Leeya Dah Bertukar Car Seat

in , by dorsett pink, February 18, 2019
Leeya dah makin besar sekarang, dah 11 bulan. Dan dah tiba masanya untuk dia duduk dalam car seat toddler. Car seat lama tu dah tak sesuai lagi untuk Leeya. Tak best dah. Sebab Leeya duk baring jer dalam tu, tak dapat nak tengok dunia luar. So, dia pun duk asyik bangun bangun jer nak berdiri nak tengok dunia. hihi.

Dah sebulan dia tukar car seat baru ni. Agak lambat jugaklah kalau nak compare dengan kanak-kanak seusia dia. Takpelah, mommy saja nak takes time, nak relaks-relaks, nak chill-chill. Bila dah tiba masa dia betul-betul tak nak, baru tukar dengan yang lain. 

Car seat yang Kakak FL punya dulu ni. Jenama FabulousMom.


Actually ni car seat kepunyaan Kakak FL dulu-dulu. Car seat baby tu pun Kakak FL yang punya. Masih elok lagi, dan boleh lagi Leeya pakai. Nanti bila Leeya dah ada adik, adik dia pulak yang guna car seat ni. hehe. Main tukar-tukar. Good investment beli barang anak-anak yang berkualiti. Yang berkualiti tak semestinya yang mahal dan branded. Ada yang tak branded pun, tapi kualiti dia tip-top macam yang harga riban-riban. 

Ni Kakak FL masa dia kecik dulu-dulu. Kakak FL ada 2 car seat yang saiz toddler ni. 


Car seat ni memang penting la untuk anak-anak. Especially kalau mommy yang kena drive. Memang wajib anak-anak duduk dalam car seat. Kalau tak duduk, kereta tak kan berjalan. Mommy tak nak ambil sebarang risiko di atas jalan raya. So, lebih baik diaorang duduk diam-diam dalam seat diaorang tu. 


Ni Leeya dalam car seat baby. 


Leeya menangis tak? Alhamdulillah, Leeya tak menangis bila duduk dalam car seat lain, kat belakang pulak tu. Mungkin sebab ada kakak dia yang teman kat sebelah tu. Kalau Kakak FL dulu, mula-mula tukar seat, menangis je all the way dalam kereta tu. Tapi dia menangis sehari jer, masuk hari kedua dah tak menangis dah. Bila menangis tu, mommy pujuk-pujuk la dia, nyanyi-nyanyi dengan dia, dia OK lah. Tapi kalau keadaan dah haru sangat, dah teruk sangat tangisannya, mommy terpaksalah stop kereta di tempat yang selamat dan calm kan dia dulu, biasanya mommy stop kereta kat stesen minyak lah. 
SHARE 10 comments

Add your comment

  1. betul tu sis.. car seat anak sy guna dari anak 1st sampai anak ke3. almost 8years. anak ke4 ni baru beli baru sbb rasa span dia dah nipis.. haha.. murah tak semestinya tak berkualiti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. tahan lama car seat ni. jimat beli sekali jer, tapi semua anak2 boleh guna

      Delete
  2. betul lah, kalu car seat bby dia mcm terbatas gitu... itu yg kadang meragam tuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. sebab tu kena tukar kepada yang dia lebih selesa

      Delete
  3. WAH LEEYA SEKEJAP JE DAH 11 BULAN TAK NGAPALAH GUNA SEAT TODDLER KAKAK..MASIH KEMAS N CANTIK MCM BARU JE

    ReplyDelete
  4. bila kita drive dgn anak, wajib ada car seat.
    if not, bahaya utk dia & kita juga.
    good girl leeya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yupe, wajib daiorang duduk dalam car seat ni, kalau tak, kereta tak bejalan.hihi

      Delete
  5. nad tak pernah guna lagi car seat untuk anak2..memng patut guna sebenarnya kan

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE