Our Family - Present and Future

in , , by dorsett pink, February 04, 2019
Kakak FL sangat suka melukis. memang nampak bakat dan hobi dia ke arah seni tu sejak dia umur 2 tahun lagi. Dia ni jenis orang yang tak boleh duduk diam tanpa buat apa-apa. Mesti nak buat aktiviti jugak hatta sambil tengok TV. Dan aktiviti yang paling dia suka ialah baca buku dan buat 'homework'. Tapi bila bosan dengan buku, dia suka melukis dan mewarna. 

Since kat rumah tak boleh tengok / main handphone, so memang dia akan habiskan banyak masa dia dengan aktiviti seni dan belajar. 

Dan aku perasan, objek yang dia suka lukis ialah - family. Family - our little family - daddy, mommy, Kakak Leena & Leeya. Ada kalanya, hari-hari dia lukis benda yang sama jer - our family.

Dia cakap - ni our family. Maksudnya family kitaorang sekarang. Ada 4 orang dalam gambar ni - daddy, mommy, dia & Leeya. Daddy tu yang muka warna coklat, dia paling besar. hehe. 


Ini pulak - ada mommy, Kakak FL & Leeya. Leeya duduk tengah-tengah. 'Mommy pakai tudung  warna pink dan dia pakai baju warna-warni', katanya. (Thumbs-up).

Dan dalam lukisan ni pulak ada 5 orang. Sorang lagi tu dia kata 'our future brother'.  Tinggi betul imaginasi dia. Mommy pun tak tahu bila bakal 'adik lelaki' akan keluar. hahahaha.


So, this are our present and future family based on Kakak FL's imagination. hihi. It is a pretty good for a 4 years old kid. Mommy senyum jer tengok artwork ni semua. Mungkin nak buat frame la nanti. Tapi tak tahu kat mana nak buat. Duk tengah mencari lagi kedai frame. 


Biasanya, orang yang minat art ni, daioarng akan luahkan perasaan diaorang melalui kertas lukisan. So, apa yang Kakak FL lukis ni, nampak macam dia happy sangat dengan family dia sekarang. Macam dia enjoy dikelilingi oleh kami-kami - Leeya, mommy & daddy. Alhamdulillah kalau dia happy dan sayang family dia sendiri. Hopefully ikatan kasih sayang ni akan berkekalan erat-seeratnya sampai diaorang besar nanti dan sampai ke Syurga. Inshaallah. 
SHARE 13 comments

Add your comment

  1. hehehe dia nak adik baby lagi tu ngeh2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah CT. betul tu. selalu duk tanya bila mommy nak keluarkan baby boy? hahahha

      Delete
  2. PANDAI FL MELUKISIMAGINASINYA..FREMKAN CANTIK TU

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. tu la kak. ingat nak frame. sebagai kenangan terindah

      Delete
  3. Bukan main lagi artwork anakanda tu :)
    Hai, Intan! Maaf lama tak berkunjung ke mari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. takpe Farrah, saya tahu farrah busy. hehe. tu lah, artwork tak boleh blah.

      Delete
  4. pandainya kakak FL. insyaAllah nanti ada la baby brother tu. hero pulak lepas ni :)

    ReplyDelete
  5. kreatif.
    apa ada di minda, tu yg dia tulis.
    ye. kakak sgt gembira la tu.
    hingga nakkan adik boy :)

    ReplyDelete
  6. padnainya dia lukis orang..fariza baru lukis kucing..hahaa..orang belum pandai lagi

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE