Waiting For VIVA

in , by dorsett pink, April 08, 2019
Phd Talk || Waiting For My VIVA

Assalamualaikum... 

Ada orang tak? ada yang baca tak ni? hehe..

Quick update. Dah lama betul tak update blog. Tak sempat nak curi waktu nak menulis kat sini.

Hari ni, ada masa terluang sikit, boleh lah nak upate cepat-cepat. Sorry sangat-sangat guys. Nanti bila semua dah OK, aku akan update blog ni seperti sedia kala, lagipun ada banyak benda nak cerita tapi cuma masa jer yang mencemburrui .. Cewwaaahh. Poyo sangat giteeew..



OK, actually sekarang ni aku tengah busy nak persiapkan diri aku untuk VIVA. Sepatutnya VIVA aku MAC hari tu. Sebab kalau mengikut prosedur UPM, VIVA akan dijalankan selepas 3 bulan submit tesis. Tapi sekarang dah April, aku masih lagi belum dapat panggilan untuk VIVA.

Hari tu aku pun tergeraklah hati nak call Graduate School, nak follow-up dengan diaorang apa jadi dengan tesis aku tu. jangan diaorang buat pekasam kat ofis tu jadilah. Sebab pernah ada kes di Fakulti Kejuruteraan, tesis hilang selepas submit ke Graduate School, tak tahu mana pergi tesis tu.. huhu..Last skali aku tak tahu apa jadi dengan student tu.

So, masa call tu, Graduate School bagitau my external examiner baru nak baca tesis aku, so VIVA aku lambat sikit lah, sebab nak tunggu external examiner bagi report dulu. Alhamdulillah! Selamat aku. At least aku ada masa lebih untuk study. Ni aku tak habis study lagi.

So, sekarang ni aku busy duk study tesis ni lah, untuk persediaan VIVA kelak. Kemungkinan besar, VIVA aku hujung April ni atau Bulan Mei nanti. Sebab hari tu, Graduate school cakap diaorang tak bagi masa yang lama kat examiner tu. 

Errmmm.. So, pagi petang, aku duk pulun la study dan siapkan slide presentation ni. Tambah pulak aku jaga Leeya 24/7, so nak mencari waktu lapang untuk study tu agak payah. Kalau ada, kena tunggu dia tidur. Malam pulak, lately dia tak tidur lena sepanjang malam seperti sedia kala. Adalah dalam 3-4 kali bangun sebab nak mintak susu. Dia pula masih fully BF lagi. 

So, agak-agak mommy dia jadi zombi tak ? Mestilah tak cukup tidur, pastu nak qado tidur. So bilanya ada waktu yang panjang nak study kusyuk-kusyuk. huhu.. #bertabahlahwahaihati.

Itu je lah nak cerita untuk hari ni, InshaAllah nanti kalau aku ada masa lagi, aku akan update k. 

SHARE 8 comments

Add your comment

  1. apa pun moga di permudahkan semuanya ya...

    takpe, ada masa n free2 tu blh la bt ntry ya... yg penting dulukan utk setelkan phd akak tu ya

    ReplyDelete
  2. heyyyy laa...good luck tau utk VIVA! Sally pun tgh siapkan project paper ni haa

    ReplyDelete
  3. Hebatnyaaa perjuangan student PHD. Respect!! Apapun, moga dipermudahkan semua urusan akak. :)

    ReplyDelete
  4. all the best VIVA kak.. may Allah ease everything =)

    ReplyDelete
  5. semoga dipermudahkan. Aamiinn....

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE