Bahagianya tengok hasil tanaman sendiri membuahkan hasil. Boleh juga dinikmati oleh seisi keluarga, tanpa perlu keluarkan duit untuk membeli. Jimat sikit. Tambah pulak, dengan zaman kemelesetan ekonomi sekarang ni, memang elok sangat lah buat aktiviti bercucuk tanam ni.
Ini dia serai hasil tanaman sendiri. Ni baru sikit, banyak lagi yang tak masuk gambar.
Alhamdulillah! Bersyukur sangat. Aku pun dah tak ingat dah berapa kali kami makan hasil serai tanam sendiri ni. Tapi ni baru berkesempatan nak cerita kat blog.
Kat halaman rumah kami ada sedikit tanah kosong, so bolehlah nak bercucuk tanam sikit-sikit. Buat makan-makan keluarga jer, bukan nak menjual pun. En.suami la yang usahakan ni. Alhamdulillah menjadi!Puas hati gak la. Kalau aku yang buat, ke laut masin la jawabnya.
Selain serai, ada lagi beberapa jenis tanaman yang turut ditanam. Yang simple-simple jer, yang selalu digunakan kat dapur. Lepas ni ingat nak tanam pokok cili pulak =)).
RAJIN BERBUDI KPD TANAH MEWAH HASILNYA
ReplyDeleteRasa puas ya amat bila penat lelah berbudi kepada tanah ada hasilnya :D
ReplyDeleteSeronok tengok hasil tanaman sis & hubby! Semoga cili pun berbuah dgn lebat.
ReplyDeleteSamalah sis. saya pun ada tanaman pasu tapi yang kecil2 je. my mom tanam daun bawang dan cili padi.
ReplyDeletenampak dah hasil tanaman serai. :D ~