Tuesday, February 26, 2019

Resipi Macaroni Carbonara Yang Sedap Untuk Kanak-Kanak

Resipi Macaroni Carbonara Yang Sedap Untuk Kanak-Kanak |
Kakak FL penggemar setia mac& cheese. Dia sangat sukakan pasta. kalau makan spageti pulak, dia suka spageti carbonara. 

Aku selalu jer masakan mac & cheese atau spageti carbonara untuk Kakak FL dan Leeya tumpang sekaki.

Hari tu, rasa macam nak tukar menu carbonara ni. Nak try guna makaroni pulak..

Dan Alhamdulillah menjadi! Dan Kakak FL duk ulang kali cakap- 'sedaplah mommy masak'. Sampai bertambah-tambah dia makan makaroni tu.


Dan ni aku nak share resipinya. Try lah buat. Mesti anak-anak korang pun suka.


Cara Buat:

1. Panaskan / rebuskan makaroni dulu sampai lembut, then toskan, ketepikan dulu.
2. Panaskan kuali non-stick dengan butter.
3. Tumis garlic (masa butter duk membuih tu), bersama dengan ayam/seafood/sayur.
4. Masukkan sos carbonara Preggo.
5. Masukkan fresh milk.
6. Masukkan makaroni tadi.
7. Masukkan sedikit garam untuk perasa.
8. Masukkan grated cheese.
9. Siap! Boleh dimakan.

yummm.yummm...

Selamat mencuba!

4 comments:

  1. sedap.. anak-anak sy pun suka makan macam ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ye ke. budak2 biasanya sukakan pasta kan

      Delete
  2. favorite anak ana juga ni. kalau buat habis licin dia sapu. haha

    ReplyDelete