KPI Kakak FL - Kena Hafaz Surah AL-Mulk

in , by dorsett pink, August 30, 2019
Last week, Cikgu tadika Kakak FL ada jumpa aku, lalu bertanya :

Cikgu : 'Puan, Leena ada baca tak Surah AL-Mulk kat rumah?'

Mommy : 'Tak.. Dia baca surah al-fatihah dan 3 Qul je'..

Cikgu : 'Errmmm...'

Mommy : 'Kenapa Cikgu?'

Cikgu : 'Kat tadika ni, cikgu pun tak tahu dia dapat baca ke tak Surah Al-Mulk tu, sebab bila suruh dia baca, dia kemam mulut'..

Mommy : (Senyumm... sebab dah agak Kakak FL memang macam tu.. Kalau dia tak nak baca, dia tak kan baca, kalau dia nak baca, tanpa disuruh pun dia akan baca).

Cikgu : 'Kalau boleh Puan suruh la dia baca Surah Al-Mulk tu kat rumah. Sebab KPI kat sini (tadika) pelajar 5 tahun dah boleh Hafaz Surah Al-Mulk Ayat 1 -15. Nanti bila masuk 6 tahun, diaorang kena hafaz Surah Al-Mulk tu sampai ayat 30'.

Mommy : 'OK, baiklah Cikgu, nanti saya cuba usahakan'.


Lepas jumpa Cikgu tu, mommy terus rasa nak pitam.. Aduuss.. Surah Al-Mulk tu. Susah nya . Eh! Bukan susah..tapi panjang sangat surah tu.Mommy sendiri pun tak ingat surah tu dalam kepala. Kalau nak baca mesti kena tengok al-quran. 

Tapi takpelah. Elok jugak Tadika Kakak FL (Tadika PASTI) letakkan KPI cegitu untuk budak-budak 5 tahun. At least, masa kecik-kecik ni lah boleh hafaz surah-surah al-quran banyak-banyak sebab masih suci murni dari sebarang dosa. Lagi pulak, budak-budak bawah umur 7 tahunni cepat tangkap, otak dioarang macam span, senang nak absorb ilmu baru. 

So , kini, bermulalah latih tubi untuk Kakak FL hafaz Surah Al-Mulk kat rumah. Waktu yang wajib menghafaz ialah ketika sebelum tidur dan masa keluar rumah pagi-pagi on the way pergi sekolah. 1 minggu suruh dia hafaz 2 ayat jer. Nanti cukup 3 bulan (September - Oktober - November), dapatlah hafaz 15 ayat Surah al-Mulk tu. Hopefully gitulah hendaknya. InshaAllah, semoga Allah membantu.

Dan semoga Kakak FL berjaya menjadi Hafizah 1 hari nanti. Aminn.  
Short Vacation 4D3N at Avillion Hotel Port Dickson | Aku baru je balik dari short vacay 4 hari 3 malam kat Avillion Hotel, Port Dickson (tak de lah baru sangat, Jumaat lepas balik KL. hehe). Best giler wooo... Confirm nanti nak pergi lagi sana. Tak puas stay 4 hari jer. Aku rasa duduk seminggu baru puas kot. Anak-anak lah paling excited, sampai langsung tak nak keluar hotel. 

Actually en.suami pergi outstation 2 minggu berturut-turut. Dia balik sekejap hari tu masa Hari Raya Aidiladha ,sebab nak berhari-raya bersama-sama. Then, raya ketiga fly balik pergi Australia. Balik Malaysia semula Hari Isnin last week. Sebabkan dah lama tinggalkan anak-anak, jadi en.suami pun bawaklah kitaorang bercuti kat Avillion ni sebab nak ganti balik bonding time dengan anak-anak. Hari weekdays, bilik banyak jer kosong. 

Hari Selasa kitaorang pergi PD. Check-in hotel pun dah 11 malam. Hari Rabu lah baru boleh enjoy permandangan kat hotel tu. Dapat bilik tengah laut. Jauhnya la nak berjalan dari Lobby ke bilik penginapan. Kena naik lift, turun tangga, jalan-jalan, then baru sampai bilik =)).




Pool kat sini besar. Syok budak-budak main. Kat Avillion PD ni ada 2 pool dewasa, dua-dua saiz olimpik dan dua-dua pun cantik. 



Kusyuk buat rantai kat Kids Room.

Dua beradik enjoy main kat Kids Room ni.




Kat sini ada KIDS SPA. Ada massage, ada facial, ada pedicure & manicure. Kalau nak buat rawatan , kena book dulu dan bayaran dia sangat mahal. Mostly harga lebih dari RM 50 untuk 1 sesi rawatan. 


Bestnya dapat tengok laut =))




Besar sangat hotel ni. Jalan-jalan dalam hotel pun dah kira buat exercise, boleh kurus...eh!






Kat Avillion PD ni ada 2 pantai. So, boleh pilih nak main/lepak kat pantai mana. Even nak buat wedding atau beach party pun boleh. 




Kat sini ada petting zoo. Setiap hari, kids atau orang dewasa boleh bagi makan kat haiwan -haiwan kat sini setiap jam 10 pagi setiap hari. Makanan disediakan oleh pihak hotel. Ada macam-macam - ada arnab, ayam, burung, kura-kura. Memang bestlah #flsisters main kat binatang tu, sambil bercuti, sambil belajar pasal haiwan =))

Ni bilik penginapan kitaorang. Ada dua katil.  Hari-hari housekeeping datang kemas sampai diaorang dah kenal muka kitaorang ni. hehe



 Ni view dari balkoni bilik. Kalau petang-petang air surut.

Kat balkoni ni bnyak burung. So Leeya suka la dapat tengok burung-burung berkicauan depan mata dia =))


 Ini bilik air dia. Besar. Siap boleh tengok air laut lagi dalam bathroom ni. Nasib baik takde orang skodeng =))


 Ada playground. Hari-hari Leeya dan Kakak FL main kat sini


Melayan perasaan sambil melayan ikan koi =))

 Avillion Hotel waktu malam. Pak guard sentiasa ada di mana-mana. So, memang tak takut kalau berjalan sorang-sorang waktu malam..


Ni bekas banglo pengasas Produk Zaiton. Betul-betul sebelah Avillion Hotel.Sekarang dah dijadikan parking lot untuk hotel guest. 


Bagi aku, best la stay kat sini. Nak stay lama-lama pun best. Sebab semua fasiliti lengkap - ada sauna, ada jakuzzi, ada steamroom, ada SPA, ada pool, semualah ada, kecuali takde microwave dalam bilik. Kalau kat oversea, semua hotel 5-star pasti ada microwave dalam bilik, tapi kat Malaysia tak. 

For sure, aku akan datang sini lagi. Hotel ni macam kids-heaven la. Memang betul-betul kids-friendly hotel. So, highly recommended untuk sesiapa yang nak bercuti dengan anak-anak kecik yang tengah mencari tempat percutian kat Port Dickson. Kids confirm enjoy stay sini sebab anak-anak aku pun enjoy =)).. 

By the way, thank you for reading =))






Berhari-raya Aidiladha di Zoo Negara

in , , , by dorsett pink, August 28, 2019
Berkunjung ke Zoo Negara 2019 | Sehari sebelum Hari Raya Aidiladha hari tu, kitaorang pergi ke Zoo Negara (saja tulis tajuk 'Berhari-raya aildiladha' tu, sebab nanti kalau tulis tajuk 'sehari sebelum raya' panjang sangat pulak tajuknya.. hehe). Saja bawak anak-anak sebab Leeya tak pernah lagi pergi Zoo. Kakak FL pulak pernah pergi zoo negara ni asa dia kecik-kecik dulu, so dia tak ingat sangatlah macam mana rupa zoo tu. hehe.

Leeya lah paling excited sebab dia tak pernah lagi tengok binatang-binatang besar depan mata macam harimau, singa, zirafah, gajah dan yang lain-lain.

Harga tiket masuk untuk tahun 2019 ni ialah RM 45 (dewasa), RM 18 (kanak-kanak).














Bagi aku, zoo negara Malaysia ni tak banyak beza pun macam dulu. Kecuali untuk sangkar harimau, ada sedikit pembaharuan. Sekarang kita dah boleh tengok harimau dekat-dekat, depan mata. Tapi jangan risau, keselamatan tip-top dan terjaga. Animal show pun sama jer sejak 10 tahun lepas. So, a bit boring la. 

Aku rasa pihak Zoo Negara kena perbaharui animal show tu untuk menarik perhatian lebih ramai pengunjung. Nanti barulah makin ramai orang datang ke Zoo. Tapi untuk budak-budak seronoklah kot. 

Bagasi Kesayangan

in , by dorsett pink, August 20, 2019

Ini dia luggage atau bagasi kesayangan aku. Beli luggage ni masa tahun 2013 kat Paddy's Market, Sydney, Australia. Sampai sekarang aku masih guna luggage ni untuk percutian sekejap-kejap jer. Sebab biasanya, aku akan packing semua baju anak-anak, Kakak FL dan Leeya dan mommy dalam 1 luggage. En.suami guna beg lain. Dia biasa guna backpack jer. Sebab tak muat nak masukkan pakaian semua dalam 1 beg. 


Alhamdulillah, luggage ni memberi khidmat yang sangat bagus. Walaupun handle dia tu dah tercabut. hehe.


Handle ni rosak lepas setahun beli. Walaupun macam ni, ia masih boleh berjalan dengan baik . Kalau kita pegang pun rasa OK jer, tak rasa macam dah rosak. hehe.

InshaAllah aku akan gunakan khidmat jasa baik bagasi ni sehingga akhir hayatnya. Selagi ia boleh digunakan, aku akan gunakannya sebaik mungkin. 

Aku ada lagi luggage-lugagge lain. Tapi yang ini tetap menjadi pujaan hati. hehe.. 

Sehari di MAPS, Ipoh

in , , , by dorsett pink, August 15, 2019
Hari tu kitaorang pergi ke MAPS (Movie Animation Parks Studio) kat Ipoh. Ada aku cerita kat entri ni - 'WEEKEND GETAWAY - TOWER REGENCY HOTEL & APARTMENTS, IPOH'. 

Pergi Ipoh sehari jer. Habis dah bergembira kat MAPS ni, kitaorang terus shoot balik KL.  
Disebabkan tak pernah masuk MAPS ni, tu sebab MAPS menjadi pilihan kitaorang untuk bercuti hari tu. 

Tambah pulak, MAPS sekarang dah tak perlu tiket masuk, so tak terasa sangat nak kena bayar mahal-mahal nak masuk MAPS tu. 

MAPS sekarang guna kaedah kupon kalau nak main apa-apa game atau nak tengok apa-apa show. 1 kupon harga RM 3. Ada tempat yang nak kan 1 kupon jer seorang, ada tempat yang nak kan 3 kupon seorang. Harga kupon tu sama jer untuk kanak-kanak dan dewasa. 


 








 Boleh jumpa Didi & Friends =)). Nak masuk tempat Didi ni kena bayar 3 kupon seorang termasuk lah baby.


Si kecik ni happy boleh bermain dengan bebas dalam ni.. 

 Buat face painting

 Cantik sangat katanya =)). Sampai tak mandi takut lukisan ni hilang.hahahha.. Untuk lukisan muka macam ni harga dia RM 14 seorang.


Masa kitaorang pergi tu tak ramai pun orang even hari weekend.Yang bestnya tak perlu beratur panjang nak tengok apa-apa show.

 Ni kupon nya
Inilah show yang paling best bagi aku. 6D. Lagi best dari kat Universal Studio Singapore (USS) sebab kat sini seat yang kita duduk tu pun bergerak sekali. Ala-ala macam naik roller coaster sambil tengok wayang, tapi tak lah sehebat macam 'Transformaers' kat USS. 

Tengok drift. Nak tengok show ni perlukan 3 kupon seorang (kanak-kanak atau baby pun 3 kupon jugak).  

 Nak main ni perlukan kupon. Pendek kata semua benda dalam MAPS ni nak kan kupon. Nothing Free. hehe


Bagi aku MAPS ni OK, sesuai dan berbaloi bawak anak-anak bercuti kat sini. Tapi boring sikit sebab tak ramai orang walaupun hari hujung minggu. So, tak rasa macam kita pergi theme park. hehe. Kalau nak datang, datanglah petang-petang sebab teduh dan tak panas. Kat Maps tu parking FREE. So tak perlu risau pasal parking. Tempat makan, surau, baby room semua ada. 


© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE