Siapa Ajar Aku Berenang?

in , , , by dorsett pink, March 09, 2019
My hobby is swimming. Aku memang sangat suka berenang. Pantang nampak air - swimming pool ke, air terjun ke, sungai ke atau laut, kaki aku mesti rasa gatal je nak terjun. Aku ni hantu air. 

Kalau masa tengah pregnant pun, aku kerap pergi swimming. Sebab bagi aku, swimming lagi fun dari jogging, walaupun swimming lagi penat, tapi kita dapat belajar teknik pernafasan dengan betul melalui aktiviti renang ni.

So, tak hairanlah, anak-anak aku pun sukakan air dan jadi hantu air sebab sejak dari dalam perut lagi dah 'teman mommy' masuk kolam renang.


Sejak bila aku mula berenang?
Sejak umur aku 4 tahun. Masa tu parents aku bawak aku dan adik-beradik yang lain pergi public swimming pool. Siap pakaikan swimming attire dan pelampung. Tapi kan.... end up, aku menangis je kat tepi kolam sebab aku takut nak masuk pool. Takut lemas. Sebab sebelum tu, selalu tengok TV ada orang lemas dalam kolam. Tambah pulak, masa tu aku tak tahu berenang langsung. 

Tapi sejak tu, aku mula-mula berjinak dengan kolam renang. My dad selalu bawak anak-anak pergi swimming kat swimming pool. So, masa tu lah, minat nak berenang tu dapat sikit demi sikit dan bila nampak pool, terus kaki rasa gatal nak terjun. hihi.


Siapa ajar aku berenang?
Aku tak pernah masuk mana-mana kelas renang. Kat rumah pun tak de swimming pool. So, aku selalu swimming kat swimming pool hotel atau public swimming pool atau private pool kat golf club.

Ayah yang ajar aku berenang. Bila ayah tak ada, abang aku yang ajarkan. Abang aku lagi expert berenang. Diapun belajar dari ayah. Aku belajar sikit-sikit, lama-lama jadi pandai. Aku pun ada jugak belajar sendiri daripada pemerhatian sendiri. Contoh macam pergi public swimming pool atau swimming pool kat golf club, kebetulan ada swimming class kat situ, aku suka tengok swimming coach tu ajar student-student dia. Dan dari situ, aku buat sendiri macam mana coach tu cakap. hahahha. *curi ilmu.

Ayah aku ialah profesional diver, diver laut dalam. So, dia nak semua anak-anak dia pandai berenang, dan kalau boleh dia nak anak-anak dia turut sama pandai menyelam. So, ayah selalu encourage kitaorang untuk berenang. Semua peralatan renang dibelikan. Even 'kaki itik' yang guna untuk diving tu pun ada dibeli tapi aku tak pernah pakai pun.


Sampai sekarang aku masih lagi tak ambil lesen diving. Impian nak ada lesen diving dah lama, tapi dari sehari ke sehari asyik bertangguh jer. Kalau sekarang nak ambil, memang TAK lah. Sebab sekarang busy jaga anak-anak. Tunggulah bila semua anak-anak dah besar, dah boleh berdikari sendiri baru aku ada peluang nak gi ambil lesen menyelam.

Sebabnya bila dah dapat lesen tu, ko kena aktif menyelam, dalam setahun adalah beberapa kali kena pergi diving, kalau tak, lesen tu expired / tak valid. Pendek kata, once bila ko dah ada lesen menyelam, ko dah kena start aktif menyelam. Kalau setakat berangan-angan nak ambik lesen menyelam, pastu tak pergi dive, lupakan je la. Buat membazir duit jer ambik lesen mahal-mahal.


Leeya pun dah start suka 'berenang'


Kakak FL tak pergi class swimming lagi. Entahla, nak antar ke tak dia ke kelas renang. Sebab aku dulu tak pergi kelas pun pandai swim, so aku macam ragu-ragu nak masukkan dia ke kelas tak. Tapi of course lah bila pergi kelas, profesional akan ajar. And sudah tentu dia akan belajar teknik yang betul compare to mommy yang ajar. Mommy ajar ikut kepala mommy la. hahaha. 

Sekarang Kakak FL dah pandai control breathing bila di dalam air. Dia pun dah boleh berenang sikit-sikit. Kalau dia ke kelas, for sure lagi banyak dia akan belajar. So, currently, kami punya rutin, setiap Sabtu/Ahad , aku bawak anak-anak pergi swimming. Lama-lama nanti, Kakak FL makin pandai lah swim. hehe.

***********************************

http://www.dorsettpink.com/2019/12/beli-baju-kurung-blouse-murah-murah-di.html


SHARE 6 comments

Add your comment

  1. NAMPAK GAYA KAKAK FL AKAN JADI PERENANG HANDAL KELAK

    ReplyDelete
  2. Baru akak tau kena aktif menyelam bila dah ada lesen. Ingatkan dah ada lesen boleh menyelam bila-bila saja 😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah kak. tak boleh sesuka hati nak diving atau tak. sebab dia ada buku yang wajib ditanda setiap kali pergi dive. So, kalau tak dive, nanti lesen kena tarik balik

      Delete
  3. menarik jgk tu, utk anak2 yg ada masalah pun digalakkan supaya belajar berenang, aiyan pun ada terapi berenag di sekolah nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah , untuk pesakit asma pun, digalakan buat terapi 'swimming' ni, untuk belajar teknik pernafasan

      Delete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE