Masih lagi di Bulan January, dan masih tidak terlalu lambat untuk aku highlights antara kenangan terindah dalam hidup aku sepanjang tahun 2018 yang lalu. Mungkin tak seindah seperti orang lain, tapi ia cukup bermakna untuk diri aku. So, nak tahu apa dia? Jom baca :
5 highlights in 2018 :
#1. Kakak FL berjaya menghafal surah al-fatihah
Alhamdulillah, tahun lepas , ketika Kakak FL berusia 4 tahun, dia dah berjaya menghafal surah-alfatihah. Walaupun masih belum sempurna ketika tu (sekarang dah OK), aku rasa sangat-sangat terharu dan air mataku jatuh ke bumi ketika kali pertama aku mendengar anak sulungku itu memperdengarkan bacaan al-Fatihah depan aku. Ya Allah! Syukur sangat-sangat. Dia mengetahui kalam Allah terlebih dahulu sebelum pandai membaca. Semoga tahun ni Kakak FL berjaya menghafaz surah-surah lain pula. Inshaallah! Boleh baca entry pasal tu kat sini - 'AL-FATIHAH'.
#2. Lahirnya seorang lagi puteri - Leeya
Alhamdulillah, pada 10 Mac 2018, lahirnya seorang lagi puteri kedua buat diriku dan en.suamiku ke dunia yang sangat indah ini. nama diberi - Nur Farah Aleeya, panggilan manja Leeya. Kelahiran secara normal yang sangat mudah. Alhamdulillah!
Akhirnya aku berjaya juga bermain sukan outdoor kat Escape Park, Penang masa cuti Hari Malaysia , 16 September 2018.. Keterujaan tahap maxima. Kakak FL pun sama excited. Nanti kitaorang nak pergi lagi kesana. Hari tu tak puas sebab sehari jer. Boleh baca story aku pasal Escape Park tu kat sini - 'KETERUJAAN MAKSIMA DI ESCAPE PARK, PENANG'.
#4. Pergi Legoland, Johor
Dah lama berangan-angan nak ke Legoland tapi 2018 baru angan-angan tu menjadi kenyataan. Pergi cuma 1 hari jer masa Disember hari tu, tapi sangat enjoy. Cumanya kecewa sebab banyak mainan kat situ untuk budak-budak umur 6 tahun ke atas,so banyaklah mainan yang Kakak FL tak boleh main. Takpe, nanti bila Kakak FL dah 6 tahun, kita pergi lagi. Boleh baca entry pasal Legoland kat sini - 'CUTI SEKOLAH NI KAMI KE LEGOLAND'.
#5. Berjaya Submit Tesis
Alhamdulillah, aku dah berjaya submit tesis Phd selepas beberapa tahun duk struggle dengan research ni. So, sekarang tengah tunggu jempitan untuk VIVA. hehe. Boleh baca cerita pasal submit tesis tu kat sini - 'PHD TALK : ALHAMDULILLAH! DAH BERJAYA SUBMIT TESIS'.
Ni gambar masa hari submit tesis =)). Dua-dua anak teman aku buat submission sebab kerana mereka lah aku kuat untuk menyiapkan senaskah tesis doktorate.
Itu jer lah 5 perkara penting yang sangat indah untuk aku kenang sepanjang 2018 yang lalu. bagi aku 2018 adalah tahun yang sangat manis dan sangat bahagia untuk aku. Dan semoga 2019 ini akan membawakan lebih banyak khabar-khabar gembira buat diriku dan keluarga kecilku ini. Semoga Allah merahmati kami sekeluarga. Amiiin.
alhamdulillah.
ReplyDeletemoga sukses your phd journey.
ohsem nyer.
Throwback sweet moment :) moga tahun ni banyak dapat create moment yang baru untuk tahun ni ~
ReplyDeleteAlhamdulillah..
ReplyDeleteTahniah dapat new baby and kakak dah pandai menghafal surah Al-Fatihah. pandainya kakak.