Ramadhan 2019 | Hari Pertama Bersahur

in , , by dorsett pink, May 06, 2019
Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, hari ni seluruh umat Islam menyambut kedatangan 1 Ramadhan dengan penuh rasa gembira. Alhamdulillah, aku bersyukur kerna masih diberikan nyawa oleh Allah swt untuk merasai dan menikmati Ramadhan untuk kesekian kalinya. 


Ramadhan Pertama Sebagai Hamba Yang Merdeka
Hamba Allah - yang telah merdeka dari Perjuangan Fisabilillah sebagai Pejuang Ilmu / Pengembara Ilmu. Sebab apa pejuang? Sebab kalau mati ketika tengah belajar ni, dikira Mati Syahid. hehe

Aku happy sangat nak sambut Ramadhan tahun ni sebab tahun ni merupakan tahun pertama (selepas berkahwin), aku dapat berpuasa dengan tenang , tanpa kekusutan dan keserabutan tesis phd yang sentiasa bersarang di kepala selama ni. Alhamdulillah, aku happy sangat-sangat. Sebab Ramadhan tahun ni aku tak perlu lagi nak fikir sangat pasal tesis. So, aku dapat fokus untuk buat ibadat sungguh-sungguh (hopefully) selama sebulan ni. Dah tak perlu dah nak tengok tesis setiap hari seperti selalu.

Last week aku menghadap VIVA VOCE - Hari yang sangat dinantikan dengan penuh debaran oleh semua pelajar PhD (dan master jugak). Alhamdulillah, aku lulus dengan cemerlang. So,nanti aku akan cerita kisah hari VIVA aku di entri lain. 


Bangun Sahur
Pagi tadi, aku berjaya bangun sahur bersama en.suami.. Yeaaayy! Yeaayyy!!. Sebab dari semalam duk risau jer, takut terlajak tidur dan tak terbangun nak sahur. Al-maklumlah, sejak habis viva hari tu, aku sekarang dah dapat tidur lena sepanjang malam dan bangun pun bila dah masuk waktu Subuh. So, nak train diri balik nak bangun sebelum Subuh tu agak payah lah.

Pagi tadi, jam 5 pagi, aku bangun. Itupun en.suami yang kejutkan.Mata aku tertutup rapat macam di gam. Nak bukak pun susah. Bangun tdur, terus merangkak masuk toilet sebab mata tak leh bukak. hahaha. Dapat air paip, terus jirus muka. Fuhhh! Legaaa bak hang..Mata terus terbukak segar bugar.

Pastu, terus turun ke dapur, siapkan makanan. Jam 5 pagi baru nak masak. Nasib baik masak ayam goreng & sayur goreng jer. Senang! Dan nasib baik dah tanak nasi jam 10 malam semalam. Kari ayam aku beli semalam kat Kedai Mamak,hehe, panaskan dalam microwave. 

Bila lauk siap terhidang, terus en.suami turun makan. Masa aku tengah masak, dia sempat lah buat Qiam dulu. 


Aku makan setengah pinggan jer, beserta 2 biji Kurma Medjool, beserta air teh panas. Fuuhh! Sedapnya.. Pagi-pagi tak boleh nak makan banyak sangat. Lagi 5 minit nak Imsak, semua selesai makan. Alhamdulillah! Kenyang. Dan-dan tu pulak, Leeya menangis mintak susu. Nasib baik mommy dah habis makan =)). 

Hari ni Tadika Kakak FL cuti, so bolehlah mommy sambung tidur balik.. ZZzzz ZZzz.. 
SHARE 4 comments

Add your comment

  1. alhamdulillah, tahniah dh setel apa yg difikir2kan sebelum ni

    mcm kene gam yek heheheh... takpe nnti lama2 ok lah tu

    ReplyDelete
  2. kite makan sayur sama la. dap dap

    now i wonder what should i eat after this.

    ReplyDelete
  3. Semoga puasa dengan cemerlang tahun ni.. Yeah, phd dah siap, semoga semuanya dipermudahkan utk DP.

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE