Our Bedtime Story

in , , by dorsett pink, January 30, 2019
Salah satu cara untuk mengeratkan bonding antara parents dan anak-anak ialah 'storytelling'. Dan waktu-waktu nak tidur, adalah waktu yang sangat efektif untuk kita memupuk kasih-sayang antara kita (parents) dan anak-anak. 

Memang ramai pakar-pakar motivasi suggest untuk buat aktiviti story-telling sebelum anak-anak tidur. Dan bedtime-story pada waktu-waktu nak tidur tu bukan saja boleh mengeratkan hubungan antara ibu-bapa dan anak-anak, tapi juga kisah/cerita yang kita cerita pada diaorang waktu tu, diaorang mungkin boleh ingat sampai bila-bila. 

Salah satu TIPS KEJAYAAN MASYARAKAT JEPUN ialah 'Storytelling'. Orang Jepun mendidik  masyarakat diaorang untuk menjadi masyarakat yang berjaya, berjaya untuk negara, untuk bangsa dan untuk agama diaoarang sejak anak-anak diaorang masih kecil lagi. Dan salah-satu aktiviti wajib orang Jepun akan buat ialah storytelling, terutamanya ketika waktu anak-anak nak tidur, bacakan kat anak-anak bedtime story. 


Dan cerita yang paling wajib diceritakan pada anak-anak diaorang ialah tentang Sejarah Jepun. Sebab diaorang nak pupuk semangat patriotisme dalam diri anak-anak sejak diaorang kecil lagi, supaya sayang dan cintakan negara diaorang walau apa pun yang berlaku. 

Sejak aku tahu tentang cara orang Jepun didik anak-anak diaorang dengan story-telling. Aku pun mula praktikkan pada anak-anak aku dengan cerita kisah Nabi-Nabi. Leeya mungkin tak faham lagi. Tapi Kakak FL dah faham dan banyak bertanya. Memang sejak dari dulu lagi, aku akan buat 'bedtime story' sebelum tidur, cumanya dulu duk cerita tentang cerita-cerita dongeng si kancil, si arnab dan kura-kura, cerita merak dan gagak, macam-macam lagilah cerita-cerita dongeng binatang yang kita selalu dengar dulu-dulu.


Tapi our bedtime strory kitaorang kini aku dah bertukar menjadi cerita kisah nabi-nabi. Untuk permulaan, aku ceritakan dia Kisah Nabi Muhammad saw dulu. Budak-budak umur 0-7 tahun ni, otak diaorang macam span, snagat cepat absorb apa yang diaorang dengar dan lihat. So, waktu-waktu gini sangat sesuai untuk diaorang tahu cerita tentang Kekasih-kekasih Allah swt. 

Bila dah cerita, banyak pula soalan nya. Soalan-soalan yang mommy pun tak boleh nak jawab. Contohnya macam, 'kenapa ayah Rasulullah saw meninggal sebelum dia (Baginda SAW) lahir? eerrrmm.. 'Dia sakit apa?', 'Dia meninggal kat mana? Kat hospital ke?'... 

Errrrmm. Jawapan mommy - 'jomlah tidur, esok pulak kita sambung cerita'.... zzzzzZZZZzzzZZZZ... 

Ubat Demamku

in , , , by dorsett pink, January 29, 2019
Post sebelum ni kan aku bagitau yang aku demam. Boleh baca KAT SINI. Alhamdulillah hari ni dah makin OK.

Bila demam atau tak sihat, aku jenis yang tak suka makan ubat. Kalau makan supplement tu Ok lagi. Tapi kalau makan ubat, errrmm.. Memang sangat-sangat tak suka, even hanya sebiji panadol. Tetap tak suka. tak tahu kenapa tak suka. Memang sejak dari kecik lagi aku ni jenis spesis susah nak makan ubat. 

Jadi, bila demam ni, aku akan makan Vitamin C banyak-banyak. 

 

Ini Vitamin C pilihan aku. Jenama Redoxon. Inilah ubat demam aku. Bukan setakat demam, apa-apa penyakit pun, inilah ubat aku. Ubat ni emmang wajib ada stok dalam rumah ni. 

Aku tak makan Vitamin C ni hari-hari, aku makan bila waktu badan tak sihat, atau ada rasa-rasa nak demam. Senang nak makan ni, larutkan jer dalam air, dan minum air tu, sedap sangat.

Kalau hari biasa (kalau waktu sihat), aku makan sebiji sehari jer. Tapi kalau waktu demam atau tak sihat, aku akan ambik sampai 3-4 biji sehari. Alhamdulillah, ubat ni serasi dengan aku. Dah lama , dah 2 tahun kot aku makan Vitamin C jenama ni. 

Kalau pergi travel mana-mana, dalam Malaysia atau keluar negara, aku wajib bawak ubat ni. Boleh baca cerita aku tu kat entri ni - 'PELINDUNG DIRI KETIKA TRAVEL'.

Not Feeling Well

in , by dorsett pink, January 29, 2019
Dah 2-3 hari blog ni tak terupdate. huhu. Hari ni Alhamdulillah sempat jugak nak singgah blog ni. Sebenarnya tak sempat, tapi buat-buat sempat. 

Actually, sejak Jumaat hari tu, aku tak berapa sihat. Demam. Hari ni baru OK sikit rasanya. Sebab tu tak sempat nak update blog. Duk manjakan diri nak sembuhkan dari demam ni. Demam - Mungkin kerana terlalu exhausted uruskan anak dan rumah sorang-sorang. Mungkinlah. Tapi faktor cuaca juga penyumbang juga kepada faktor kewebakan virus ni. errmm..

Nasib baik en.suami dah balik malaysia last week. At least, ada juga pembantu nak tengok-tengok kan anak-anak. Tapi kebetulan dalam masa yang sama , en.suami pun tak sihat juga. Jadi, dua-dualah tak sihat.Anak-anak jer sihat-walafiat dan sangat-sangat aktif . Especially Leeya tu yang dah makin lasak. Suka main tangga. Huh! Jenuh mommy nak kena kejar dia.  Bila dah dua-dua tak sihat, kita buat kerja-kerja rumah pun ikut mana yang mampu jer lah. 

Tapi walaupun tak sihat, masa untuk bermain dengan anak-anak tetap diluangkan juga. Kalau tak, kesian diaorang tak dapat perhatian dari mommy dan daddy. Takpelah tak dapat rest sangat. Inilah namanya pengorbanan. Berkorban waktu rehat demi untuk kesejahteraan anak-anak. 



Kalau ikutkan sepatutnya hari ni en.suami kena outstation lagi ke Indonesia. Tapi sebab dia pun tak sihat,jadi terpaksalah tunda working trip tu ke hari lain. So ada hikmah jugalah Tuhan bagi sakit ni. Hikmah dapat bersama-sama all day and night long. Alhamdulillah.

Sarapan apa pagi tadi?

in , by dorsett pink, January 25, 2019
Korang sarapan apa pagi tadi?

Aku macam biasa makan benda yang simple jer. Yang senang nak prepare. Zup-zap-zup-zip dah siap dah boleh makan... Yang penting makanan tu mesti berkhasiat.

Aku tak suka sarapan benda yan complicated, contoh nak kena goreng-goreng, nak kena masak-masak. Kalau nak makan benda yang renyah nak masak, pilihan aku ialah makan kat kedai jer. Sebab aku tak suka membazir banyak masa untuk masak. 

Masak-memasak bukan passion aku. Aku suka masak, tapi bukan passion, dan aku masak pun sebab semata-mata untuk makan dan nak bagi suami dan  anak-anak makan. Aku bukan jenis orang yang boleh berdiri 5 jam kat dapur untuk masak itu- ini.

Aku rasa kalau bagi aku 5 jam, lebih baik aku buat something yang lebih produktif untuk aku macam, tulis journal paper ker atau tulis 1 chapter buku.  

Sebab tu aku suka makan makan yang simple dan mudah disediakan. Sebab ada banyak masa lagi kita boleh simpan dan gunakan untuk meningkatkan produktiviti kita. Dan pagi tadi aku bersarapan cereal jer - corn flakes campur susu. 


Aku biasanya tak ambik makanan tengahari. So, cornflakes tu aku makan banyak-banyak supaya cukup tenaga untuk sampai petang. 

Kisah Tentang Anak Tudung 2.0

in , by dorsett pink, January 24, 2019
Hari tu aku pernah cerita pasal isu tentang anak tudung Kakak FL kat entri ni - 'KISAH TENTANG ANAK TUDUNG'

Ini pula ialah entri kesinambungan dari entri hari tu. Kisah Tentang Anak Tudung Versi 2.0. Nampak sangat isu anak tudung ni menjadi isu penting kan? hehehhe..

Ok, isu pasal anak tudung Kakak FL dah selesai sebab mommy dah belikan banyak anak tudung. Memang pagi-pagi tak de masalah nak mencari anak tudung untuk ke sekolah.

Hari tu, balik sekolah, mommy bukak beg nak ambil baju kotor, sekali ternampak ada anak tudung alien pulak dalam beg dia. Terus jer lah mommy basuhkan sekali. Tertanya-tanya juga siapa punya sebab Kakak FL punya tak macam tu. Kakak FL punya semua nipis-nipis, sebab mommy memang belikan dia anak tudung yang nipis jer kalau tebal, takut nanti dia tak selesa.


Ini dia anak tudung alien tu. yang ni tebal. Memang sah-sah bukan Kakak FL punya.

So, mommy pun tanya lah dia, siapa punya. Dia kata - 'entah, mungkin tersalah letak dalam beg'. hehe. 'Takpelah nak, pulangkan semula, bagi kat teacher k, nanti pandai-pandailah teacher siasat siapa yang punya'. 
Petua Tradisional Untuk Pikat Selera Makan Anak Yang Terbukti Berkesan | Sekarang Leeya dah 10 bulan. Lagi 2 bulan nak setahun. Alhamdulillah. Dia membesar dengan sihat. Sekarang dia suka makan nasi. Nasi dan sup. Tak kiralah sup apa pun, semua dia tibai selagi tak pedas. So, mommy tak perlulah masak bubur special untuk dia sebab memang sejak dari dulu lagi dia tak suka makan bubur. Tapi kalau cerelac tu dia makan pulak. 

Masa Leeya umur 7 - 9 bulan, ada lah jugak beberapa kali Leeya buat drama tak nak makan. Aku rasa situasi ni normal kot untuk semua bayi. Diaorang memang akan ada fasa 'reject makanan'. Sebab diaorang kan baru nak kenal makanan, dan kita pun tak tahu apa yang kegemaran diaorang. Kita pun makan trial and error jer bagi apa-apa kat anak kita tu. Untung sabut, timbul, untung batu tenggelam. Kalau makanan tu OK, dia makan lah sampai habis, kalau makanan tu tak OK, memang dia tak makan la. So, wahai mommies & daddies, bertabahlah. Parenting is also fun. Just enjoy every moment of it. 

Aku pernah cerita episod Leeya tak nak makan dalam entri-entri ni - 'BABY TAK NAK MAKAN' , 'BABY 8 BULAN TAK NAK MAKAN'


Masa umur dia baru masuk 9 bulan, sekali lagi dia buat drama tak nak makan ni. Segala tips yang aku guna sebelum ni semua dah tak berkesan. So, aku pun google dan google, baca-baca blog, then aku terjumpa 1 blog ni - http://al-suria.blogspot.com/2015/04/kucai-petua-kembali-selera-makan-anak.html . Pastu aku jumpa lagi stori-stori yang seangkatan dengannya di blog-blog lain. Korang baca kat sini - anak tak nak makan - daun kucai.


Guna Daun Kucai Untuk Tambah Selera Anak

Hari yang sama jugak, aku gi kedai gi beli daun kucai banyak-banyak berikat-ikat. Aku bagi Leeya mandi dengan air daun kucai ni. Dulu dah pernah mandikan Leeya dengan daun kucai masa dalam pantang sebab nak hilangkan jaundice dia. Kali ni nak guna untuk pikat selera makan dia pulak. 

Sumber gambar : Google image


Cara Aku Guna Daun Kucai :
- Ramas daun kucai kat dalam 1 besen kecik. Air tu akan jadi warna hijau.
- Semasa bilasan terakhir, mandikan dengan air daun kucai tu.
- Pastu terus lap dengan tuala. Tak perlu bilas lagi dengan air biasa. 
- Buat tiga hari berturut-turut.
** Aku mandikan dengan daun kucai ni sekali sehari jer - mandi belah petang.

Lepas aku mandikan dengan air daun tu tika hari pertama dah nampak Leeya dah ada selera sikit nak makan.

Masuk hari kedua, selera makan dia bertambah lagi sikit.

Masuk hari ketiga, selera makan dia dah bertambah-tambah macam seperti sebelum - sebelum tu.


Daun Kuchai Terbukti Berkesan Untuk Pikat Selera Makan Anak

Mula-mula baca pengalaman-pengalaman mommies lain pasal guna daun kucai ni aku agak skeptikal - betul ke? Boleh percaya ke? Almaklumlah ni kan zaman moden. Gitteewww.. 

So, aku hanya ikut kata hati jer la - just try jer. Kalau tak jadi takper, tak salah mencuba dan tak salah berusaha.

So, try jer lah. Untung sabut timbul. Mana tahu kalau petua tu benar-benar menjadi. Lagipun bukan nya ada baca mentera-mantera khas untuk buat mandian daun kucai tu. 

Bila dah cuba. Dan hasilnya terbukti berkesan. Jadi, benarlah petua orang tua-tua ni - guna daun kucai untuk pikat selera makan anak. 

Alhamdulillah, sampai ke hari ini, Leeya berselera jer bila tiba time makan. Semua dia nak makan dan boleh makan. Kalau tengok orang sekeliling makan apa-apa, dia cepat-cepat jer datang kat orang tu nak join makan sama. Sekarang apa yang dia paling suka ialah buah-buahan. Biskut Rusk tu dia dah tak pandang dah, dah langsung tak nak makan rusk tu. 

Cuma hari tu dia tak de selera nak makan sebab sakit nak tumbuh gigi. Boleh baca kat entri ni - 'LEEYA DAH ADA GIGI' .

5 TIPS Penjagaan Miss V | Cosmoderm Manjakani Hygiene Wash || Miss V atau Miss Vagina adalah mahkota berharga bagi seorang wanita. Kita sebagai wanita memang wajib kena jaga miss V ni elok-elok agar tidak dapat penyakit di kemudian hari. Kena pastikan ia sentiasa kekal segar dan wangi. Kalau Miss V berbau, errrrmmm, kita pun tak selesa kan? Apatah lagi orang-orang sekeliling kita especially en.suami. Kalau tak jaga elok-elok pun, ia boleh buatkan Miss V kita mengalami keputihan yang luar biasa dan  gatal-gatal. 

Aku pernah share pengalaman aku yang mana Miss V terlampau gatal masa aku preggy tahun lepas kat entri ni - 'TIPS BILA KEMALUAN MISS V GATAL DISEBABKAN KEPUTIHAN SEMASA HAMIL'.

Tapi tu sindrom orang mengandung. memang tak sama dengan orang biasa yang tak mengandung. So, lepas bersalin, seboleh mungkin aku tak nak alami keputihan melampau macam tu lagi. Jadinya, haruslah aku wajib menjaga Miss V ni elok-elok dan bersih-bersih supaya sentiasa bersih, segar dan wangi dan bebas dari keputihan. Alhamdulillah, lepas bersalin tahun lepas, dah tak de keputihan lagi. 


Ni aku share 5 TIPS Penjagaan Miss V :

1. Tukar tuala wanita atau panty liner dengan kerap terumata selepas membuang air kecil.

2. Lap Miss V dengan sekering-keringnya selepas mencuci. 

3. Tukar seluar dalam setiap kali selepas mandi.

4. Gunakan Sabun Pembersih Intim Wanita. Dan pilihan aku ialah produk Cosmoderm Manjakani Hygiene Wash.

5. Jika ada perubahan pelik di bahagian MISS V, silalah berjumpa doktor dengan segera. 




Kenapa Produk Cosmoderm Manjakani Hygiene Wash menjadi pilihan? 

Kalau ikutkan kaedah tradisional orang dulu-dulu menjaga kesihatan Miss V ialah dengan menggunakan manjakani, untuk cuci Miss V. Sekarang kan dah zaman moden. So, dengan teknologi masa kini, buah manjakani telah tu diproses menjadi sabun dan beli jer kat kedai. Senang!. Tak yah dah susah-susah nak pergi pasar atau pergi mana-mana nak mencari manjakani. Terima kasih Cosmoderm sebab menyenangkan kerja aku. hehe. 

Pergi jer mana-mana farmasi, dan dapatkan Cosmoderm Manjakani Hygiene Wash ni dengan harga RM12.90 (150 ml) dan RM RM18.90 (375 ml). Senang kan? Selain sebab sennag nak beli, aku suka produk ni jugak ialah sebab dia memang khas untuk wanita yang dah berkahwin. Jadinya, bahan-bahan yang digunakan dalam sabun ni memang dibuat khas untuk wanita berkahwin. Antaranya ialah 99% manjakani, kacip fatimah dan sireh. Lagi bagus, sabun ni menggunakan bahan organik - tak de Paraben, SLS dan SLES. Dan bila pakai ni, rasa dia dingin jer. So, rasa sangat selesa. Rasa sejuk-sejuk gitu. Tambah pulak, bau sabun ni wangi. 



Kelebihan Produk Cosmoderm Manjakani Hygiene Wash ni:
  • Baunya harum 
  • Merawat keputihan
  • Membantu meredakan iritasi kulit
  • Boleh kekalkan rasa dingin dan segar dalam tempoh yang lama
  • Membantu ketatkan dan menegangkan dinding Miss V
  • Membantu mencerahkan kulit di celah-celah peha
  • Boleh percepatkan penyembuhan luka
  • Membantu mengimbangi PH di kawasan vagina
  • Produk Cosmoderm Manjakani Hygiene Wash ialah khas untuk wanita dewasa dan berumahtangga


Produk Cosmoderm Manjakani ni khas untuk wanita yang dah berkahwin, tapi kalau untuk anak dara yang masih belum berkahwin, korang boleh dapatkan Sabun Pencuci Wanita Cosmoderm Soothing Hygiene Wash, botol warna kuning.  

Kalau korang nak tahu info  lanjut pasal Produk Cosmoderm, pergi je kat FB atau IG Cosmoderm :
Facebook :  https://www.facebook.com/Cosmoderm/
Instagram :   https://www.instagram.com/cosmoderm/

Bila En.Suami Outstation

in , by dorsett pink, January 20, 2019
Sekarang ni en.suamiku takde disisiku. Dah seminggu dia pergi outstation for his working trip. Kali ni destinasinya adalah di negara-negara arab - UAE. Memang kerja en.suami ke sana-sini untuk demi mencari sesuap nasi. Sebab tu aku kena pilih kerja yang tak selalu outstation sebab kerja aku yang sebelum ni sangat hectic - setiap minggu kena outstation ke sana-sini tapi outstation dalam negara je la.

Bila en.suami di rumah dan dia tak outstation ke mana-mana, kerja-kerja rumah memang kami buat sama-sama. Kami bahagiakan tugas masing-masing. Jadi, tak de laah aku terbeban sorang-sorang untuk uruskan rumah ni. macam part aku - aku uruskan anak-anak, masak dan uruskan dapur dan part en.suami pula ialah uruskan baju-baju termasuk hal-hal basuh baju, jemur baju, gosok baju dan lipat baju dan kemas rumah. 

Tapi ada jugak, dia buat kerja-kerja yang menjadi tanggungjawab aku dan aku pun sama. Jadi,kami saling tolong-menolong, tak ade lah nak berkira sangat. Macam tu lah hidup orang yang tak de maid ni, memang suami isteri kena sama-sama uruskan rumah. Kalau harapkan isteri sorang-sorang buat, mahu pengsan jawabnya. Nanti bila anak-anak dah besar, bolehlah diaorang tolong mommy daddy pulak.  

Tapi bila salah seorang busy, maka yang seorang lagi kena ambik alih tugas tu. Contoh macam situasi aku ni, en.suami lah yang selalu busy. So, bila dia tak de, aku lah yang kena uruskan kain baju semua tu. huhu...


Tak tahulah bila aku dapat lipat semua ni. eeerrrmm.. Soal kemas rumah pulak, kita tolak tepi dulu. Kerja-kerja yang ada ni pun dah banyak tertunggak. Kalau dah tak terkawal sangat, aku panggil part-time maid tolong buat semua ni.

My 2018 Highlights

in , , , by dorsett pink, January 18, 2019
Masih lagi di Bulan January, dan masih tidak terlalu lambat untuk aku highlights antara kenangan terindah dalam hidup aku sepanjang tahun 2018 yang lalu. Mungkin tak seindah seperti orang lain, tapi ia cukup bermakna untuk diri aku. So, nak tahu apa dia? Jom baca  :


5 highlights in 2018 : 

#1. Kakak FL berjaya menghafal surah al-fatihah
Alhamdulillah, tahun lepas , ketika Kakak FL berusia 4 tahun, dia dah berjaya menghafal surah-alfatihah. Walaupun masih belum sempurna ketika tu (sekarang dah OK), aku rasa sangat-sangat terharu dan air mataku jatuh ke bumi ketika kali pertama aku mendengar anak sulungku itu memperdengarkan bacaan al-Fatihah depan aku. Ya Allah! Syukur sangat-sangat. Dia mengetahui kalam Allah terlebih dahulu sebelum pandai membaca. Semoga tahun ni Kakak FL berjaya menghafaz surah-surah lain pula. Inshaallah! Boleh baca entry pasal tu kat sini - 'AL-FATIHAH'.


#2. Lahirnya seorang lagi puteri - Leeya
Alhamdulillah, pada 10 Mac 2018, lahirnya seorang lagi puteri kedua buat diriku dan en.suamiku ke dunia yang sangat indah ini. nama diberi - Nur Farah Aleeya, panggilan manja Leeya. Kelahiran secara normal yang sangat mudah. Alhamdulillah!



#3. Pergi Escape Park, Penang
Akhirnya aku berjaya juga bermain sukan outdoor kat Escape Park, Penang masa cuti Hari Malaysia , 16 September 2018.. Keterujaan tahap maxima. Kakak FL pun sama excited. Nanti kitaorang nak pergi lagi kesana. Hari tu tak puas sebab sehari jer.  Boleh baca story aku pasal Escape Park tu kat sini - 'KETERUJAAN MAKSIMA DI ESCAPE PARK, PENANG'. 


#4. Pergi Legoland, Johor
Dah lama berangan-angan nak ke Legoland tapi 2018 baru angan-angan tu menjadi kenyataan. Pergi cuma 1 hari jer masa Disember hari tu, tapi sangat enjoy. Cumanya kecewa sebab banyak mainan kat situ untuk budak-budak umur 6 tahun ke atas,so banyaklah mainan yang Kakak FL tak boleh main. Takpe, nanti bila Kakak FL dah 6 tahun, kita pergi lagi. Boleh baca entry pasal Legoland kat sini - 'CUTI SEKOLAH NI KAMI KE LEGOLAND'.



#5. Berjaya Submit Tesis
Alhamdulillah, aku dah berjaya submit tesis Phd selepas beberapa tahun duk struggle dengan research ni. So, sekarang tengah tunggu jempitan untuk VIVA. hehe. Boleh baca cerita pasal submit tesis tu kat sini - 'PHD TALK : ALHAMDULILLAH! DAH BERJAYA SUBMIT TESIS'. 

Ni gambar masa hari submit tesis =)). Dua-dua anak teman aku buat submission sebab kerana mereka lah aku kuat untuk menyiapkan senaskah tesis doktorate.


Itu jer lah 5 perkara penting yang sangat indah untuk aku kenang sepanjang 2018 yang lalu. bagi aku 2018 adalah tahun yang sangat manis dan sangat bahagia untuk aku. Dan semoga 2019 ini akan membawakan lebih banyak khabar-khabar gembira buat diriku dan keluarga kecilku ini. Semoga Allah merahmati kami sekeluarga. Amiiin. 
Malaysia Halal Expo 2019 | Malaysia To Japan For 2020 Olympics | Hari tu aku ada share cerita pasal makanan HALAL kat Jepun kat entri ni - SENANG NAK CARI MAKANAN HALAL DI JEPUN'.


Aku nak sangat ke Jepun. Kalau boleh nak pergi tahun depan sebab nak sangat tengok Sukan Olimpik depan mata. Memang dah masuk dalam wish list nak tengok Sukan Olimpik Tokyo 2020 nanti. Tapi, tengoklah nanti pada tahap kewangan dan kelapangan waktu. Kalau ada rezeki tak ke mana kan? Rezeki tak pernah salah alamat kan? Giteeww..

Sempena Sukan Olimpik 2020 dan Sukan Paralympic 2020 kat Jepun nanti, Pihak Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) dengan kerjasama SME Corp. Malaysia akan menganjurkan Expo Makanan Halal - Malaysia Halal Expo 2019 (MHE 2019) dengan tema  Malaysia To Japan For 2020 Olympics. Expo Halal tu nanti bakal diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre (Hall 1-4) pada 24-26 Januari 2019 nanti.



Tujuan Expo Halal ni diadakan ialah untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan HALAL yang diusahakan oleh PKS (Perusahaan Kecil dan Sederhana) tempatan, selaras dengan Memorandum Kerajasama (MoC) dalam sektor HALAL antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Jepun yang telah ditandatangani pada 18 November 2018 yang lalu. 

Sukan Olimpik dan Sukan Paralympic - sudah pasti ramai atlit dan crew yang beragama Islam join sukan ni nanti kan. So, senanglah mereka-mereka yang beragama Islam nak dapatkan makanan dan barangan halal masa kat Jepun nanti. Dan Halal Expo ni juga merupakan platform untuk syarikat tempatan meluaskan perniagaan mereka ke Jepun. Mana tahu ada rezeki untuk produk tersebut terus menapak di Jepun. So, pada mana-mana pengusaha dan peniaga tempatan, eloklah korang rebut peluang ni dan join Malaysia Halal Expo ni, buka booth kat sana. Bukan senang nak dapatkan tawaran berharga macam ni.

Nanti masa MHE 2019 tu nanti, akan ada 4 komponen yang terlibat iaitu pameran, knowledge sharing, majlis anugerah dan sesi business macthing. Untuk ruang pameran, ada 6 sektor produk dan perkhidmatan yang akan mengambil bahagian, iaitu :

1. Bidang makanan dan minuman (F&B),
2. Bahan ramuan,
3. Bioteknologi,
4. Kosmestik,
5. Penjagaan kesihatan,
6. Logistik.

Pameran ni akan melibatkan 320 buah booth. Banyak tu. Mesti rambang mata nak membeli dan memilih nanti. Ada selebriti juga yang akan mengambil bahagian dalam pameran tu nanti. Antaranya adalah seperti Faizal Ismail (FBI), Fynn Jamal, Mok Cun dan ramai lagi. Selain tu, ada jugak sesi ‘Pocket Talk’ bersama selebriti atau Slot Selebriti. Fafau dan FBI datang tau. 

