Monday, September 02, 2019

Homeschooling - Mengajar Kakak FL Membaca (Bahasa Inggeris)

Entri aku sebelum ni, aku ada share pasal Kakak FL dah pandai membaca tulisan Bahasa Melayu. Boleh baca kat sini - 'LATIHAN MEMBACA CERITA PENDEK BAHASA MELAYU UNTUK KAKAK FL'.

Untuk Bahasa Melayu dah tak ada masalah. Masalah sekarang ialah untuk bacaan dalam Bahasa Inggeris. Aku ada hantar Kakak FL masuk English Class KUMON sejak Februari lepas, tapi setelah 7 bulan belajar kat KUMON, sama jer progress nya - Kakak FL masih tak pandai membaca apa-apa perkataan dalam BI, walaupun just a simple words. huhu.. 

Aku rasa kelemahan kat situ ialah English Subject di KUMON diajar dengan menggunakan CD, bukan cikgu yang mengajar, tapi CD yang ajar student-student. Aku rasa kaedah tu tak berkesan, yang paling berkesan dalam pembelajaran ialah dengan cara BERGURU (Mungkin untuk anak aku jer kot tak sesuai dengan cara guna CD tu, tapi anak-anak orang lain OK). 

So, aku decide untuk stop KUMON dan ajar sendiri KAKAK FL membaca Bahasa Inggeris di rumah - homeschooling. Alaaaa, homeschooling untuk english subject jer (dan jugak matematik). 

Aku ni bukan expertise dalam Bahasa Inggeris. Nak mengajar english memang a BIG-NO lah. Sebab aku tak tahu cara nak mengajar english kat anak-anak atau kat sesiapa pun. Tapi kalau suruh aku ajar MATH, aku boleh gagahkan lagi sebab MATH ni favourite subject aku masa kat sekolah dulu (dan sehingga sekarang). 

Jadinya, untuk ajar anak sendiri membaca English ni, pening kepala jugak. Seriously, i had no idea at all. Lalu, aku pun tengoklah kat YOUTUBE. Macam-macam video aku tengok, bukan hanya 1 video jer. Dan tengok berulang-ulang kali sebab nak grab konsep 'Phonetic Method' yang betul. 

Lepas dah study (study through youtube) dan ada sedikit confident, aku pun start lah ajar Kakak FL, sejak 15 Ogos 2019 yang lalu. Fuhh! siap ingat tarikh tu.. Yeee, sebab aku siap tulis dalam diary tarikh aku start 'kelas english' ni. Nanti bolehlah aku keep track progress level Kakak FL ni. hehe. Sekarang dia dah boleh membaca perkataan yang simple - 3 letter words. Itupun aku dah happy sangat dah. 



So, ini cara aku ajar dia membaca Bahasa Inggeris dengan menggunakan kaedah Phoenics. 

1. Ajar letter's sound

Mula-mula, aku ajar dia bunyi setiap huruf tu. (Yang ni memang kena tengok video, kalau tak tengok tak tahu macam mana bunyi setiap huruf tu). Aku buat 2 set flash card - 1 handy dan 1 lagi tampal kat wall. Hari-hari kena baca 'letter-sound' ni sampailah dia boleh ingat dan tahu bunyi bagi setiap huruf tu. 


Aku tampal tak  ikut alpahetical order, sebab aku tak nak dia hafal ikut alphabet. So, aku just tampal secara tak ikut turutan. 



2. Ajar Blending 2 Huruf

Lepas dia dah boleh ingat semua bunyi bagi semua huruf tu, ajar dia blending bunyi untuk 2 huruf pulak. Contoh macam 'ba' , 'ca', 'da', 'fa', etc.  Yang ni, aku buat flash card besar-besar dan tampal kat wall. Hari-hari dia akan baca perkataan ni - 2 huruf. Dalam sehari, ada lah dalam 5-6 kali kot dia baca sebab selalu nampak depan mata. Aku pilih wall yang dia duk selalu lalu-lalang kat situ. Jadi, bila dia ternampak jer kertas tu, dia akan terus baca. 



3. Ajar Blending 3 Huruf

Lepas dia dah mahir blend 2 huruf, sekarang tiba masanya untuk ajar dia blend 3 huruf pulak. Yang ni, aku guna kaedah mengajar guna 'whiteboard'. 






 



Aku tulis semua huruf-huruf alphabet walaupun perkataan tu tak ada dalam kamus bahasa inggeris. Sebab aku nak dia grasp konsep mengeja dengan cara phoenics ni.


4. Ajar dia baca membaca Buku - 'Read Easy - Beginner Level'

Lepas dia dah pandai dan mahir blend 3 huruf, aku ajar dia baca ayat-ayat yang simple. Aku guna buku 'Read Easy - Beginner Level', beli kat MPH. Siri 'Read-Easy Beginner Level' ni ada 8 biji buku. Bila dah habis siri Beginner ni, nanti tukar ke siri 'Intermediate Level', lepas tu tukar ke 'Advanced Level'.


Bila dia dah faham / tahu / mahir macam mana nak blend huruf-huruf tu, nak baca buku 'Read-Easy' ni sangat mudah. Dalam minggu pertama, Kakak FL dah boleh khatam Buku No. 1- 3. Kalau ada anak-anak yang lagi cepat, diaoran boleh jer baca 1 buku 1 hari. Tapi Kakak FL tak sehebat tu lah. Tapi dapat baca 3 buku ni dalam masa 1 minggu, pun dah cukup buatkan mommy happy dan tersenyum bangga.

Sekarang Kakak FL dah baca Buku No 5. Dari langsung tak pandai membaca apa-apa, kini dah boleh baca ayat-ayat yang simple. Good progress kakak (thumbs-up).

Setiap hari, dia memang wajib baca buku ni at least 2 kali sehari. Kalau mood dia OK, dia boleh baca sampai 4 kali sehari. Hujung bulan September ni, rasanya dia dah boleh tamatkan Buku No.8

Ini Buku No.1


 Ini Buku No.4

 Ini Buku No.8

5. Main Game

Kakak FL sangat suka tengok game show kat TV cerita 'The Greast Australian Spelling Bee'. Dia bercita-cita nak masuk gameshow tu 1 hari nanti. hehe. So, kami selalu game spelling ni sama-sama. Dia akan happy sangat kalau word yang dia eja tu betul =))


*******************************

Belum sampai sebulan lagi 'homeschooling' bahasa inggeris ni untuk Kakak FL, tapi dia dah boleh membaca. Kalau KakakFL maintain dengan pace bacaan sekarang ni, InshaAllah hujung tahun ni, dia dah boleh membaca buku cerita Inggeris.

Bila tengok progress Kakak FL ni, baru aku tahu yang aku ni ada bakat untuk menjadi Cikgu Tadika. hahahahhahaa.. OK, lepas ni bolehlah aku mintak kerja kat mana-mana tadika jadi cikgu  =))

6 comments:

  1. Juju sangat setuju kalau kaedah ajar anak2 ni guna medium GURU, bukan CD and what so ever, baru tahu silibus KUMON cikgu nya CD hmmm lama juga anak belajar sana ye. Anyway tahniah, sebulan je dia homeschooling boleh baca English good effort. Macam juju, juju tak ada ilmu bab ajar english so cadangnya cuti sekolah awal bulan 11 nak htr intensif kelas english dkt Abg Qi.

    Mcm dulu Bahasa Melayu dia perlu tuisyen cikgu baru boleh kak ju sambung ajar kt rumah...sebab anak lelaki kot haha.

    ReplyDelete
  2. nak try jugak lah kaedah ni. alang2 anak2 cuti panjang sempena UPSR ni :D

    ReplyDelete
  3. mekasih sbb share, sbb aiyan pun ada masalah sama juga, dulu dia tadika kt little caliph kt situ mmg selalu guna english, dia boleh membaca bahasa melayu pun sbb masa dia tadika tuh. Sbb di kelas ppki masa dia darjah 1 mmg tak ramai yg boleh membaca. Tp english mmg fail, dia cuma ingat perkataan yg biasa dia sebut tp kalau kita suruh dia baca kt buku mmg tak jadi... dia eja mcm bahasa melayu. Lepas ini nk cuba jugak la cara mengajar untuk kakak FL ni kt aiyan.

    ReplyDelete
  4. Wah! bagusnya sebab dia seronok tu yang cepat dapat tu

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah.. kita sbg parents mmg kena rajin melatih anak di rumah..
    masa anak akak tadika dulu pun guna buku Read Easy ni.. insyaAllah cepat pandai..
    Salam kenal ya :)

    ReplyDelete
  6. Saya pun guna buku 'Read Easy' ni untuk students. Tetapi, memang kena biasakan mereka dengan repetitions. Jika tak, asyik lupa. Balik rumah, tak sambung baca nanti datang kelas semula, habis semua lupa ;)

    ReplyDelete