Polisi Baru - Tiada Lagi TV di Hari Sekolah | Salah satu resolusi aku tahun ni ialah - tak nak buka Televisyen a.k.a TV di waktu hari sekolah atau hari weekdays. Hanya hari minggu atau hari cuti sekolah (termasuk public holiday) jer yang dibenarkan buka dan tengok TV.
Mula-mula nak kuat kuasakan polisi tu amatlah susah. Walaupun aku ni bukan jenis Kaki TV, sejak sekolah sampailah ke alam pekerjaan, aku memang aku tak layan TV sangat. Rumah aku pun tak de TV dulu (masa zaman bujang). Tapi lepas dah berkahwin, en.suami belikan TV. Almaklumlah, aku kn suri rumah, sepanjang masa kat rumah, at least nak lah jugak tengok 'dunia luar' melalui kaca televisyen.
Sejak dapat TV, hari-hari aku bukak TV walaupun tak tengok. Dapat dengar suara TV atau dengar musik pun jadilah, janji rumah tak sunyi sangat. So, macam dah biasa buka dan tengok TV hari-hari.
So, bila nak kuat-kuasakan peraturan baru - tak boleh tengok TV bila hari weekdays, aku jadi Boring. Aku macam 'tak biasa' bila tak dengar suara dari kaca televisyen. huhu.
Kalau tak tengok TV, ada handphone, ada tab kan? Masalahnya aku dah lama kuat-kuasakan Larangan tengok hp bagi anak-anak kat rumah. Kalau anak aku, Kakak FL nak tengok HP, dia cuma boleh tengok kat luar rumah jer - kat kedai makan atau kat dalam kereta. Itu pun kalau keluar, kalau tak keluar rumah, memang tak dapat langsung pegang HP atau apa-apa gajet. So, bila anak tak boleh main hp, mommy pun turut sama tak boleh peganag HP di rumah. Sebab nanti, automatik anak akan minta. Anak-anak kan belajar melalui pemerhatian.
So, bila HP, gajet, TV tak de kat rumah Hidup memang bosan lah. Sebab tu , polisi nak kuat-kuasakan undang-undang larangan tengok TV tu asyik GAGAL jer.
Sampailah suatu hari tu, kebetulan TV rumah aku rosak. Entah macam-mana boleh rosak , aku pun tak tahu. Leeya main-main kat TV tu, pastu terus rosak, entah apa yang ditekan pun aku tak tahu. Sejak tu, bermulalah kisah kami anak-beranak langsung tak boleh tengok TV. Pergi hantar kedai untuk repair, alahai 2 minggu kedai tu ambik masa untuk repair. Katanya, spare part lambat sampai. errm. Takpelah, ada hikmahnya.
Mula-mula, masa TV rosak, aku bosan giler. Macam cacing kepanasan. Hari-hari aku keluar pergi jalan-jalan hirup angin sepoi-sepoi bahasa sambil mencuci mata. Kakak FL pun bosan,hari pertama dia mengamuk mintak nak tengok HP atau Tab. Aku tak bagi. Sebab memang dah cakap 'kat rumah tak boleh tengok HP / TAB'. Pastu, dia kata dia bosan sebab TV tak ada. Then, aku suruh dia main colour-colour dan buat latihan kat buku.
Hari pertama jer mengamuk, hari kedua dan seterusnya, dah tak mengamuk. Da dah OK dengan suasana baru - tak de TV. Mommy pun skrang dah OK tak de TV. Mula-mula jer bosan, lepas tu dah OK.
Sekarang TV dah OK, dah selamat dibaiki. Dah bawak balik rumah. Cumanya, tak boleh buka waktu hari sekolah, hanya buka bila hari weekend dan cuti sekolah jer. Alhamdulillah, dah sebulan kami hidup dengan peraturan baru ni. Masing-masing dah tak bosan dan dah biasa dengan polisi 'tak adaTV bila hari sekolah'.
Alhamdulillah, aku tengok Kakak FL pun dah biasa dengan rutin baru ni. Masa dia banyak habis dengan aktiviti yang berfaedah - membaca, mewarna, buat latihan, buat homework kumon, even dia dah banyak tolong mommy kat dapur, basuh pinggan pun dia dah boleh skrang. Good job Kakak. Mommy happy sangat. 'Tuhan kata, kalau banyak tolong mommy, nanti banyak dapat pahala, nanti boleh kumpul pahala nak masuk syurga'.. =))
Hari-hari dia melukis kat whiteboard sekarang. Melukis kat white board, senang nak padam katanya.
Banyak hikmahnya..
ReplyDeleteyupe betul. alhamdulillah
Deleterumah akak pun memang buat macam tu, hari sekolah tak boleh buka tv, mula2 susah juga siap remote tv kena sorok anak2 mengamuk nak tengok tv, tapi sekarang walaupun remote depan mata anak2 dah tak buka tv, dorang dah faham
ReplyDeleteoh ye ke... tu lah mula-mula memang diaorang mengamuk sakan kan, tapi lama-lama ok jer. Thanks akak share your story here
DeletePERATURAN YG DIBUAT SEJAK ANAK2 MSH KECIL TENTU MUDAH MRKMEMBIASAKAN DIRI
ReplyDeleteInshaAllah kak. budak-budak senang adapt dengan new routine
Deletemacam saya selalu juga buka tv tp jarang kusyuk menonton sbb banyak aktiviti. kecuali ada cerita best2 haha..anak mesti tumpang sekaki..
ReplyDeletebetul2 kena kuat jiwa raga kalo cemni. CT tv tu ok lagi.. tp kalo hp n laptop ohno.. mmg stress rasa. i think i have to create rules jugak. untuk my own benefit n health.
ReplyDeletebetul CT jiwa kena kental. kadang akak pun tak kuat jugak. huhu
Deletebagusnyaaa
ReplyDeleteterpaksa dilakukan demi untuk kebaikan anak-anak
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteterpaksa buat macam ni.. nak ajar diaorang supaya berdisplin
ReplyDeleteAlololoooo. Comel lukisannya.
ReplyDeleteAsbab tv tu rosak lebih mudah la undang-undang dikuatkuasakan.
Good job mommy.