Ini berus gigi pertama Leeya, dari jenama Tommee Tippee. Aku belikan berus gigi ni masa umur dia 6 bulan dan dia start 'gosok gigi' masa umur 6 bulan jugak. bukan gosok gigi pun, gosok gusi jer. Walaupun masa tu dia tak de gigi lagi, tapi sebab biasakan dia dengan rutin menggosok gigi. Nanti bila dah tiba masa wajib goosok gigi, tak de la drama sangat macam Kakak FL dulu-dulu.
Dulu-dulu Kakak FL susah sangat nak gosok gigi. Memang main wayang opera la kalau tiba waktu menggosok tu. Memang sangat-sangat susah nak pujuk dia gosok gigi, hinggalah dia berjumpa dengan doktor pakar gigi kanak-kanak. Boleh baca cerita tu kat entri ini - 'DAH SUKA GOSOK GIGI SELEPAS BERJUMPA DOKTOR PAKAR'.
So, untuk mengelakkan perkara yang sama terjadi pada si adik, sebab tu mommy 'gosokkan gigi' a.k.a menggosok gusi Leeya sejak dia berusia 6 bulan walaupun tak de gigi lagi masa tu. Mommy gosok gigi dia setiap kali lepas waktu mandi, gosok atas katil, dia suka jer. Bila waktu 'menggosok', dia buka mulut dia luas-luas. maybe sebab waktu umur macam ni tengah gatal gusi, jadi bila dapat 'memberus' rasa best la. Ada orang dah mula 'menggosok gigi' baby diaorang dari usia 2-3 bulan lagi sebab nak biasakan mulut baby dengan 'rutin' ni.
Sekarang Leeya dah 9 bulan, dia baru tumbuh 2 batang gigi belah bawah, tapi tak nampak lagi giginya. baru kelihatan 2 batang tulang putih. So, maksudnya sekarang aktiviti menggosok gigi ni dah jadi rutin wajib la untuk Leeya pagi dan petang.
Berus gigi Trainer Set Tommee Tippee ni senang, sebab 1 set berus ni ada 3 batang berus gigi - untuk Stage 1, Stage 2 dan Stage 3.
Stage 1 : 6 - 7 bulan
Stage 2 - 11 bulan
Stage 3 : Gigi pertama
So, sekarang ni Leeya guna berus yang Stage 1 la dulu. Dia suka sangat dengan berus tu, suka 'gigit-gigit' sampai dah rosak berusnya. Kalau rosak, boleh lah mommy tukar guna berus yang Stage 2. Hopefully, Leeya ni takde lah 'drama' bila kena gosok gigi. Mana tahu 1 hari nanti Leeya boleh jadi model Colgate. hahahha.
No comments:
Post a Comment