Petua Tradisional Untuk Pikat Selera Makan Anak Yang Terbukti Berkesan | Sekarang Leeya dah 10 bulan. Lagi 2 bulan nak setahun. Alhamdulillah. Dia membesar dengan sihat. Sekarang dia suka makan nasi. Nasi dan sup. Tak kiralah sup apa pun, semua dia tibai selagi tak pedas. So, mommy tak perlulah masak bubur special untuk dia sebab memang sejak dari dulu lagi dia tak suka makan bubur. Tapi kalau cerelac tu dia makan pulak. 

Masa Leeya umur 7 - 9 bulan, ada lah jugak beberapa kali Leeya buat drama tak nak makan. Aku rasa situasi ni normal kot untuk semua bayi. Diaorang memang akan ada fasa 'reject makanan'. Sebab diaorang kan baru nak kenal makanan, dan kita pun tak tahu apa yang kegemaran diaorang. Kita pun makan trial and error jer bagi apa-apa kat anak kita tu. Untung sabut, timbul, untung batu tenggelam. Kalau makanan tu OK, dia makan lah sampai habis, kalau makanan tu tak OK, memang dia tak makan la. So, wahai mommies & daddies, bertabahlah. Parenting is also fun. Just enjoy every moment of it. 

Aku pernah cerita episod Leeya tak nak makan dalam entri-entri ni - 'BABY TAK NAK MAKAN' , 'BABY 8 BULAN TAK NAK MAKAN'


Masa umur dia baru masuk 9 bulan, sekali lagi dia buat drama tak nak makan ni. Segala tips yang aku guna sebelum ni semua dah tak berkesan. So, aku pun google dan google, baca-baca blog, then aku terjumpa 1 blog ni - http://al-suria.blogspot.com/2015/04/kucai-petua-kembali-selera-makan-anak.html . Pastu aku jumpa lagi stori-stori yang seangkatan dengannya di blog-blog lain. Korang baca kat sini - anak tak nak makan - daun kucai.


Guna Daun Kucai Untuk Tambah Selera Anak

Hari yang sama jugak, aku gi kedai gi beli daun kucai banyak-banyak berikat-ikat. Aku bagi Leeya mandi dengan air daun kucai ni. Dulu dah pernah mandikan Leeya dengan daun kucai masa dalam pantang sebab nak hilangkan jaundice dia. Kali ni nak guna untuk pikat selera makan dia pulak. 

Sumber gambar : Google image


Cara Aku Guna Daun Kucai :
- Ramas daun kucai kat dalam 1 besen kecik. Air tu akan jadi warna hijau.
- Semasa bilasan terakhir, mandikan dengan air daun kucai tu.
- Pastu terus lap dengan tuala. Tak perlu bilas lagi dengan air biasa. 
- Buat tiga hari berturut-turut.
** Aku mandikan dengan daun kucai ni sekali sehari jer - mandi belah petang.

Lepas aku mandikan dengan air daun tu tika hari pertama dah nampak Leeya dah ada selera sikit nak makan.

Masuk hari kedua, selera makan dia bertambah lagi sikit.

Masuk hari ketiga, selera makan dia dah bertambah-tambah macam seperti sebelum - sebelum tu.


Daun Kuchai Terbukti Berkesan Untuk Pikat Selera Makan Anak

Mula-mula baca pengalaman-pengalaman mommies lain pasal guna daun kucai ni aku agak skeptikal - betul ke? Boleh percaya ke? Almaklumlah ni kan zaman moden. Gitteewww.. 

So, aku hanya ikut kata hati jer la - just try jer. Kalau tak jadi takper, tak salah mencuba dan tak salah berusaha.

So, try jer lah. Untung sabut timbul. Mana tahu kalau petua tu benar-benar menjadi. Lagipun bukan nya ada baca mentera-mantera khas untuk buat mandian daun kucai tu. 

Bila dah cuba. Dan hasilnya terbukti berkesan. Jadi, benarlah petua orang tua-tua ni - guna daun kucai untuk pikat selera makan anak. 

Alhamdulillah, sampai ke hari ini, Leeya berselera jer bila tiba time makan. Semua dia nak makan dan boleh makan. Kalau tengok orang sekeliling makan apa-apa, dia cepat-cepat jer datang kat orang tu nak join makan sama. Sekarang apa yang dia paling suka ialah buah-buahan. Biskut Rusk tu dia dah tak pandang dah, dah langsung tak nak makan rusk tu. 

Cuma hari tu dia tak de selera nak makan sebab sakit nak tumbuh gigi. Boleh baca kat entri ni - 'LEEYA DAH ADA GIGI' .

SHARE 4 comments

Add your comment

  1. First time dengar petua ni.. Nanti boleh cuba.. anak saya si Jasmin pun cam kurang selera nak makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. cubalah. InshaAllah berkesan dengan izin Allah

      Delete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE