Semalam kan aku ada cerita yang aku dan my big family belah hubby pergi bersuka-ria kat Bangi Wonderland. Boleh baca kat entri ni - 'OUR CNY HOLIDAY'.
Budak-budak memang teruja habis sampai tak nak balik. Tapi kena jugak balik, tak kan nak tidur situ kan. 'Takpelah anak-anak, nanti kita datang lagi ya'.
Salah satu benda yang diaorang teruja selain dari main air , ialah sebab ada gazebo / wakaf ni.

Suka diaorang sebab dapat main pondok-pondok. Budak bandarlah katakan (poyo!), sebelum ni hanya main barbie doll kat rumah jer, main 'rumah-rumah pun kat dalam rumah, main 'pondok-pondok' pun di dalam rumah juga. Bila dapat 'pondok' betul-betul, memang super-duper excited la.
Macam-macam diaorang main dalam 'pondok' tu. Main cikgu-cikgu, main 'hide & seek', main masak-masak, main 'story-telling', macam-macam lah. Budak-budak kan imaginasi diaorang tinggi. Tengok tu Leeya pun sama naik. Nak jugak join the crowd, walaupun dia belum faham apa-apa. hehe.

Leeya main 'hide & seek' . Orang lain menyorok, Leeya kena cari. hihi. Cute jer mommy tengok.
Kalau korang pergi Bangi Wonderland, korang boleh sewa gazebo/wakaf ni atau dipanggil sebagai 'Cabana' kat sana. Boleh sewa kat kaunter 'tube rental'.
Sekarang Bangi Wonderland buat promosi sehingga Jun 2019 - 2 orang hanya RM 90, 5 orang hanya RM 200. Tapi sila bawa MyKad masa nak beli tiket. Murah kan?
Seronok semua main pondok-pondok ya. Hehe.
ReplyDeletea'ah seronok budak-budak tu
DeleteWah terhingga zaman kecil2 dulu mmg seronok main pondok2 dgn kawan2
ReplyDeletekan. macam zaman kita kecik2 dulu
Deletealahai comel :)
ReplyDeleteada pondok, diorang main la pondok-pondok. kreatif!