Sunday, December 23, 2018

Aktiviti Cuti Sekolah Kakak FL (4 Tahun)

Tahun 2018 dah hampir melabuhkan tirai. Tapi baru hari ni aku sempat nak update entry Aktiviti cuti sekolah Kakak FL untuk tahun 2018 ni yang kini berusia 4 tahun. 


Aku dan En.Suami punya cara pemikiran yang sama tentang aspek pelajaran dan pembesaran anak-anak. Kalau bab lain, mungkin ada yang tak sependapat, tapi untuk bab anak-anak ni, kami seiring dan sefahaman. Kalau cuti sekolah, kami tak mahu anak-anak duduk jer di rumah dan habiskan waktu di rumah saja. Kami suka anak-anak sibuk dengan bermacam aktiviti yang boleh merangsang perkembangan otak dia.



Kalau duduk kat rumah, dia lebih banyak tengok TV jer. TV dan TV pagi dan petang. Kalau tengok TV dah bosan sangat, dia mintak handphone, tapi jarang lah mintak sebab dia pun tahu 'handphone's rules - no handphone at home'. So, most of the time, selain tengok TV, dia akan main dan bermain. Pastu dia jugak suka baca buku dan buat latihan kat buku tapi tak kan lah dari pagi sampai petang nak menghadap buku je kan? Kita yang dewasa ni pun tak kuasa nak tengok buku 8 to 5, inikan pulak budak-budak. 

So, better dia join school holiday programme, supaya dapat mengisi masa lapang dia dan dapat belajar pelbagai soft skill selain dapat perkemaskan dia punya social skill. Macam tahun lepas, dia join kelas mengaji intensif kat Al-Baghdadi Centre selama sebulan, boleh baca kat entri ni - 'AKTIVITI CUTI SEKOLAH - KELAS MENGAJI INTENSIF'. 

Tahun ni, kami enrolled dia untuk join Child Enrichment Programme selama sebulan yang khas untuk kanak-kanak berusia 4 - 6 tahun, dari pagi sampai petang. Kat situ dia ada belajar tentang sains sebab ada science camp yang guna modul 'Alfa and Friends'. Pastu, ada activiti macam baking, art & craft,  mengaji dan solat.


Minggu pertama : Science Camp. 
Minggu kedua : Bercuti (Pergi Johor)
Minggu ketiga & keempat : Child Enrichment Activity

Alhamdulillah, banyak benda dia belajar. Balik rumah jer macam-macam cerita yang dia share. Pengetahuan dia tentang sains pun OK sebab baru belajar 'apa itu sains', macam belajar tentang tekanan udara, oksigen, pengaliran elektrik, dan lain-lain.

Dan aku nampak, solat dia ada peningkatan, makin bagus. Bacaan dalam solat pun makin kemas, Macam Surah Al-Fatihah. Dia pun ada belajar hafaz surah-surah lain macam Surah al-Ikhlas, Surah An-Naas, Surah Al-'Asr. Impressive la sebab dia baru 4 tahun. Walaupun bacaan dia tak perfect lagi, tapi Ok lah untuk kanak-kanak umur macam tu yang baru belajar. 

Aku rasa kalau dia duduk kat rumah, tak dapat dia baiki bacaan ayat hafazan tu. Solat pun malas bila kat rumah, kena suruh baru nak solat. Kalau tak surih tak solat. Tapi pergi program school holiday tu, hari-hari wajib semua orang kena solat 3 kali sehari - Solat Dhuha, Solat Zuhur, Solat Asar. Walaupun solat tu tak kemas, tapi at least dia dapat belajar something. Dari duduk rumah hanya tengok kartun.. (mommy smile).. 

No comments:

Post a Comment