Pengalaman Segugut Teruk Ketika Haid | OK, hari ni aku nak cerita pengalaman segugut aku yang terk ketika setiap kali datang bulan. Ni cerita dulu-dulu lah, sekarang dah tak segugut lagi. Alhamdulillah! Ku coretkan disini sebagai catatan sejarah hidupku untuk dikenang bila tiba hari tua nanti.
Dulu kan masa zaman anak dara, period aku tak teratur. Even sampai sekarang pun masih sama. Tapi dulu siap dapat pakej segugut lagi bila period datang. Masa zaman sekolah tak macam tu sebab masa sekolah aku sangat aktif bersukan. Almaklumlah atlit la katakan, so hari-hari pergi training, jadinya, period aku datang setiap 3 bulan sekali masa zaman sekolah tu. Tapi tak segugut langsung tau bila period tu datang.
Bila masuk universiti, aku dah stop training dan buat aktiviti bersukan pun tak lah hard-core masa zaman sekolah. Jadinya, period aku dah nampak ada improvement - dah datang setiap bulan, tapi masih tak konsisten. Maksudnya, kadang-kadang cycle dia 30 hari, kadang-kadang 40 hari, kadang-kadang 54 hari, pernah juga sampai 60 hari. Masa tu pun tak de segugut, atau kalau ada pun, tak lah teruk. So masih boleh pergi kelas dan bergerak kemana-mana.
Habis universiti, aku terus bekerja. Takde istilah 'honeymoon'. Bila dah start kerja, masa aku sangat suntuk untuk bersukan. Kalau dapat jogging seminggu sekali pun kira dah bersyukur sangat-sangat. Tapi nak jogging atau swimming seminggu sekali pun susah. Jadinya, aku cuma akan bersukan/beriadah bila ada masa free. Dan ketika start bekerja ni lah, aku perasan aku mula dapat segugut bila setiap kali datang haid. huhu.
Period aku tak konsisten tapi setiap bulan memang confirm akan datang. Bila hari pertama dan hari kedua, aduuss sakitnya rasa perut (sakit kat rahim), rasa macam rahim tu dipintal-pintal. So, aku hanya mampu baring jer lah sambil menangis. Makan ubat? Aku ni jenis tak suka makan ubat, so aku bertahan dan tidur. Bila bangun tidur, akan rasa lega sikit. Bila kena hari bekerja, seboleh mungkin aku cuba drive dan ke tempat kerja.
Tapi aku perasan, bila kat office pun aku tak mampu nak buat kerja dan kesudahannya aku hanya merengkok menahan sakit di bawah meja. So, lebih baik aku cuti atau MC jer. Masalahnya kalau MC nak kena jumpa doktor dulu, mana larat nak bawa kereta, dan jawapannya ialah ambik jer lah emergency leave. Jadinya setiap bulan confirm aku akan cuti sehari disebabkan oleh segugut.
Biasanya segugut ni datang hari pertama dan kedua jer. Yang sakit sangat-sangat tu hari pertama jer, masuk hari kedua tak lah sakit sangat. Aku tak suka makan ubat / pain killer. So, Bila datang segugut, aku ambik 'thermal pad' (aku beli kat Guardian), pastu rendam dalam air panas, then letak kat perut ( tempat yang rasa sakit tu). Alhamdulillah ada lah rasa lega.
Pernah aku jumpa Dr Pakar O&G kat HKL untuk merawat segugut. Dr lelaki, berbangsa Cina. JUmpa sekali jer dan kebetulan masa jumpa tu aku dah nak berkahwin. Pastu Dr Pakar tu tanya 'bila awak nak kahwin?'. Aku pun jawablah yang aku akan berkahwin tak lama lagi. Pastu Dr tu kata, 'Ni last awak datang jumpa saya, lepas kahwin masalah aku akan selesai'. errrmmm antara percaya atau tidak, pastu aku pulang je ke rumah tanpa sebarang ubat. OK lah tak de ubat sebab aku pun tak suka makan ubat.
Aku sebenarnya takut - takut jika jika aku ada masalah untuk mendapatkan zuriat. Sebab banyak kes aku dengar orang segugut teruk ni susah nak hamil. Tapi ramai juga kawan-kawan aku yang ada masalah segugut teruk ni ada anak ramai. Apa-apa pun, Itu semua Kuasa Tuhan Yang Maha Esa.
Lepas berkahwin, period aku tetap sama macam dulu, masih lagi tak konsisten. Tapi aku perasan aku dah tak de masalah segugut lagi. Amazing! Bersyukur sangat-sangat. Benar kata Dr yang merawat aku tu, masalah segugut akan hilang lepas aku berkahwin. Dan Alhamdulillah bersyukur sangat sebab aku diberikan zuriat yang sihat-sihat oleh Allah swt. Sekarang dah 6 tahun aku berkahwin, dan 6 tahun juga aku dah takde masalah segugut ni.
Kepada yang ada masalah segugut yang teruk sampai tak boleh nak bangun, better pergi jumpa Dr dan buat pemeriksaan lanjut. Ada kes, dia ada segugut teruk sangat. Dia ingat itu normal sebab sejak dari zaman gadis lagi dah ada segugut tu. Bila pergi jumpa Dr Pakar Wanita, Dr sahkan dia ada fibroid dan Dr sarankan buang fibroid tu. Lepas buang fibroid tu, Alhamdulillah dia dah boleh hamil. Bertindak awal sebelum terlambat.
Akak masa zaman remaja memang akan senggugut selalu...tapi lepas dah kahwin dah ada anak senggugut tu dah takde tapi datang balik bila umur 35 tahun ke atas sampai la sekarang akak dah 40 tahun....
ReplyDeleteAlhamdulillah kak SA dah tak de segugut
Deleteauww.. ngeri seyhh.Itulah,sama kes seperti kakak ina.Dari zaman remaja lagiada senggugut ni.Sehingga dah berkahwin,disahkan pula ada ketulan cyst.
ReplyDeletehuhu.. Kesiannya kakak ina. Semoga dia cepat sembuh dari cyst tu
DeletePasal senggugut nih saya pun pernah kena yg severe punya tau. Masa tuh belum kahwin juga. Yang teruk pernah muntah-muntah..sakit perut. Jumpa coktor kat klinik area office. Sudahnya, masa jumpa tuh pun termuntah..last2 dok suruh baring jap dalam bilik. Cirit birit pun pernah juga. Haihh...mmg seksa senggugut nih. Nowadays, tade dah senggugut..Alhamdulillah..cumanya, kalau nak period tuh ada la simptom2 lain yg akan dialami. Tapi tak teruk mana pun. Alhamdulillah...
ReplyDeleteAlhamdulillah. Thnk you for sharing cerita awak
DeleteAlhamdulillah lega sangatkan tak ada sengugut kuat ni..saya pun zaman sekolah sampai merengkok tidur
ReplyDeleteoh awak dulu ada segugut teruk macam saya kan
DeleteAlhamdulillah sekarang kita dah tak de segugut
DeleteEna akui jugak dulu selalu senggugut tapi lepas kawen n bersalin dah xde senggugut tu dalam 5thn. Tapi bila masuk 30an tiba2 datang balik senggugut ni sma masa belum kawen. Xpastilah hormon ke.. faktor usia ke.. tapi period tetap.
ReplyDeletetry pergi check dengan pakar sakit puan, ena, inshaAllah akan ada solusinya
Delete