Hari tu, aku dan en.suami dan anak-anak dah berjaya sampai ke Legoland,Malaysia kat Johor nun. Hajat yang dipendam setelah sekian lama untuk kesini. Dek kerana kekangan waktu, hajat nak ke Legoland baru terlaksana di musim cuti sekolah Disember 2018 ni. Alhamdulillah! dapat juga pergi. Tertunai lah impian Kakak FL yang nak sangat sampai sini.
Kebetulan kami ke JB sebab ikut en.suami yang ada working-trip kat sana. So, alang-alang dah sampai JB, singgah je lah sini. Tapi kami tak lama kat JB tu, sebab kena segera pulang KL, ada urusan yang lagi penting sedang menanti. So, disebabkan oleh kesuntukan amsa, kami hanya masuk Legoland Park je, tak sempat nak masuk WaterPark. Takpelah, next time ada lagi alasan nak datang sini. hihi.
Kami stay kat bandar JB. Perjalanan dari JB ke Bandar Kota Iskandar di mana terletaknya Legoland ni ambik masa selama 45 minit drive. Jadi, aku rasa , kalau korang nak bercuti kat sini, eloklah duduk kat hotel-hotel dekat sini. Ada banyak homestay kat area Nusajaya, Kota Iskandar ni. Tengok je kat booking.com.
Ramai orang beratur beli tiket. Better beli tiket online.
Ini harga tiket masuk sini. Hari tu, kami bayar RM 141 (dewasa) & RM 85 (kanak-kanak 3 tahun ke atas). Sebabkan ada Watson Card, kami dapat diskaun sebanyak RM 65. So, kalau korang nak datang Legoland ni, bawaklah Kad Watson, nanti dapat diskaun macam kitaorang. Ini untuk tiket Theme Park saja. Kalau tiket masuk ke Water Park lain pulak harganya. kalau Leeya masuk Water Park, pun kena bayar RM 10.
Ambik driving license
Ninjago Show
Surau dia sangat selesa. Besar dan bersih! telekung yang disediakan pun bersih.
Kat sini ada baby room. Baby room dia pun selesa, bersih dan ada macam-macam kemudahan untuk ibu dan baby macam nursing room dan microwave untuk panaskan makanan baby.
Ini Cafetaria. Nak masuk Legoland tak boleh bawak apa jua makanan, nanti diaorang akan check beg masa kat pintu masuk. Jadinya, makan jelah kat dalam ni. Tempat makan tak menjadi masalah, merata ada dan HALAL!. Cumanya, sediakan duit je lah sebab makanan kat dalam ni sangat mahal. Air mineral botol kecik RM 4. Kalau air manis, botol kecik RM 7.
Miniature StarWars yang dibuat dari LEGO.
Kakak FL excited sangat dapat datang ke Legoland ni. Cumanya, banyak mainan dia tak boleh main sebab had umur. Dia baru 4 tahun. Mainan kat dalam Legoland ni kebanyakkannya untuk kanak-kanak berusia 6 tahun keatas. So, kalau korang nak datang Legoland, datanglah bila anak-anak korang dah berumur 6 tahun, baru berbaloi bayar harga tiket tu.
Untuk kami, for sure akan repeat lagi lawatan ke Legoland ni , tapi tunggu Kakak FL umur 6 tahun la dulu. hihi. Dan yang pastinya, akan masuk ke Water Park pulak lepas ni sebab hari tu tak sempat nak main air kat Water Park.
betul tu sis.. kalau bawa anak kecik at least dah 5thn ke atas baru baerbaloi budak2 nak main. sbb ada game yg ikut ketinggian..
ReplyDeletewahh bestnya legoland. kami nak kesana minggu ni
ReplyDeleteThanks for the info. Tengah plan juga ni nak bawa anak2 ke sana. Kids pun asyiklah bising tak pernah gi legoland hehe
ReplyDeletesy ni kalau nak ke belah2 sana tu (jb,johor)becinta.. hahaha. anak2 dah bnyak kali ajak datag sini. tp mood tak mai lagi .. anyway tq sharing tau. nmpak happy
ReplyDeleteAkak & Hubby sempat lawat Legoland last year, tp time tu musim hujan, so x dpt pusing habis. Mmg sesuai utk budak2 kecil.
ReplyDeleteKena repeat ke legoland ni. Dah bertahun lamanya. Tapi lenguh kaki nak jalan kat dlm tu.
ReplyDelete