Dah 2-3 hari blog ni tak terupdate. huhu. Hari ni Alhamdulillah sempat jugak nak singgah blog ni. Sebenarnya tak sempat, tapi buat-buat sempat.
Actually, sejak Jumaat hari tu, aku tak berapa sihat. Demam. Hari ni baru OK sikit rasanya. Sebab tu tak sempat nak update blog. Duk manjakan diri nak sembuhkan dari demam ni. Demam - Mungkin kerana terlalu exhausted uruskan anak dan rumah sorang-sorang. Mungkinlah. Tapi faktor cuaca juga penyumbang juga kepada faktor kewebakan virus ni. errmm..
Nasib baik en.suami dah balik malaysia last week. At least, ada juga pembantu nak tengok-tengok kan anak-anak. Tapi kebetulan dalam masa yang sama , en.suami pun tak sihat juga. Jadi, dua-dualah tak sihat.Anak-anak jer sihat-walafiat dan sangat-sangat aktif . Especially Leeya tu yang dah makin lasak. Suka main tangga. Huh! Jenuh mommy nak kena kejar dia. Bila dah dua-dua tak sihat, kita buat kerja-kerja rumah pun ikut mana yang mampu jer lah.
Tapi walaupun tak sihat, masa untuk bermain dengan anak-anak tetap diluangkan juga. Kalau tak, kesian diaorang tak dapat perhatian dari mommy dan daddy. Takpelah tak dapat rest sangat. Inilah namanya pengorbanan. Berkorban waktu rehat demi untuk kesejahteraan anak-anak.
Kalau ikutkan sepatutnya hari ni en.suami kena outstation lagi ke Indonesia. Tapi sebab dia pun tak sihat,jadi terpaksalah tunda working trip tu ke hari lain. So ada hikmah jugalah Tuhan bagi sakit ni. Hikmah dapat bersama-sama all day and night long. Alhamdulillah.
Bestnya kerja outstation sentiasa..cepat sihat ye..akak doakan awak cepat elok dari demam..
ReplyDeletetak best jugak kak selalu outstation, sebab badan penat bila selalu travel, pastu nak cope dengan jetlag lagi. huhu
DeleteThank you kak SA for your doa
DeleteGet well soon! :)
ReplyDeletethank you sis
Delete