Sekarang umur Kakak FL 5 tahun (bulan depan birthday dia). Sejak dari dia kecik lagi (sejak dia pandai bercakap), dia selalu cakap nanti dia nak jadi DOKTOR.
Kenapa nak jadi Doktor? Macam Mana dia tahu pasal Doktor?
Sebabnya aku selalu bawak dia pergi klinik. Al-maklumlah, dengan fenomena Global Warming sekarang, memang selalu jer ada orang yang sakit kat dalam rumah ni. So, selalulah kena pergi jumpa doktor kat klinik. Lagipun, aku tak ada maid atau helper nak tinggalkan anak-anak kat rumah. So, bila aku keluar rumah, memang kena angkut anak-anak sekali, no choice.
Maybe kerana selalu duk tengok doktor-doktor buat kerja kat klinik-klinik tu, dari situ dia belajar tentang kerjaya seorang doktor. Maybe dari situlah kot yang merangsang dia untuk menjadi seorang doktor.
Bila dia nak beli toys, biasanya dia akan mintak medical toys , contoh macam beg doktor. Pastu, kat rumah, dia akan 'check' semua orang dengan toys dia tu termasuklah dengan si Barbie dan segala jenis baby doll yang ada kat dalam rumah ni.
Bila ada orang terluka, contoh macam kaki mommy terluka. Dialah orang yang paling excited nak 'merawat' mommy, siap ambikkan anticeptic dan cotton wool lagi, tolong sapukan luka mommy, pastu tampal dengan plaster. Errmm. not bad lah untuk seseorang yang berumur 4 tahun.
Tapi hari tu dia ada cakap :
FL : "Mommy, nanti bila Leena dah besar Leena tak nak jadi doktor".
Mommy : "pastu nak jadi apa pulak?"
FL : "Leena tak nak jadi doktor, tak nak jadi teacher, tak nak jadi 'Leftenan Zana', tak nak jadi polis".
FL : " Leena nak jadi Princess".
Mommy : Mampu senyuum jer.. =))
Inilah "princess" yang dia duk angau sangat nak jadi tu =))
Wahh. Semoga kakak FL berjaya jadi Princess. Hihi. Comel je
ReplyDeleteidaman semua anak perempuan. anak kembar kak pun sama lah. hehehehehhe
ReplyDeletekan. naks sagat jadi puteri. pastu puteri kawin ngan prince, pastu duduklah dalam castle - makan minum bangun , tido + mekap. alahai, kalaulah dunia seindah itu .. herrrm
Deletehahahha Leena skrg mmg la princess kesayangan di hati mama papa...
ReplyDeletealhamdulillah. semoga dia membesar menjadi anak solehah suatu hari nanti
Delete