Kalau korang nak jumpa artis kesayangan korang, datanglah ke MHE 2019 ni. Dan juga pihak penganjur turut mengadakan sesi forum bersama Chef dari Majlis Sukan Negara (MSN). Menarik kan? 


Majlis Pra-Pelancaran MHE 2019 yang disempurnakan oleh YB Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, Menteri Pembangunan Usahawan.


Jom lah ramai-ramai kita ke KL Convention Centre nanti ya. Jom sama-sama memeriahkan Malaysia Halal Expo 2019 |Malaysia To Japan For 2020 Olympics pada 24-26 Januari 2019 nanti. Save the date ya guys!

Kalau nak tahu lebih maklumat lagi, layari je website diaorang -  http://www.halal-expo.my/

PhD Talk | My Wall of Ideas

in , by dorsett pink, January 16, 2019
Ok, aku nak share kat sini pasal 'My Wall of Ideas' . Dalam bahasa melayu dipanggil Dinding Idea kot. Kot la. Entah, aku pun tak pasti, tulis je lah tajuk dalam english gitu. Aku coretkan disini sebab aku nak ia menjadi kenangan terindah bila mana nanti aku dah lupakan fasa 'struggle' ni. 

For sure, tahun-tahun akan datang (Tahun 2021, 2012, 2023, 2030,2040) aku dah tak cerita dah pasal phd ni. Dah out dated dah nak cerita masa tu. Dan masa tu jugaklah aku dah buat benda baru yang aku tengah duk pulun kan? So, better aku cerita sekarang, untuk tatapan diri sendiri di hari tua nanti dan untuk rujukan untuk anak-anak aku bila mana mereka masuk ke menara gading satu masa kelak. 

Gambar dari google image


Sepanjang aku buat PhD ni, aku rasa serabut sangat kepala otak aku ni. Serabut sebab banyak benda nak kena buat dan nak kena ingat. Even masa tengah masak dan masa mandi pun duk fikir pasal tesis. Sampaikan tidur malam pun termimpi-mimpi benda yang ditulis kat laptop tadi. huhu. 

Kadang-kadang tu (selalu sebenarnya), idea datang tiba-tiba tanpa bagi signal terlebih dahulu. Kalau dalam bilik air tu, tetiba banyak la pulak idea datang mencurah-curah. kalau idea datang kan, terus je tulis kat mana-mana even kat dalam telefon. Aku selalu catat kat dalam Apps 'G-Notes', download je kat PlayStore. Dan jugak, selalunya aku catat kat dalam buku nota. Sebab tu, aku pergi mana-mana wajib dalam beg ada pen dan buku nota (saiz kecik).

Bila dah free sikit, tulis terus idea tu kat atas Sticky Notes, dan lekat je kat atas dinding. 

Ini bilik study aku. Simple jer. Takde yang menarik pun. Nak hias cantik-cantik pun tak sempat.

Sebelum 2018, aku buat kerja kat library UPM. So, hari-hari berulang-alik ke UPM. Start tahun 2018, aku decide nak buat kerja kat rumah jer. So, aku set-up la bilik study yang kondusif (konon-kononnya). Aku nampak, bila aku buat kerja kat rumah, aku lebih fokus dan produktif compare to kalau buat kerja kat library. Saalah 1 sebabnya ialah - sebab kat library bukan tempat kita, so wall tempat kita buat kerja tu tak boleh main tampal-tampal. Aku perasan, bila aku start tampal-tampal nota kat dinding, aku lebih fokus, dan kerja aku lebih tersusun, sebab nampak dengan jelas apa yang perlu dibuat/ditulis hari tu. 

Ini salah satu ruang kat Library UPM. Ada lagi ruang-ruang lain yang lagi best.

 Ni wall masa zaman tak organize lagi. Main pakai lekat je semua benda kat wall. Janji weekly planner tu ada.

Gambar anak-anak tu pembakar semangat untuk aku terus menulis dan tak give-up

Saat yang aku tak kan lupakan - sambil tulis tesis, sambil pam susu. Ataupun, sambil tulis tesis, sambil susukan anak.

 Bila dah organize, aku guna chart macam ni pulak. Chart ni aku beli dengan Dr.Roket. Pergi je kat FB dia, pastu contact team dia.


 Ini gambar terbaru. Aku belum clearkan wall ni lagi. Nanti-nantilah. Nampak tak ada lukisan warna-warni tu? Tu Kakak FL lukis bila mana mommy dia dah submit tesis hari tu. Maksud lukisan tu ialah - 'lepas ni family kita dah ada 5 orang, tambah sorang lagi brother.' hahahahha. eerrrmmm.. 


Itulah je yang aku nak share kali ni. Thank ypu sebab membaca.. =))

Kisah Tentang Anak Tudung

in , by dorsett pink, January 15, 2019
Kisah Tentang Anak Tudung | Sejak Kakak FL masuk ke tadika tahun lepas (4 tahun), hari-hari dia kena pakai tudung sebab tadika tu wajib pakai tudung. Sejak dari tu jugak, banyaklah juga tudung kanak-kanak yang mommy beli untuk dia pakai. 

Lagipun dia memang suka sangat pakai tudung, even kalau keluar rumah (bukan ke sekolah), dia akan sarungkan tudung. Agak-agak bila dah rasa kepala tu panas, dia bukak jer la tudung dia tu tak kira di mana dan bila. So, skrang ni dia pakai tudung ON-OFF la. Macam chipsmore, kejap pakai, kejap tak pakai. Takpe, mommy izinkan, sebab belum baligh lagi. 


Bila dah pakai tudung, haruslah kena pakai anak tudung kan? Baru nampak kemas. Kalau tak, rambut bersepah-sepah keluar sebab Kakak FL ni tak suka ikat rambut. Beli anak tudung tak banyak, so pusing-pusing pakai anak tudung yang sama, tapi kerap basuh. Hari-hari membasuh. 

Tapi kan, yang mommy geramnya, anak tudung dia selalu hilang. Kadang-kadang balik sekolah tak pakai anak tudung, bila tanya mana? Jawabnya 'entahla'... Kadang tu hilang kat rumah ni. Rumah taklah besar macam Istana Parsi, tapi selalu je hilang. Punca masalah - misplace.

Geram sungguh. Bila pagi-pagi nak bersiap, masa habis macam tu jer duk mencari anak tudung. Cari sini tak jumpa, cari kat sana tak jumpa. huhuhu. 

Jadinya, penyelesai masalah untuk tahun 2019 ni ialah kita beli anak tudung banyak-banyak.


Tak lah banyak mana pun. 5 helai jer. Cukup untuk sehelai sehari. Campur lagi yang tahun lepas punya, cukuplah untuk dipakai selama seminggu. Kalau tak sempat nak basuh pun takpe, sebab masih lagi ada yang bersih dalam almari. Hopefully tahun ni mommy tak naik angin la dek kerana kisah anak tudung. hehehe..

PhD Talk | Apa yang perlu dibuat sebelum submit tesis?

in , by dorsett pink, January 14, 2019
Ok, aku dah berjaya submit tesis macam aku cerita kat entri lepas - 'PHD TALK : ALHAMDULILLAH! DAH BERJAYA SUBMIT TESIS'.

Sebelum nak submit tu, macam-macam benda nak kena buat. Aku ingatkan bila dah siap writing, dah boleh terus print dan hantar ke Graduate School. Tapi sangkaan aku benar-benar meleset. Macam-macam benda yang nak kena buat. Memakan masa dan renyah dan leceh dan sangat kelam-kabut. Mungkin kalau tak de anak, tak lah kelam-kabut sangat macam ni kot. Tpi entahlah, mungkin aku ni jenis yang 'tak-organize' jugak. 


Nasihat aku pada korang-korang yang tengah pulun study dan akan submit tesis korang, jangan schedule kan waktu untuk korang siap menulis dan print tesis ni ngam-ngam sebelum tarikh deadline. Sebab nanti, takut terlepas tarikh keramat tu. Peruntukan at least 2 bulan sebelum submit tu untuk siapkan writing semua. Sebab proofreading pun dah ambik masa hampir sebulan. 

Bila dapat clean version dari proofreader, baru proses seterusnya boleh dibuat. Dan start kat situ lah, rasa macam nak jadi tangan sotong jer, ada 10 tangan serentak nak buat itu-ini. 


Apa yang perlu dibuat sebelum submit tesis?

1. Hantar tesis ke Turnintin
Ok, pertamanya, hantar tesis korang (yang dah siap proofread), ke Turnintin dulu. Untuk Turnintin ni boleh check dengan library korang. Tujuan Turnintin ni ialah nak dapatkan report plagiat kita - berapa banyak kita plagiat tesis kita ni. Kalau kat UPM, boleh minta ID dan password kat Supervisior jer. Nak dapatkan full report ni, makan masa tau. Lagi tebal tesis korang, lagi lambat report tu siap. Macam aku hari tu, seminggu (7 hari) jugaklah nak menunggu report Turnitin ni. 

Macam mana nak submit ke Turnintin? - Senang jer, on je internet, pergi ke laman web turnintin. Pastu masukkan id dan password.  Nanti korang ada 'class' sendiri yang supervisor dah buatkan. Upload tesis korang dalam 'class' korang sendiri dan tesis tu ialah tesis yang tak ada sebarang tables dan figures. Maksudnya, save 1 dokumen lain (tesis tu) khas untuk turnintin jer. Sebab kalau masukkan table & figures, ia dikira sebagai plagiat. 

Bila dah siap tesis tu disemak oleh pihak Turnintin, korang save report tu (dalam pdf format). Kalau UPM, kena burn CD sekali. Pastu print report (muka surat depan & muka surat yang tulis 'percentage plagiat') sahaja. Aku hari tu peratus plagiat 8% jer. Kalau UPM, tak boleh lebih dari 30%. 

 Print cover report Turnintin yang tulis 'thesis complete' macam ni.
2. Buat Editing dan Formating

Lepas dah dapat report dari Turnintin, buat formating dan editing. Editing format ni sangat menguji kesabaran jiwa sebab aku jenis tak sabar. So, en.suami yang tolong aku buat editing terakhir ni. Ambik masa dalam 3-4 hari jugaklah sebab perlu buat secara part-time. Full-time job perlu diberi keutamaan dulu. Kalau kat UPM ni, ada servis untuk edit format disediakan, kat area Flat Ikan. Harga yang dicharge ialah RM 150 bergantung pada ketebalan tesis. Tapi aku tak ambik sebab nak jimat duit nak gi celebrate anniversary. Gittteeewww. 


3. Print Borang 'Thesis Submission'
Kat UPM kena antar tesis bersekali dengan borangni. Aku rasa kat universiti lain pun sama jugak kot. Nak lengkapkan borang ni, perlu ambik tadatangan semua supervisor yang ada dalam supervisor committee. Korang tah-tahu je lah, supervisor kan selalu sibuk dengan jadual diaorang, so better buat appoinment awal-awal untuk jumpa diaorang untuk dapatkan tandatangan. Dan ada sesetengah supervisor, nak tengok report turnintin dan tesis tu dulu sebelum sign, jadi bawaklah segala benda tu untuk jumpa sv korang.


4. Print Thesis
Ada SV (termausk co-SV), yang nak tengok tesis yang dah siap ni sebelum tandatangan borang tesis submission tu. Macam aku, SV dan semua C0-Sv semua sporting, so diaorang tak nak tengok tesis tu, so aku just antar kat diaorang yang softcopy jer. Nak print tesis ni, kena buat 5 copy - 4 copy untuk antar ke Graduate School dan 1 copy lagi untuk diri sendiri. Bind guna tape binding jer. tulisan double spacing either arial atau times new roman, depend pada universiti korang. 

Dah siap semua, boleh lah hantar pastu sambung tidur.. ZZzzZzzz.. hehe..


Leeya Dah Ada Gigi

in , by dorsett pink, January 14, 2019
Alhamdulilla! Leeya dah menginjak ke usia 10 bulan 10 Januari yang lalu. Lagi 2 bulan nak 1 tahun. Cepatnya. Alhamdulillah Leeya membesar dengan sihat. Leeya sekarang dah ada 2 batang gigi. Gigi belah bawah. Dia start tumbuh gigi masa umur dia 9 bulan, tumbuh 2 batang terus. Masa tu tak demam, tak meragam. Ok jer dia, happy seperti biasa. 


Tapi lately ni, dia ada demam hari tu. Cranky jer masa demam tu. Kesian tengok. Makn pun tak de selera. Demam sebab nak tumbuh gigi lagi. Kali ni nak tumbuh gigi atas pulak. Aku nampak baru sebatang gigi yang keluar. So, maknanya sekarang Leeya dah ada 3 batang gigi. Errmm.. Maknanya jugak, mommy kena hati-hati la, kalau tak nanti kena gigit. Sekarang pun dia ada jugak main gigit-gigit mommy. Sabor je lah.

Dan bila dah ada gigi ni, rutin menggosok gigi kena lebih strict. Sekarang waktu wajib menggosok ialah 2 kali sehari - pagi dan malam. Tapi kalau mommy teringat nak gosokkan lepas waktu lunch, mommy gosok lah, sebab banyak hari yang lupa. Tu lah banyak sangat makan semut. 

Serai oh! Serai

in , by dorsett pink, January 12, 2019
Bahagianya tengok hasil tanaman sendiri membuahkan hasil. Boleh juga dinikmati oleh seisi keluarga, tanpa perlu keluarkan duit untuk membeli. Jimat sikit. Tambah pulak, dengan zaman kemelesetan ekonomi sekarang ni, memang elok sangat lah buat aktiviti bercucuk tanam ni.

Ini dia serai hasil tanaman sendiri. Ni baru sikit, banyak lagi yang tak masuk gambar.


Alhamdulillah! Bersyukur sangat. Aku pun dah tak ingat dah berapa kali kami makan hasil serai tanam sendiri ni. Tapi ni baru berkesempatan nak cerita kat blog.

Kat halaman rumah kami ada sedikit tanah kosong, so bolehlah nak bercucuk tanam sikit-sikit. Buat makan-makan keluarga jer, bukan nak menjual pun. En.suami la yang usahakan ni. Alhamdulillah menjadi!Puas hati gak la.  Kalau aku yang buat, ke laut masin la jawabnya. 

Selain serai, ada lagi beberapa jenis tanaman yang turut ditanam. Yang simple-simple jer, yang selalu digunakan kat dapur. Lepas ni ingat nak tanam pokok cili pulak =)).

Staycation at Palm Garden Hotel, IOI Resort Putrajaya

in , by dorsett pink, January 11, 2019
Masa New Year (1.1.2019) aku dan keluarga kecilku celebrate New Year kat Putrajaya, alang-alang tu celberate sekali our 6th Wedding Annivesary kat situ. Actually bukan nak sangat celebrate new year, tapi lebih pada nak celebrate kejayaan dapat hantar tesis masa 31 Disember tu. Dia punya rasa happy sebab dapat submit tu, macam rasa menang Oscar Award walaupun tak pernah menjejakkan kaki ke event Oscar Award. hahahha. 

Kami pilih Palm Garden Hotel, IOI Resort Putrajaya, sebab actually nak hotel lain, tapi hotel  tu dah penuh, jadinya kami bertapalah di Putrajaya saja. It's OK. Having fun jugak.




Ni gambar dari pakcik google. Memang cantik waktu malam kat hotel ni. Lighthing dia superb.


Lobby

Alhamdulillah dapat baby cot walaupun book hotel ni last minute. Biasanya cot susah nak dapat kalau booking last minute. 







Kebetulan masa kitaorang check-in kat situ, ramai orang. Hotel pulak fully-booked. Yang ramainya ialah warganegara Malaysia. Ada Melayu, Cina dan India. Maybe sebab semua pun nak pergi tengok new year celebration kat Putrajaya yang gilang gemilang tu kan. 

Hotel ni sangat family-friendly. Swimming pool di sangat besar. Pool untuk dewasa besar dan untuk kanak-kanak pun besar. Siap ada slide lagi. kanak-kanak memang suka mandi-manda kat pool tu. Memang sesuai sangat kalau nak bawak family bercuti kat sini. 

kalau bab makan, tak yah risau, sebab IOI City Mall Putrajaya sebelah jer dengan hotel ni, kalau jalan kaki pun tak sempat berpeluh ketiak. 

Kalau korang nak cari hotel untuk bawa family bercuti, aku sangat recommend hotel ni.

Pergi Kelas Mengaji

in , by dorsett pink, January 09, 2019
Tahun ni Kakak FL masuk kelas mengaji. Dia ada belajar mengaji juga kat tadika tapi saja nak bagi dia lebih cepat pandai mengaji. Tak salah kalau anak-anak dididik dengan kalam Allah sejak dari awal usia. Biar dia kenal Pencipta dia terlebih dahulu dari dia kenal dunia. 

Lagi awal lagi bagus sebenarnya. Tapi disebabkan Kakak FL ni yang aku tak yakin dia boleh fokus dalam kelas waktu umur dia 2-3-4 tahun, sebab tu sengaja delay sampai dia umur 5 tahun (tahun ni dia akan masuk 5 tahun). Alhamdulillah, nampak dia boleh fokus dan dia enjoy sangat. dia kata Ustazah best. Selain dia, ada lagi beberapa orang kanak-kanak sebaya dia yang turut mengaji kat situ.



Tempat yang aku hantar dia kelas mengaji ni ialah Sekolah Islam KAFA (sekolah swasta), khas untuk kanak-kanak sekolah rendah yang nak ambik kelas KAFA. Tapi disediakan juga kelas mengaji untuk kanak-kanak dari seawal usia 4 tahun hingga remaja. Nanti kalau Kakak FL dah masuk Darjah 1  nanti boleh lah sekolah KAFA kat situ je. 

Yuran pengajian ialah RM 50 sebulan. Yuran Pendaftaran RM 120. Buku mengaji RM 20. Belajar setiap hari, 15 - 30 minit, depends pada kelancaran dan kekuatan kanak-kanak tu. Kalau diaorang tak larat nak baca banyak-banyak, baca 1 muka surat je pun takpe, ustazah tak marah. Kaedah pembelajaran ialah secara 'one-to-one', so masing-masing kena tunggu giliran masing-masing. 

Dia pergi mengaji petang-petang, lepas balik dari tadika. Mommy ambik dia kat tadika jam 5 petang, pasu terus antar kelas mengaji. Tadika dengan kelas mengaji ni dekat sangat-sangat, jalan kaki pun sampai. Au rasa beruntungnya duduk kat area ni, sebab semuanya dekat-dekat, nak apa semua ada kat sini. Sekolah, kelas agama, kelas kafa, sekolah swasta, kelas muzik, kumon, art class, bank, semua ada. Senang mommy tak yah nak drive jauh-jauh. 

Kat situ guna kaedah 'Al-Hira' ni. 

Resolusi 2019

in , by dorsett pink, January 09, 2019
Dah 9 haribulan, baru berkesempatan nak tulis Resolusi tahun ni. Errmm.. Actually tak ada apa yang menarik pun, sebab tu lah delay nak tulis. 

Macam tahun lepas resolusi aku nak siapkan tesis dan hantar pada Graduate School UPM. Alhamdulillah berjaya walaupun struggle macam nak mati & dapat hantar pun di hari terakhir 2018. Takpelah, at least hantar jugak dari terus proscatinate. Dah hantar rasa lega giler. Otak dah serabut nak ingat apa-apa pasal tesis. Fuhh! Thank you Allah bagi kekuatan fizikal dan mental untuk siapkan walaupun kelam-kabut giler. 


Resolusi Tahun 2019 ni :

1. Nak kembali aktif bersukan atau nak kembali dengan rutin kekal cergas sepanjang hari. Gittteeeeww.. Untuk permulaan, nak join aktiviti 'Fun Run' dulu. Kalau dapat istiqomah join fun run untuk setahun  ni dah cukup bagus dah. 

2. Nak istiqomah baca buku. 
 I love reading. Tapi sejak fokus kaw-kaw buat tesis tu since few years ago, aku cuma boleh luangkan masa untuk baca buku yang berkaitan dengan study which was so boring. Tapi dah terpaksa, ku ikutkan saja. Kalau dulu-dulu masa zaman bujang aku suka baca novel. Tapi sejak dah berkahwin dan dah ada anak ni, dah kurang minat dengan novel. So, currently lebih interested dengan buku-buku 'self-motivation' dan buku yang berkaitan dengan dunia business. 



Buku-buku ni pun tak habis baca lagi. Hopefully bulan ni bolehlah habiskan tiga-tiga buku ni.


3. Study untuk VIVA
Walaupun viva lambat lagi, tapi start dari sekarang dah kena studi supaya nanti bila dah tahu tarikh viva, kita pun dah get ready dan tak nerves sangat. Perhaps, dapatlah lulus viva nanti dan sekaligus berjaya menggenggam segulung ijazah kedoktoran. Harap-harapnya gitu lah. 


OK, ini je lah tiga resolusi aku untuk tahun 2019. Hopefully tercapai. List tak banyak sebab takut nanti tak boleh nak buat. Cukuplah tiga ni, yang aku rasa realistik untuk aku buat sepanjang tahun 2019 ni. 

May Allah bless me as always.... 

Belajar Dan Belajar

in , by dorsett pink, January 07, 2019
Kakak FL tahun ni akan menginjak ke usia 5 tahun pada Jun hadapan. Dah makin petah berbicara. Suka sangat public speaking. Selalu jer buat 'show & tell' kat rumah , cakap sorang-sorang 😄. Dia sangat talkative. Setiap masa mesti dengar suara dia, diam hanya ketika waktu tidur. hihi. 


Dia sangat sukakan buku. Suka membaca dan belajar. Kalau kat rumah tu, pagi-pagi bangun tidur, lepass dah warming up, benda pertama yang dia akan buat ialah ambik workbook dan buat latihan atau ambik buku dan baca atau hanya buat colouring.  Tak perlu disuruh dan dipaksa, dia yang rela hati buat sendiri. So, buku-buku dia bersepah kat rumah ni, ada je kat mana-mana. Kalau pergi shopping, dia akan minta untuk beli buku atau stationery. Kalau pergi grocery shopping, tempat yang dituju ialah rak-rak buku. dapat beli 1 colouring book pun dah happy sangat.

Kalau balik sekolah, dia akan ambik workbook dan start buat latihan. Dalam sehari, macam-macam latihan dia buat. Dia sendiri yang buat dengan rela hati tanpa sebarang paksaan dan suruhan dari mommy atau daddy. Sekarang ni dia dah pandai buat matematik. Belajar kat rumah jer, mommy & daddy yang ajarkan. 


Masa cuti sekolah Disember hari tu, aku antar dia ke school holiday program, sebab nak bagi dia bersosial dan tak nak dia duduk je kat rumah tengok tv. Mula-mula dia seronok sebab boleh belajar sains (join science camp). Bila minggu-minggu terakhir, dia bosan dan tak nak dah pergi situ. Bila ditanya, jawapan yang diberi ialah - boring, sebab tak belajar. So, masa minggu last cuti sekolah tu, dia duduk je kat rumah teman mommy berulang-alik ke UPM uruskan hal-hal thesis submission. 

Minggu pertama 2019, 'back-to-school', dia buat drama tak nak pergi sekolah sebab dia fobia. Fobia sebab masa cuti sekolah hari tu (school holiday program), pergi sekolah tak belajar. Dia tak suka pergi sekolah dan tak belajar. Dia suka pergi sekolah. Tujuan dia pergi sekolah ialah sebab nak belajar. Jumpa kawan-kawan tu jatuh nombor 2. 

Dia sendiri yang cakap - Leena pergi sekolah nak belajar, bukan nak main. Walau pada hakikatnya, memang banyak pun dia main kat sekolah tu. Biasalah budak-budak. First day perg sekolah, adalah drama melayu pagi-pagi kat rumah tu. Menangis tak nak pergi sekolah. Jenuh mommy dan daddy pujuk. Last-last pergi jugak sekolah. Balik sekolah, macam-macam cerita - 'bestlah mommy hari ni, jumpa ramai kawan baru'. 'So esok nak pergi sekolah lagi tak?', mommy tanya. 'Nak!!', jawab dia. 'Tapi, Leena tak suka sekolah petang, mommy datanglah ambik awal'.  

Ni masa umur dia 2 tahun setengah


Lepas habis sesi tadika waktu pagi, dia stay kat school tu sampai petang sebab mommy enroll 'day-care'. Memang sejak dulu-dulu lagi even kat playschool pun, dia stay sampai petang. Nama pun 'day-care'- so memang tak de aktiviti pembelajaran.

Dia cakap dia boring duduk kat school petang-petang sebab tak belajar. Dia siap boleh cakap lagi 'Leena pergi sekolah nak belajar , bukan nak tidur. Kat rumah pun Leena boleh tidur'. Errrrmmm. Hari-hari cakap benda yang sama even Sabtu Ahad semalam pun. 

Pastu mommy pun cakaplah kat dia 'OK mommy ambik lepas lunch, pastu kita balik rumah terus tau, Leena tidur kat rumah'. Dia jawab - dia tak nak balik rumah, dia nak pergi sekolah yang boleh belajar-belajar. Dia cakap dia tak nak tidur. Dia nak terus pergi kelas mengaji. (Sekarang ni kelas mengaji dia kul 5.30 pm, lepas balik sekolah). 'Mana boleh gi kelas mengaji, ustazah tak de lagi'. Pastu dia duk ulang, antarlah dia ke kelas agama (KAFA). errmmm..

Mommy dan daddy pulak yang pening. Mana ada kelas KAFA untuk kids umur 5 tahun. Kelas mengaji banyak la. Kelas KAFA tu kebiasaanya offer untuk pelajar Darjah 1. 

Adalah offer dia pergi kelas baking ke, kelas musik ke, tapi dia tak nak. Dia duk ulang-ulang cakap - nak kelas belajar. Pastu kitaorang tanya lah dia - 'Tak penat ke belajar banyak-banyak?'. Dia cakap 'TAK, Leena suka belajar' - itulah jawapan dia. eeerrrrmmm.. 

Kitaorang yang tengok dia ni penat, tapi dia relaks jer. Boleh jer lompat-lompat lari-lari. 


Rutin Kakak FL Sekarang:

8 am -5 pm - pergi tadika.
5.30 pm - pergi kelas mengaji.
6.00 pm - habis mengaji, balik rumah. Kadang-kadang pergi playground (3 kali seminggu je).
6.15 pm - sampai rumah, terus ambik buku buat latihan atau membaca sampai magrib. 
Masuk magrib - mandi & solat, pastu makan malam. 
Lepas makan malam - membaca atau buat latihan sampai jam 10 malam. 


Dia sendiri yang minat belajar. Dia suka belajar dan belajar. Kami tak pernah paksa dia untuk suruh dia baca buku atau belajar. Rasanya tu penangan masa mommy mengandungkan dia dulu. sebab masa hamilkan Kakak FL, masa tu mommy first year buat PhD. So, masa tu tengah struggle untuk siapkan proposal. 

Plannya tahun ni, cuma nak enroll dia kelas mengaji jer. Tak nak lah dia busy pergi kelas itu ini. Tapi memandangkan dia sendiri yang request nak pergi kelas, so terpaksalah kami kena cari kelas yang bersesuaian untuk dia. Maybe boleh try Kumon lah kot. Sebab Kumon kat area rumah jer. 

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE