Isnin hari tu, Aku, Blogger Nad & Blogger Shaz pergi wall climbing kat Rocky Base Camp macam yang aku cerita kat entri sebelum ni - 'WALL CLIMBING AT ROCKY BASE CAMP, AEON SHAH ALAM'.

Lepas dah puas panjat-memanjat kat Rocky Base Camp tu, kitaorang try pulak bermain kat Air On Park yang terletak di Tingkat 4, Aeon Mall Shah Alam. Betul-betul atas Rocky Base Camp tu.

Aku first time pergi AEON Shah Alam ni. Dan of course lah first time jugak pergi Air On Park tu.  Ingatkan tempat tu untuk budak-budak main sebab kat situ ada indoor playground. Bila dah masuk situ, baru tahu, rupanya ada untuk untuk mak-mak dan bapak-bapak jugak. Main VR - Virtual Reality Games. hahhaha.. Best giler beb! Siyes, tak tipu!

Picture courtesy - Nadia Johari






Air On Park ni ada 3 Seksyen / Zon:
1. Fun Zone - Indoor Playground - untuk kanak-kanak dari bayi lagi
2. VR/AR Zone - Virtual Reality Section - untuk dewasa
3. Edutainment Zone - Fun Edutainment - untuk kanak-kanak 3 - 9 tahun

So, kitaorang masuk semua seksyen. Saja nak try best ke best. Budak-budak memang excited giler. Mak budak pun excited jugak. hahahha.. Nanti kalau ada masa, nak datang lagi. 


VR/AR Zone

Ni main tactitak game - main perang-perang dengan zombi. hihi..

 Ini pun ready nak main tactital games - main perang-perang


 First time aku main game VR ni. Fuhhh! Best giler. Penat jugaklah rasa pegang pistol tu.

Da prison - best giler masuk dalam ni. 


Fun Zone






 Leeya excited dapat main blocks



New adventure for her. Kalau kat rumah duk main panjat tangga jer memanjang. Datang sini macam-macam benda boleh panjat.

 Edutainment Zone









Bagi pendapat aku, since ni pengalaman pertama aku main game VR ni - memang best giler. Eloklah pada kaki-kaki game datang ni merasa sendiri main game versi VR ni. Untuk anak-anak pulak, diaorang memang sangat-sangat enjoy dapat main kat Fun Zone dan Edutainment zone tu. Sampai ke hari ni, Kakak FL cakap nak pergi lagi sana. 

'OK Kakak, nanti kalau ada masa, kita pergi lagi k'. Cumanya aku nak pesan kat korang, kalau nak datang sini, tolong bawak baju sejuk, sebab tempat ni sangat sejuk. Nanti tak pasal-pasal selsema macam Leeya dan Kakak FL hari tu. Leeya hari tu siap dapat pakej eczema lagi sebab dia alah dengan sejuk. 


Harga Tiket :
1. Edutainment Zone - RM 35 / 1 jam , RM 45 / 2 jam
2. Fun Zone - RM 20 / 1 Jam , RM 35 / 2 Jam
3. VR / AR Zone - RM 55 / 5 games , RM 55 / 1 tactital games
** Companion - RM 10


Untuk Info lanjut: Boleh call number ni - 012-669 3960 , www.aironpark.com
SHARE 4 comments

Add your comment

  1. Pernah main sekali. Gayat bukan main lagi rasanya. Hehe

    ReplyDelete
  2. wow menarik gak VR Games tebak zombie nih.. tiap2 minggu kami ke Aeon mall shah alam tu. tp tak pernah singgah sini

    ReplyDelete
  3. best sangat..nak repeat je datang sini nanti

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE