Monday, January 14, 2019

PhD Talk | Apa yang perlu dibuat sebelum submit tesis?

Ok, aku dah berjaya submit tesis macam aku cerita kat entri lepas - 'PHD TALK : ALHAMDULILLAH! DAH BERJAYA SUBMIT TESIS'.

Sebelum nak submit tu, macam-macam benda nak kena buat. Aku ingatkan bila dah siap writing, dah boleh terus print dan hantar ke Graduate School. Tapi sangkaan aku benar-benar meleset. Macam-macam benda yang nak kena buat. Memakan masa dan renyah dan leceh dan sangat kelam-kabut. Mungkin kalau tak de anak, tak lah kelam-kabut sangat macam ni kot. Tpi entahlah, mungkin aku ni jenis yang 'tak-organize' jugak. 


Nasihat aku pada korang-korang yang tengah pulun study dan akan submit tesis korang, jangan schedule kan waktu untuk korang siap menulis dan print tesis ni ngam-ngam sebelum tarikh deadline. Sebab nanti, takut terlepas tarikh keramat tu. Peruntukan at least 2 bulan sebelum submit tu untuk siapkan writing semua. Sebab proofreading pun dah ambik masa hampir sebulan. 

Bila dapat clean version dari proofreader, baru proses seterusnya boleh dibuat. Dan start kat situ lah, rasa macam nak jadi tangan sotong jer, ada 10 tangan serentak nak buat itu-ini. 


Apa yang perlu dibuat sebelum submit tesis?

1. Hantar tesis ke Turnintin
Ok, pertamanya, hantar tesis korang (yang dah siap proofread), ke Turnintin dulu. Untuk Turnintin ni boleh check dengan library korang. Tujuan Turnintin ni ialah nak dapatkan report plagiat kita - berapa banyak kita plagiat tesis kita ni. Kalau kat UPM, boleh minta ID dan password kat Supervisior jer. Nak dapatkan full report ni, makan masa tau. Lagi tebal tesis korang, lagi lambat report tu siap. Macam aku hari tu, seminggu (7 hari) jugaklah nak menunggu report Turnitin ni. 

Macam mana nak submit ke Turnintin? - Senang jer, on je internet, pergi ke laman web turnintin. Pastu masukkan id dan password.  Nanti korang ada 'class' sendiri yang supervisor dah buatkan. Upload tesis korang dalam 'class' korang sendiri dan tesis tu ialah tesis yang tak ada sebarang tables dan figures. Maksudnya, save 1 dokumen lain (tesis tu) khas untuk turnintin jer. Sebab kalau masukkan table & figures, ia dikira sebagai plagiat. 

Bila dah siap tesis tu disemak oleh pihak Turnintin, korang save report tu (dalam pdf format). Kalau UPM, kena burn CD sekali. Pastu print report (muka surat depan & muka surat yang tulis 'percentage plagiat') sahaja. Aku hari tu peratus plagiat 8% jer. Kalau UPM, tak boleh lebih dari 30%. 

 Print cover report Turnintin yang tulis 'thesis complete' macam ni.
2. Buat Editing dan Formating

Lepas dah dapat report dari Turnintin, buat formating dan editing. Editing format ni sangat menguji kesabaran jiwa sebab aku jenis tak sabar. So, en.suami yang tolong aku buat editing terakhir ni. Ambik masa dalam 3-4 hari jugaklah sebab perlu buat secara part-time. Full-time job perlu diberi keutamaan dulu. Kalau kat UPM ni, ada servis untuk edit format disediakan, kat area Flat Ikan. Harga yang dicharge ialah RM 150 bergantung pada ketebalan tesis. Tapi aku tak ambik sebab nak jimat duit nak gi celebrate anniversary. Gittteeewww. 


3. Print Borang 'Thesis Submission'
Kat UPM kena antar tesis bersekali dengan borangni. Aku rasa kat universiti lain pun sama jugak kot. Nak lengkapkan borang ni, perlu ambik tadatangan semua supervisor yang ada dalam supervisor committee. Korang tah-tahu je lah, supervisor kan selalu sibuk dengan jadual diaorang, so better buat appoinment awal-awal untuk jumpa diaorang untuk dapatkan tandatangan. Dan ada sesetengah supervisor, nak tengok report turnintin dan tesis tu dulu sebelum sign, jadi bawaklah segala benda tu untuk jumpa sv korang.


4. Print Thesis
Ada SV (termausk co-SV), yang nak tengok tesis yang dah siap ni sebelum tandatangan borang tesis submission tu. Macam aku, SV dan semua C0-Sv semua sporting, so diaorang tak nak tengok tesis tu, so aku just antar kat diaorang yang softcopy jer. Nak print tesis ni, kena buat 5 copy - 4 copy untuk antar ke Graduate School dan 1 copy lagi untuk diri sendiri. Bind guna tape binding jer. tulisan double spacing either arial atau times new roman, depend pada universiti korang. 

Dah siap semua, boleh lah hantar pastu sambung tidur.. ZZzzZzzz.. hehe..


4 comments:

  1. tahniah kak.. tumpang bangga secebis hehe.. CT ni tataula sampai ke x buat PHD. nak masters pun fikir2 banyak kali ni =P

    ReplyDelete
  2. Dahsyatttt... Tebal tesis awak ^^ tahniahhh

    ReplyDelete
  3. tahniah. semoga sukses selalu :)

    ReplyDelete
  4. Akak surrender! Nak baca buku pun susah, apalagi nak tulis buku...hihihi. You are awesome! Tahniah krn berjaya siapkan tesis & semoga berjaya dpt PhD. :D

    ReplyDelete