Masa aku ke Kuala Terengganu hari tu, aku stay kat Hotel Duyong Marina & Resort yang terletak kat Pulau Duyong, Kuala Terengganu. Sorry , baru nak update. hehe. 

First time kitaorang stay situ. Tempat ni memang sangat sesuai untuk family vacation, boleh bawak family ramai-ramai tidur situ. Aku pun bawak my family ramai-ramai tidur situ sekali. 

Resort ni sangat luas. Konsep dia macam chalet. Boleh parking kereta depan rumah (chalet). Kalau nak jalan-jalan dalam resort ni, boleh naik buggy. Call jer reception request buggy. Kalau tak naik buggy, drive kereta sendiri, kalau nak jalan kaki.. ..errmmm.. Berpeluh lah ketiak. Kat sana panas.  

Bilik tidur dia luas. Boleh minta extra bed (with charge).





Inilah rumah yang kitaorang sewa hari tu. Kitaorang stay sini dalam 5 hari kalau tak silap. Memang kereta boleh parking depan rumah. 

Inilah beranda 'rumah' kitaorang

First time Kakak FL naik buggy. Excited sungguh dia. Hari-hari naik buggy sebab nak pergi makan breakfast. Kalau nak jalan kaki jauh sangat. 

Breakfast kat hotel tu - ni namanya Nasi Hujan Panas. Breakfast kat sini wajib ada Nasi Dagang =)). 

My brother & sister. 

Ada playground. Budak-budak wajiblah happy =))



Swimming pool dia besar. Kat sini pun ada sauna dan gym. Even public pun boleh guna facilities kat sini dengan bayaran. 



Marina. Kalau nak datang Terengganu naik yatch pun boleh, parking je kat hotel ni =))


Inilah permandangan di halaman 'rumah' =))


Bilik air kat dalam bilik hotel ni luas. Selesa lah. 

Bath Tub dia sangat dalam. Boleh buat jadi pool. So, kalau tak swim kat swimming pool, boleh mandi dalam tub ni =)).

Seperti biasa, Kakak FL lah yang paling seronok sampai tak nak balik KL =)). Takpe, nanti lain kali kita datang lagi resort ni.

Worth stay la menginap di Duyong Marina & Resort ni =))

TIPS Buat Passport Kanak-Kanak - Dokumen Yang Perlu Dibawa 

Leeya baru jer buat passport. Ni baru ada rezeki nak gi berjalan. Lambat dari kakak dia. Nak buat macam mana, rezeki setiap orang berbeza. Sabar jer lah ya anak-anak. 

Terima kasih juga kerna bolehh bersabar tunggu mommy habiskan study dulu. Selagi study tak habis, selagi tu lah tak boleh berjalan pergi oversea.. Walaupun hanya ke Singapore. huhu..

Alhamdulillah, dapat juga tamatkan pengajian tahun 2019 ni. So, dapatlah anak-anak merasa nak pergi berjalan  naik flight. 


So, ni aku nak share dokumen-dokumen yang perlu dibawa untuk buat passport bagi kanak-kanak. Buat passport baru atau renew passport sama jer. 

Ini pengalaman aku sendiri. Kalau baca guideline kat website, langsung tak sama dengan apa yang dipraktikkan di Jabatan Imigresen. So, aku agak , setiap cawangan dan tempat untuk buat passport ni berlainan caranya dan berlainan juga dokumen yang diminta.

Aku buat passport hari tu kat jabatan Imigresen. So, ini yang diaorang minta :

- IC Ibu / Ayah
- 1 Salinan IC Ibu / Ayah
- Surat Beranak Original Si Anak
- 1 Salinan Surat Beranak Si Anak (Ini wajib!).

Ini jer lah apa yang diminta dari aku hari tu. Tapi kalau boleh, untuk anak-anak dibawah usia 2 tahun, korang standby jer gambar passport siap-siap, background putih. Sebab ada branch yang minta gambar passport asing untuk kanak-kanak di bawah 2 tahun. Dan gambar tersebut tak boleh nampakkan gigi atau lidah. Kena tutup mulut rapat-rapat. hahahaha. 

Masa Leeya hari tu ambik gambar kat situ. Tapi kami standby juga gambar , kot-kot lah diaorang mintak.  Tapi jenuh jugak lah nak ambik gambar Leeya hari tu masa kat Jabatan Imigresen tu, sebab dia tak nak tutup mulut. So, banyak giler shot yang terpaksa diambil untuk dapatkan gambar yang tutup mulut. hahahhahaa. Takpe, kenangan indah!.

Durasi masa nak buat passport ni 2 jam - start dari beratur ambik nombor sehingga dapat passport balik. Bayaran : untuk kids - RM 100, 5 tahun.  Dewasa - RM 200, 5 tahun.

Nanti aku share travel story aku bila dah sampai di destinasi yang dituju. Aku kan memang wajib share, nama pun Blogger. hehehhee.. 

Kami pergi dekat-dekat jer, tak pergi jauh pun. 

Tukar Bateri Laptop

in , , , by dorsett pink, October 20, 2019
Semalam aku dah selamat tukar bateri laptop aku. Bateri laptop dah nazak dah. Dah tak boleh guna lagi. Kalau nak guna laptop, mesti kena guna elektrik, tak boleh ON laptop tanpa power supply sebab bateri kong.

So, agak susah kalau aku nak bawak laptop pergi mana-mana sekarang, sebab kena cari plug. Kalau tak ada plu, laptop tak boleh guna. 

Semalam, aku pergilah cari bateri laptop aku dengan en.suami dan anak-anak. Aku guna laptop Lenovo. Kalau nak beli bateri Lenovo, diaorang kena order dulu, diaorang tak simpan stok. So, yang available, ialah yang bukan jenama Lenovo, tapi boleh masuk kat laptop aku ni. Kiranya bukan ori lah. Harganya RM 200, ada warranty 1 tahun.



Laptop ni aku guna sejak aku register jadi student PhD. Kiranya dah 6 tahun lah usia laptop ni, dan bateri tu pun dah usia 6 tahun la jugak kan. Memang da tiba masanya untuk kong. 

PhD Talk | My Thesis

in , by dorsett pink, October 19, 2019
PhD Talk | My Thesis - Akhirnya, hard bound thesis aku dah siap. dah selamat hantar ke Graduate School UPM semalam. Minggu lepas lagi dah siap macam yang aku share dalam entri-entri lepas. Tapi ni baru sempat nak update cerita pasal tesis ni. 

Alhamdulillah, dengan tersiapnya hard bound thesis ni, kira tamatlah sudah perjalanan aku menuntut ilmu. Tamatlah sudah episod suka duka pahit manis buat phd selama 6 tahun ni. Fuhh!!..

Akhirnya, lega aku. Dah habis serabut kusut masai dalam kepala ni. Dah boleh nak merdeka dan bolehlah tidur dengan lena dah. Tinggal tunggu nak konvo jer lagi - next month. Lepas tu, dah boleh tutup buku. hehe..











Macam-macam perasaan yang aku rasa sepanjang buat phd ni. Ada yang aku coretkan dalam blog ni, dan ada yang tak tertulis dalam blog ni. Biarlah ia menjadi kenangan terindah untuk diri aku selamanya. 

Aku sangat berterima kasih pada en.suami yang sangat-sangat-sangat banyak membantu sepanjang 6 tahun aku melalui kembara ilmu ni. Bantu dari segi moral support, knowledge support, financial support, bantu buat housechores, bantu jaga anak-anak , bantu tolong edit tesis dan journal paper, tolong aku jadi proofreader tak berbayar (hehe) dan macam-macam lagilah, tak tertulis nak ditulis semuanya. Aku bersyukur sangat-sangat dikurniakan suami yang sangat membantu dan memahami. Memahami kehendak isteri dia yang nak belajar dulu. 

Tak lupa untuk anak-anak tersayang, Kakak FL dan Leeya, yang turut sama memahami kerja mommy sebagai seorang student.. Tesis ini untuk korang - anak-anak mommy. 


Tesis ni saiz B5. Sekarang dah tak ada tesis saiz besar-besar macam dulu. Semua saiz B5 jer, senang nak bawak masuk dalam beg. 



Aku print hard bound tesis ni sebanyak 6 copy. 2 untuk Graduate school, dan 4 lagi untuk supervisor dan co-supervisor. Harga print dan buat hardbound cover ni semuanya RM 380, termasuk buat burn 1 CD. 


Kat area UPM ni (kat Flat Ikan) ada kedai yang specialize untuk buat tesis B5 ni, siap tolong buat cover CD lagi. 

