Pekembangan Leeya Ketika Berusia 8 Bulan

in , by dorsett pink, November 30, 2018
Baru hari ni mommy sempat nak update pasal perkembangan Leeya ketika berusia 8 bulan ni. Nasib baik sempat update sebelum masuk Disember 2018. Next month dia dah 9 bulan, so nanti kita update untuk 9 bulan pula. hihi.

Sekarang ni leeya dah boleh merangkak. Mommy ada update kat blogpost ini - 'Leeya Dah Merangkak'.

Habis 1 rumah dia tawaf. Dia ni pantang tengok mommy. Kat mana ada mommy, kat situlah dia ada. Kalau mommy ada kat dapur, dia akan berusaha pergi ke dapur cepat-cepat. Even kalau mommy dalam toilet pun, dia duk ketuk-ketuk pintu toilet tu nak masuk juga. errrmm.. Sampaikan nak mandi dan buat 'bisness' pun tak senang. 


Sejak last week, nampaknya dia dah boleh berdiri. Berdiri kat kerusi ke, kat meja ker, atau kat sliding door. Tapi dia tak pandai nak duduk semula. So, bila dah berdiri tu, bila dah lenguh kaki tu nak turun, mulalah dia akan menjerit mintak tolong. hahahha..

Dah boleh babbling sejak umur dia 6 bulan lagi. Sekarang ni babling dia makin advance sikit la. Dah boleh panggil kakak dia - 'tatak-tatak-tatak'. Perkataan yang paling dia suka sebut ialah 'ba-ba-ba-ba-ba','pa-pa-pa-pa-pa'. Cute jer bunyi nya. bangun tidur jer, dah ddengar suara dia duk ajak sembang. 

Makan pun dah OK. Sekarang ni makan 3 kali sehari. Dulu nak makan makanan yang tak nak blend. Sekarang ni nak makan makanan yang diblend pulak. errrmm... Macam-macam ragam. So mommy kena trial and adjust je lah. Makanan dia mommy campur dengan olive oil sikit sebab nak bagi nutrisi lemak. Ikan bilis dia tak suka, so mommy bagi dia makan ayam. Esok baru nak introduce dia makan ikan.

Ini masa check-up 8 bulan ketika ambil Vaksin Pneumococcal.


Sekarang berat dia 8.0 kg. Dan tinggi 74 cm. Ketinggian dia naik mendadak tapi berat dia tak naik banyak. Last month, berat dia 7.4 kg, so ada peningkatan sebanyak 0.6 kg.
SHARE 2 comments

Add your comment

  1. takpe,Janji baby ada kenaikan berat badan,tak duduk bawah border.Kira Okay dah. Badan pun sihat yea.Tak menangis ye..? bagus baby Leeya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah ina dia tak menangis. dia ni easy baby. senang nak jaga. Dr pun kata growth dia ok, so means that ok lah tu. Hopefully dia sihat sentiasa

      Delete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE