumah. Kalau keluar, lebih baik makan kat luar jer. So, kesudahannya, masak je lah ikan siakap steam ni guna aluminium foil. Boleh tahan rasanya. Sedap jugak! Sorry tak de gambar, tak sempat nak ambil gambar sebab perut dah lapar.

Steamer ni aku beli kat Langkawi dulu-dulu. Sebelum ni aku pun dah tak ingat macam mana aku masak ikan siakap masak steam. Dah lama tak masak ikan siakap. Duk makan ayam dan salmon jer. Tak terlintas la nak masak siakap. Tapi bila en.suami dah beli, kita masak jer lah. Nanti rugi pulak tengok jer ikan tu mereput dalam peti ais. 

So, memang confirm lepas ni aku akan beli pengukus baru. Aku nak yang saiz besar gedabak supaya ikan siakap tu tak perlu dipotong-potong. Dah usha dah kat Lazada. hehe..


Yang ni siap guna kuasa elektrik lagi. Senang kalau tetiba rumah tak de gas. Pastu pulak 2 layer. Boleh lah masak macam-macam sekaligus. 


Kalau aku dah beli nanti, aku update k. hahahha.. Korang Tunggu je.

5 comments:

  1. bagus juga yg guna elektrik ni ... senang kerja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.senang kalau pakai elektrik, tak perlu kita nak jaga api

      Delete
  2. Alang2 tu beli 2 set terus DP... utk sis satu haha...steamer kat rumah ni pun dah 'nyawa-nyawa ikan :D

    ReplyDelete