Tuesday, July 16, 2019

Mujur Ada Part Time Babysitter

Hari Jumaat petang, 12 Julai 2019, aku mendapat panggilan dari Pejabat Dekan Fakulti Ekologi Manusia. Panggilan dari PA Dekan bagitau yang Dekan (my examiner) nak berjumpa dengan aku Hari Isnin (15 Julai 2019). Lalu appoinment di set pada jam 9 pagi.

Letak jer telifon, macam biasa aku akan report pada en.suami, bagitau yang examiner nak jumpa Hari Isnin nanti, so aku minta dia OFF kerja jap untuk jaga Leeya. Dia tak perlu apply cuti sebab tu company dia sendiri. So, agak senang kalau nak keluar ofis (kalau tak de meeting). Dia tengok kalendar, pastu terus reply kata tak dapat OFF sebab Hari Isnin pagi hingga petang ada meeting penting. Kalau dia kata meeting penting, so aku faham yang dia memang tak boleh nak skip langsung meeting tu. Kalau skip nanti duit tak masuk pulak.. 

So, aku pun pun risau macam mana dengan Leeya nanti. Siapa nak jaga dia?? Nak bawak masuk dalam bilik lecturer? Errrmm, tak mungkin, nanti aku pulak dk kena berkejar-kejar dengan Leeya, bukannya nak dengar apa lecturer cakap. hahahha...

So en.suami suruh aku cari part time babysitter , untuk jaga Leeya kejap. 

Aku dah lama eyeing kat Kiddocare ni. Terjumpa kat Instagram. Dah lama simpan nombor diaorang, cuma tak pernah guna khidmat diaorang lagi.  Kiddocare ni company yang provide part time babysitter. Baca review semua tulis bagus-bagus. Untuk semua bangsa dan agama diaorang boleh cater. So, kita boleh request nak babysitter yang macam mana, nak umur berapa, bangsa apa, agama apa, semua kita boleh cakap. 





Lalu aku pun book la babysitter. Mula-mula kena register dulu, register as a customer. Lepas register, isi borang kat dalam sistem diaorang. Then, lepas tu tunggu jer whatsapp dari diaorang. Cepat giler diaorang respond. Within 24 hour, aku dah dapat babysitter , sebijk macam preference yang aku nak. 

Mulanya aku takut jugak nak guna perkhidmatan ni, sebab isu TRUST. Takut nak percaya pada stranger. Tapi sebab aku ada bersama dengan Leeya sepanjang masa (sepanjang Leeya dengan bs tu), so aku confident la. Kalau suruh tinggalkan anak aku dengan BS berdua jer kat rumah, memang aku tak buat lah, takut!.

So, masa aku jumpa lecturer tu, Leeya duduk luar ofis Dekan dengan BS tu, sambil makan-makan. Leeya baru bangun tidur, so lapar la nak breakfast. Alhamdulillah Leeya tak menangis dan nampak Leeya serasi sangat dengan dia (BS). 


Dia datang awal dari masa yang ditetapkan. Aku set untuk jumpa di Masjid UPM, dan dia follow jer aku naik kereta pergi ke Fakulti. Sepanjang dalam kereta, memang nampak Leeya selesa dengan dia dan dia pun baik orangnya. Background agama, dulu belajar kat sekolah agama, pastu ambik Form 6 - Sijil Tinggi Agama Malaysia. Alhamdulillah! Aku dipertemukan dengan orang yang baik-baik. 

InshaAllah, lepas ni bolehlah aku book BS yang sama lagi dari Kiddocare ni. 

Tahniah Kiddocare sebab buat bisness macam ni yang boleh bantu ramai ibu-ibu yang macam aku ni - yang tak ada maid dan tak ada helper =))..

Kalau korang nak cari part time BS macam aku ni, korang pergi je kat IG, search nama - kiddocare.

Atau whatsapp jer - 019-883 0175 . Atau layari website - http://kiddocare.my

13 comments:

  1. wowo boleh promote kat kak ipaq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah,share kan pada yang memerlukan khidmat babysiter ni =))

      Delete
  2. wah.. bagus jugak ada service mcm ni kan.. kalau setakat nak tinggal sesekali boleh guna service macam ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. senang nak tinggalkan anak-anak bila ada hal

      Delete
  3. Pertama kali dengar ni..paling penting anak serasi dan BS tu boleh ikut ke mana-mana sementara ibu berurusan..TERBAIKLAH.Alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagsu ada servis macam ni. menyenangkan para ibu-ibu dan bapa-bapa especially housewife yang terpaksa tinggalkan anak-anak sekejap-sekejap

      Delete
  4. menarik perkhidmatan part time BS tuh, memudahkan kita yg memerlukan BS di masa2 yg terhad dan last minit...

    ReplyDelete
  5. owhh.. first time dengar ada part time BS ni :-)

    ReplyDelete
  6. bagus betul ada perkhidmatan macam ni.Yg ni lah kita nakkan, tumpang happy untuk awak.

    ReplyDelete
  7. As I can see, you both have spent such a good time together. I can make this conclusion according to your photo and article. Anyway, I only wish you a good luck.

    ReplyDelete