Bila En.Suami Outstation

in , by dorsett pink, January 20, 2019
Sekarang ni en.suamiku takde disisiku. Dah seminggu dia pergi outstation for his working trip. Kali ni destinasinya adalah di negara-negara arab - UAE. Memang kerja en.suami ke sana-sini untuk demi mencari sesuap nasi. Sebab tu aku kena pilih kerja yang tak selalu outstation sebab kerja aku yang sebelum ni sangat hectic - setiap minggu kena outstation ke sana-sini tapi outstation dalam negara je la.

Bila en.suami di rumah dan dia tak outstation ke mana-mana, kerja-kerja rumah memang kami buat sama-sama. Kami bahagiakan tugas masing-masing. Jadi, tak de laah aku terbeban sorang-sorang untuk uruskan rumah ni. macam part aku - aku uruskan anak-anak, masak dan uruskan dapur dan part en.suami pula ialah uruskan baju-baju termasuk hal-hal basuh baju, jemur baju, gosok baju dan lipat baju dan kemas rumah. 

Tapi ada jugak, dia buat kerja-kerja yang menjadi tanggungjawab aku dan aku pun sama. Jadi,kami saling tolong-menolong, tak ade lah nak berkira sangat. Macam tu lah hidup orang yang tak de maid ni, memang suami isteri kena sama-sama uruskan rumah. Kalau harapkan isteri sorang-sorang buat, mahu pengsan jawabnya. Nanti bila anak-anak dah besar, bolehlah diaorang tolong mommy daddy pulak.  

Tapi bila salah seorang busy, maka yang seorang lagi kena ambik alih tugas tu. Contoh macam situasi aku ni, en.suami lah yang selalu busy. So, bila dia tak de, aku lah yang kena uruskan kain baju semua tu. huhu...


Tak tahulah bila aku dapat lipat semua ni. eeerrrmm.. Soal kemas rumah pulak, kita tolak tepi dulu. Kerja-kerja yang ada ni pun dah banyak tertunggak. Kalau dah tak terkawal sangat, aku panggil part-time maid tolong buat semua ni.

SHARE 11 comments

Add your comment

  1. Boleh.Perlahan-lahan.Paling penting santai dan jangan stress.

    ReplyDelete
  2. KERJA RUMAH NI BANYAK SANGAT MEMANG TAK HABIS NAK DIBUAT

    ReplyDelete
  3. setuju sangat. part time maid banyak bantu.
    boleh tolong basuh baju, lipat baju.
    charge pun berpatutan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak. senang bila maid datang membantu. saya selalu ambik yang 2 orang datang, 4 jam, charge rm 140

      Delete
    2. alhamdulillah! bagus diaorang buat kerja. tapi tengok time juga. tengok nasib. ada juga ada maid yang tak bagus

      Delete
  4. Buat yg penting dulu mesti rundu rinduan seminggu x jmpa

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah rindu mama. tapi alhamdulillah sekarang dah balik

      Delete
  5. aida bab melipat baju memang out :(
    sgt la malas.
    tapi apa kan daya, wajib dilipat & disusun.

    ReplyDelete

2024 © Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE