Malaysia Halal Expo 2019 | Malaysia To Japan For 2020 Olympics | Hari tu aku ada share cerita pasal makanan HALAL kat Jepun kat entri ni - SENANG NAK CARI MAKANAN HALAL DI JEPUN'.


Aku nak sangat ke Jepun. Kalau boleh nak pergi tahun depan sebab nak sangat tengok Sukan Olimpik depan mata. Memang dah masuk dalam wish list nak tengok Sukan Olimpik Tokyo 2020 nanti. Tapi, tengoklah nanti pada tahap kewangan dan kelapangan waktu. Kalau ada rezeki tak ke mana kan? Rezeki tak pernah salah alamat kan? Giteeww..

Sempena Sukan Olimpik 2020 dan Sukan Paralympic 2020 kat Jepun nanti, Pihak Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) dengan kerjasama SME Corp. Malaysia akan menganjurkan Expo Makanan Halal - Malaysia Halal Expo 2019 (MHE 2019) dengan tema  Malaysia To Japan For 2020 Olympics. Expo Halal tu nanti bakal diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre (Hall 1-4) pada 24-26 Januari 2019 nanti.



Tujuan Expo Halal ni diadakan ialah untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan HALAL yang diusahakan oleh PKS (Perusahaan Kecil dan Sederhana) tempatan, selaras dengan Memorandum Kerajasama (MoC) dalam sektor HALAL antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Jepun yang telah ditandatangani pada 18 November 2018 yang lalu. 

Sukan Olimpik dan Sukan Paralympic - sudah pasti ramai atlit dan crew yang beragama Islam join sukan ni nanti kan. So, senanglah mereka-mereka yang beragama Islam nak dapatkan makanan dan barangan halal masa kat Jepun nanti. Dan Halal Expo ni juga merupakan platform untuk syarikat tempatan meluaskan perniagaan mereka ke Jepun. Mana tahu ada rezeki untuk produk tersebut terus menapak di Jepun. So, pada mana-mana pengusaha dan peniaga tempatan, eloklah korang rebut peluang ni dan join Malaysia Halal Expo ni, buka booth kat sana. Bukan senang nak dapatkan tawaran berharga macam ni.

Nanti masa MHE 2019 tu nanti, akan ada 4 komponen yang terlibat iaitu pameran, knowledge sharing, majlis anugerah dan sesi business macthing. Untuk ruang pameran, ada 6 sektor produk dan perkhidmatan yang akan mengambil bahagian, iaitu :

1. Bidang makanan dan minuman (F&B),
2. Bahan ramuan,
3. Bioteknologi,
4. Kosmestik,
5. Penjagaan kesihatan,
6. Logistik.

Pameran ni akan melibatkan 320 buah booth. Banyak tu. Mesti rambang mata nak membeli dan memilih nanti. Ada selebriti juga yang akan mengambil bahagian dalam pameran tu nanti. Antaranya adalah seperti Faizal Ismail (FBI), Fynn Jamal, Mok Cun dan ramai lagi. Selain tu, ada jugak sesi ‘Pocket Talk’ bersama selebriti atau Slot Selebriti. Fafau dan FBI datang tau. 

Kalau korang nak jumpa artis kesayangan korang, datanglah ke MHE 2019 ni. Dan juga pihak penganjur turut mengadakan sesi forum bersama Chef dari Majlis Sukan Negara (MSN). Menarik kan? 


Majlis Pra-Pelancaran MHE 2019 yang disempurnakan oleh YB Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, Menteri Pembangunan Usahawan.


Jom lah ramai-ramai kita ke KL Convention Centre nanti ya. Jom sama-sama memeriahkan Malaysia Halal Expo 2019 |Malaysia To Japan For 2020 Olympics pada 24-26 Januari 2019 nanti. Save the date ya guys!

Kalau nak tahu lebih maklumat lagi, layari je website diaorang -  http://www.halal-expo.my/
SHARE 13 comments

Add your comment

  1. Banyak ilmu bboleh dapat dekat expo-expo macam ni.

    ReplyDelete
  2. tadi dah pergi, memang macam2 produk ada tau..dari pagi samapi petang..hahaa..dah membeli juga tadi..sebab produk tu sedap dan mudah dimasak..heheee..beli juga kosmetik tadi..kihkih

    ReplyDelete
  3. Dah pegi... Rugi pegi hari last. Best meriah! MHE 2019 patut buat lagi.

    ReplyDelete
  4. Dah pergi Jumaat lepas.. memang best! Banyak pilihan yang menarik dan memudahkan nak guna@masak especially masa travel

    ReplyDelete
  5. Canggih ya nk masuk kt ekspo ni.....

    ReplyDelete
  6. Yanie pergi hari sabtu last day.. Tp tak puas rasanya nk pusing tu pun dah stay dr jam 10pg-3ptg huhu best expo ni sbb bny gak tau produk halal tempatan kita ada sbnarnya..

    ReplyDelete
  7. Macam-macam ada ye. Tengok kawan2 lain pergi best sgt. Rugi tak ke sana.

    ReplyDelete
  8. haih,,kalo Ina p sini.MAu banyak kali tawaf.Selagi tak puashati apa yang nak d beli,tawaf lagi lahh.

    ReplyDelete
  9. sangat ditunggu MHE 2019 ni .. moga produk Halal Malaysia berkembang hingga ke peringkat antarabangsa !

    ReplyDelete
  10. expo macam ni bagus, sebab banyak pendedahan dan membuka mata yang produk ushawan kecil juga boleh dibawa sampai ke luar negara

    ReplyDelete
  11. Bestt kann. Mmg puas tawaf! Hihi

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE