Thursday, February 14, 2019

Wall Climbing at Rocky Base Camp, AEON Shah Alam

Dah lama aku tak panjat-memanjat ni. Sejak kahwin 6 tahun dulu, aku dah bersara dari sukan memanjat ni (hiking & wall climbing), sebab nak bagi tumpuan pada kesihatan badan. Sebab sebelum kahwin tu aku kena admitted ward di HKL selama 2 minggu lepas turun dari Gunung Bubu. Sejak tu, badan pun dah tak OK nak buat sukan lasak ni. 

Tapi memang teringin sangat nak panjat semula. Especially bila tengok Kakak FL ni yang macam suka sangat duk panjat sana-sini. Kat rumah ni, boleh kata hari-hari dia duk panjat grill kat rumah ni. Kalau grill tu sampai ke bumbung, aku rasa mahunya dia panjat ke bumbung sana nun.

So, aku rasa eloklah aku salurkan 'bakat' dia ni ke tempat yang sepatutnya. Ke jalan yang lurus. hehe. At least, boleh jugak dia tahu kemampuan dia tahap mana. Kebetulan hari Isnin hari tu, kawan-kawan blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari nak pergi wall climbing ni kat Rocky Base Camp, di AEON MALL (Aras 3), Shah Alam, apa lagi, aku pun join lah sekaki. 


Kata diaorang, tempat tu baru lagi, so nak merasa lah pengalaman pergi sana best tak. Jadi, pertemuan yang dijanjikan berlangsung dengan jayanya pada Isnin hari tu. Pergi hari weekdays tak ramai orang, best lah. Kalau weekend ramai orang. Tak adalah ramai pun, kami 3 orang je actually. hehe - Aku, Blogger Nadia Johari dan Blogger Shazillah Sani.  Semua bawak anak-anak. Sebab tempat tu memang sesuai untuk anak-anak umur dari 4 tahun hingga remaja. 



Rocky Base Camp, AEON MALL SHAH ALAM
Walaupun aku dah pernha buat aktiviti ni, tapi bila lama tak buat, aku takut sangat-sangat. Sebab aku ni jenis gayat. Betapa takutnya, aku climb wall ni tak sampai atas pun. huhu.. Takpelah, next time kita cuba lagi. Moga-moga hilang gayat tu. 



 Mommy & Kakak FL in our climbing shoes



 Ni Blogger Nadia. Hebat dia, dapat panjat sampai atas.


 Leeya pun enjoy jugak datang sini

 Dia sangat excited. Sampai ke hari ni duk cakap 'nak pergi lagi sana'.


Tempat Untuk Anak-Anak
Kat dalam Rocky Base Camp ni ada playground. So, bila parents atau orang dewasa tengah panjat-panjat tu, anak-anak bolehlah bergembira bermain kat indoor palyground dalam ni. Syoklah playground dia. Kakak FL dan Leeya seronok betul main kat situ.


Seronok dia dapat main gelongsor

Best jugak plyground tu. Budak-budak excited bermain

Staff diaorang pun friendly - siap boleh tolong jaga anak-anak kami lagi sementara mak-mak duk panjat-memanjat ni =))


Harga Tiket Masuk :
Semua akses
Junior: RM 23.58
Dewasa: RM 33.01
* Junior 4 - 14 tahun. * Dewasa 15 tahun ke atas.
P/S : Harga ni hanya untuk 2 jam entri jer. 

Kalau nak tahu info lanjut, klik jer url bawah ni :


Lepas kitaorang puas berjimba kat Rocky Base Camp ni, kitaorang pergi Air On Park pulak. Air On Park tu kat Aeon Shah Alam jugak tapi kat Aras 4, betul-betul atas Rocky Base Camp ni. Tapi, next entry lah aku cerita pasal tempat tu k. Panjang sangat dah entri ni. Nanti korang mengantuk pulak baca. hihi. 

7 comments:

  1. bestnya. tak pernah lagi cuba rock climbing ni. tapi rasanya tak berani nak try jugak sebab takut tinggi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi. cubalah naik dulu, jangan naik tinggi sgt. hihi

      Delete
  2. lame xmemanjat.. nengok org memanjat cam syiokknye.. tapi takut gayattt hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama lah ngan saya. takut gayat. tapi cuba jugak lah, hehe

      Delete
  3. Teringin gak nak memanjat dinding ni. Hiking pun dah ke laut sejak kawen eh. Tengah tahun ni kita start la all out. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. good luck awak. biasanya macam tu lah, bila dah kahwin semua kelaut.

      Delete
  4. best sangat..hehehe..jom repeat..hahaha

    ReplyDelete