Pagi tadi aku dengar radio IKIM.FM. Biasa pagi-pagi memang aku dengar IKIM.FM kat dalam kereta. Aku suka dengar ikim ni pagi-pagi sebab dia ada slot 'perkongsian ilmu' setiap pagi. Tu yang best dengar tu.
Macam pagi tadi, IKIM jemput Prof Dr Muhaya, sembang pasal tajuk 'KOMUNIKASI' - Komunikasi berkesan dengan anak-anak untuk menjadi parents yang terbaik dunia akhirat.
So, aku nak share la kat sini apa yang Prof kongsikan pagi tadi.
Komunikasi ni ada banyak jenis. Renungan mata atau eye contact pun dikira sebagai 1 bentuk komunikasi walaupun tak cakap apa-apa.
Sepanjang perkongsian pasal tajuk komunikasi ni, Prof banyak bagi contoh pasal buat PHD. Sebab Pian (DJ IKIM) kata dia nak sambung buat PhD nanti (InshaAllah).
Terinspirasi pulak aku mendengar sharing tu. Almaklumlah, apa yang disampaikan sangat dekat dengan apa yang aku tengah buat kini. Dan apa yang diperkatakan oleh Prof tu memang 100% betul, sebab Prof pun dulu pernah buat Phd. So dia tahu real-picture macam mana rasa bila buat phd tu.
So, ini antara apa yang Prof share pasal PhD pagi tadi (Phd Motivation) :
1. Set niat betul-betul
Niatkan buat phd adalah kerana Allah. Kerana nak tambah ilmu, kerana nak gunakan ilmu tu untuk berbakti pada ummah di dunia dan di akhirat. Semoga, bila kita dah mati kelak, orang lain yang masih hidup atas dunia ni boleh gunakan ilmu yang kita discover tu (buat phd kan banyak discover new knowledge) untuk kembangkan lagi bidang ilmu /research. Semoga ilmu-ilmu yang kita share sepanjang kita buat phd / lepas buat phd tu dapat memberi manfaat kepada orang lain.
Kalau niat nak dapat tittle "D & R", maka itu namanya niat kerana DUNIA. Dan bila kita pasang niat sebab DUNIA, bukan sebab Allah atau Akhirat, maka kita akan tempoh banyak kesakitan masa buat phd ni.
Eh! Jangan salah faham tau. Niat kerana Allah pun akan tempoh pelbagai kesakitan dan dugaan juga masa buat phd tu, tapi kita akan rasa tenang jer sepanjang dugaan tersebut dan kita akan rasa enjoy buat phd ni biarpun ada macam-macam masalah.
2. Visualize
Bila dah pasang niat, sentiasalah visualize atau gambarkan akan kejayaan kita bila kita dah GRAD nanti. Bila kita buat teknik visualisation ni, InshaAllah impian dan matlamat tu akan menjadi realiti.
Caranya ialah, selalu gambarkan kat kepala, kita sarung jubah Phd, kita pergi konvo ambil scroll atas stage. Pastu ambik photo (photoshoot), pakai topi phd tu, print dan tampal kat wall, kat desktop, hari-hari tengok, supaya kita dapat rasa nak cepat konvo.
Pastu, buat business card, kat atas kad tu tulis siap-siap "DR.XXXX, Phd in XXXXXX". Tapi jangan pulak bagi pada orang kad tu. Simpan sendiri dah la. Kalau nak frame lagi bagus, letak atas meja kerja, hari-hari tengok.
So, bila ada visualization macam ni, InshaAllah kita tak mudah patah semangat dan give-up sebab kita tahu visi kita ialah - destinasi akhir kita iaitu KONVO.
Gambar ni aku tampal kat wall kerja aku, kat wallpaper laptop dan kat screen handphone. Supaya aku tak give-up dan teruskan perjuangan hingga habis.
Pastu, sebelum tidur dan bangun pagi-pagi buat 'affirmation' kata - aku nak grad phd waktu sekian-sekian.
3. Komunikasi
Bila buat Phd, kita kena banyak berkomunikasi dengan orang. Jangan duduk dalam bilik sorang-sorang, buat je tesis tu tanpa tengok dunia luar. Jangan jadi macam tu, sebab tanpa komunikasi, otak kita akan STUCK.
Masa buat phd memang selalu stuck. So, nak keluar dari STUCK tu, ialah dengan cara kita berkomunikasi. Keluar lah bersosial dan bercakap dengan sesiapa saja samaada dengan supervisor, dengan kawan-kawan, dengan pasangan atau dengan sesiapa saja.
Sebelum sambung PHD pun, komunikasi (discuss betul-betul) dengan pasangan pasal tujuan kita nak sambung belajar ni. Supaya pasangan beri restu dan dia faham akan kesulitan yang kita bakal hadapi sepanjang buat PHD nanti. Kalau pasangan tak restu buat phd, aku suggest janganlah buat lagi. Tunggu sampai dapat green light dari pasangan dulu (samada isteri atau suami), barulah sambung. Sebab nanti, takut bila waktu 'susah / kritikal', pasangan kita akan menyalahkan kita sambung belajar. And the end, berlaku penceraian. Tak nak sampai macam tu. So, sebab tu restu dan persefahaman pasangan ni sangat-sangat penting masa sambung belajar either buat Master ataupun PhD.
P/S : Dr.Roket pernah cerita yang dia dulu masa buat phd selalu bercerita dengan cleaner kat ofis. Bila dah habis cerita, dia rasa lega.
Hari-hari aku cakap pada anak-anak - aku sayangkan diaorang sangat-sangat. sayang kerana Allah. Aku busy buat tesis hari-hari adalah sebab diaorang. Aku selalu bagitau anak-anak yang aku buat tesis ni untuk diaorang. Sebab aku nak diaorang pun ikut jejak mommy 1 hari nanti, belajar sampai phd.
3. Tindakan
Tindakan - buatlah phd betul-betul. Jangan main-main atau plagiat. Susun strategi betul-betul. Uruskan masa, urusakan stress dan uruskan bahan kajian betul-betul. Selalulah pergi hadiri mana-mana kelas dan seminar-seminar untuk belajar skill-skill yang diperlukan sepanjang buat PHD nanti. Contoh macam skill belajar software Mendeley atau Atlas.ti atau Mathlab, atau apa-apa sahaja yang penting untuk kajian kita.
Ini antara kenangan terindah. Sekarang wall-of-idea ni dah tak ada =))
4. Doa
Doa ialah 1 bentuk komunikasi - komunikasi kita dengan Allah. Dari Allah kita datang, kepada Allah jua kita kembali. So, selalulah berdoa pada Allah supaya urusan kita buat Phd ni dipermudahkan. Dan selalu buat solat tahajud, buat solat hajat (solat wajib jangan tinggal tau). Dan selalu baca al-quran, at least 1 muka surat 1 hari. Bila kita banyak mendekatkan diri kita dengan Tuhan, InshaAllah Tuhan akan bantu kit bagi ilham-ilham / idea-idea untuk kita tulis tesis kita tu. IshaAllah.
P/S : Tips aku - Bila aku stuck buat tesis. Aku akan rest 2-3 hari dulu, dan aku fokus untuk baca quran. Kalau sebelum tu aku mungkin baca quran 1-2 pages sehari, tapi bila waktu stuck, aku baca 5-10 pages sehari. Tapi at the same time, aku akan keluar dengan kawan-kawan atau dengan family pergi mana-mana.
P/S : Apa yang aku tulis ni ialah aku olah balik apa yang dikongsikan oleh Prof Muhaya. So, banyak point-point yang aku tulis ni adalah dari aku sendiri. Tapi keywords nya adalah dari Prof Dr Muhaya. Aku tulis ni based on my experience sepanjang 6 tahun buat phd ni (tahun ni tahun ke-6).