Wednesday, December 05, 2018

Secara Rasminya Dah Tak Pam Susu

Secara Rasminya Dah Tak Pam Susu | Sekarang Baby Leeya dah berusia 8 bulan, minggu depan dah masuk 9 bulan umur dia. Kejap jer. Alhamdulillah, aku masih lagi fully breastfed dia. Dia hanya consume susu ibu sahaja disamping makanan pelengkap yang lain. Susu formula belum minum lagi sebab aku sentiasa dengan dia 24/7, so soal kecukupan susu tu tak de masalah lah sebab boleh direct feeding dia. 

Aku dah lama tak pam susu disebabkan oleh rutin harian yang sangat padat, jadinya nak pam susu pun dah tak sempat. Bila dia menangis minta susu, aku terus je nursing kan. Senang! So, bila dah lama tak pam susu ni, nak dapatkan semula momentum mengepam sangatlah 'bercinta'. Jadinya, lama-lama mood nak pam susu tu kelaut dan kesudahannya, sekarang dah tak pam susu. Officially, sekarang aku dah stop pam susu guna Spectra M1 kesayangan aku tu.  

Kalau aku tinggalkan dia pada daddy dia, Stok EBM masih ada dalam freezer, so guna yang itu saja. Dia pun dah makan, so boleh jer suapkan makanan incase kalau dia lapar. Nanti kalau EBM dah habis, mungkin boleh bagi dia susu formula.

Sebelum ni, aku selalu buat tandem pumping - sebelah menyusukan Leeya dan sebelah lagi pam. Biasanya pam susu sambil tengok TV, barulah tak bosan.


Ini beg pam aku (cooler bag sebenarnya ni) - tempat untuk letak peralatan pam. Then, 'beg kecik' ni aku akan letak dalam Beg yang berwarna PINK yang bbesar kat dalam gambar bawah ni ↓.


Ini dia 'my pumping bag'. Beg ni dah dibeli sejak aku masih study kat UiTM dulu-dulu lagi. Aku rasa dah lebih dari 10 tahun kot usia beg ni. Jenama NIKE. Sebenarnya beg ni ialah my gym bag. Aku guna beg ni untuk pergi bersukan either pergi gym atau swim atau jogging atau apa-apa jer. Masih cantik dan masih elok hingga kini. kalau kotor jer aku basuh, mungkin sebab tu masih nampak elok. 

Bila start ada anak, aku gunakan bag ni sebagai pumping bag. But, officially right now aku dah tak pam susu lagi, jadinya, beg ni pun dah bertukar menjadi diapers bag. Actually aku dah ada 2 diapers bag - 1 jenama JUJUBE dan 1 lagi jenama Storksak. Dan aku suka dua-dua tu. Tapi kekadang bila banyak sangat barang nak dibawa, aku rasa beg Nike Pink ni lebih sesuai utnuk digunakan. Dalam beg ni, aku letak sekali dengan beg makanan Leeya dan keperluan Leeya yang lain. 

Walaupun aku dah tak pam susu lagi, Alhamdulillah aku bersyukur sebab dapat peluang untuk masih mampu menyusukan Leeya. Thanks God sebab bagi aku nikmat untuk merasai pengalaman sebagai ibu ni. InshaAllah aku diteruskan penyusuan susu badan kat Leeya sehingga dia berusia 2 tahun kalau masih diberikan rezeki. 

4 comments:

  1. Bestnya dapat susukan anak lama..akak dulu sampai Dania usia 6 bulan ke 7 bulan..lepas tu susu dah takde dah...puas pam still xde..dah buat macam2 siap minum banyak..makan apatah lagi..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. kalau memang direct feeding je mesti susah nak kerap pam selalu kan.. sy pun kat rumah df jugak, mmg sblm ni x pam pun during weekend. tp sejak susu dah drop sikit ni, weekend terpaksa jugak gigih pam susu.. haha.. btw sy pun gun M1 tu.. best kan..

    ReplyDelete
  3. InshaAllah. Semoga dipermudahkan urusan penyusuan anaknya dan ibunya juga. :)

    ReplyDelete
  4. mesti ada masanya merindui zamanmengepam ni kan

    ReplyDelete