Alhamdulillah!. Terima kasih semua pada follower Blog Dorsett Pink yang follow aku dari awal blog ni wujud, yang secara tak langsung pun membaca kisah-kisah aku buat Phd ni .. Thank you you all. Disinilah, blog ini, tempat aku release tension masa buat tesis dulu. hehe. Thank you pada semua pembaca Blog Dorsett Pink yang selalu berdoa untuk kejayaan aku, samada reader yang selalu tinggalkan komen atau silent readers, you all really awesome =)). Thank you!

TIPS Mengelakkan Anak-Anak 'Speech Delay'

in , , by dorsett pink, October 18, 2019
Sekarang ni kan kalau kita lihat, ramai betul anak-anak kecil yang 'speech-delay' - lambat bercakap. Kalau nak compare dengan zaman dulu, angkanya jauh lebih tinggi. Jadinya, profesion sebagai speech therapist sekarang is on demand. 

Hari tu aku terdengar perkongsian di IKIM.fm berkenaan dengan isu ni , sebab masalah 'speech-delay' ni adalah masalah 'parenting'. 


Antara punca yang menyebabkan anak-anak lambat bercakap ialah kerana selalu terdedah pada GAJET. Bila selalu terdedah pada gajet, anak-anak ni akan 'bercakap' dengan gajet, bukan dengan mommy atau daddy atau dengan sesiapa sahaja. Bila tak ada practice untuk bercakap, ia menyebabkan otot-otot dalam mulut atau rahang lambat berkembang , so sebab tu anak-anak ini ada masalah 'specch-delay'.

So, TIPS Mengelakkan Anak-Anak 'Speech Delay' adalah dengan mengelakkan memberi anak-anak gajet. Boleh beri, bukannya totally tak boleh beri, tapi parents kena CONTROL dan jangan beri pada kadar yang lama. Perlu ada LIMITATION. 

Dan selalulah parents bercakap dengan anak-anak kecil ini walaupun diaorang masih belum boleh bercakap. Jangan guna bahasa 'pelat', gunakan bahasa standard yang kita gunakan setiap hari. Kalau kita bercakap pelat dengan anak-anak, diaorang akan ikut cakap pelat jugak. 

Maksudnya, perlu ada komunikasi antara parents dan anak-anak. Jangan biarkan anak-anak tu bermain sorang-sorang especially bermain dengan gajet. Masalah lain pulak timbul nanti - rosak mata. 

So, salah satu cara untuk merangsang komunikasi dengan anak-anak kecil ini ialah dengan selalu bercakap dengan diaorang, dan jadikan 'percakapan/komunikasi' tu menarik. 


Leeya umur 6 bulan dah boleh bercakap 1 perkataan. Sekarang, umur dia 1 tahun 7 bulan, dah boleh cakap dalam 7-10 words, tapi 1-2 sukukata jer lah, antaranya ialah 'TAK', 'ABAH', 'TA-TAK' (KAKAK), 'TE-TE' (TURTLE), 'BAT' , 'DOG', 'CAT', 'PAPA'. Perkembangan dia sama macam Kakak FL dulu - cepat bercakap, tapi lambat berjalan. hehe.. Takpe, perkembangan setiap anak berbeza.

Menurut pakar kanak-kanak - Kelly L. Komisaruk, M-Ed, CCC/SLP :

"Toddlers can say about 20 words by 18 months and 50 or more words by the time they turn 2. By age 2, kids are starting to combine two words to make simple sentences, such as "baby crying" or "Daddy big"."


So, maksudnya, mommies dan daddies kena observe pertuturan anak-anak start dari umur diaorang 2 tahun. Sepatutnya by age 2, kanak-kanak 2 tahun dah boleh bercakap dalam 1 or 2 sukukata. kalau langsung tak boleh bercakap, advisable pergilah bawa jumpa Doktor Pakar Kanak-Kanak, nanti kalau ada masalah, Paed akan refer kanak-kanak tersebut ke Speech Therapist. 

Untuk bacaan lanjut tentang speech delay, boleh rujuk sini : https://kidshealth.org/en/parents/not-talk.html

Antara aktiviti yang sesuai, yang boleh meningkatkan communication skill anak-anak ialah dengan aktiviti 'puppet' . 
Puppet ni anak-anal boleh main-main 'drama' dengan mommy dan daddy atau adik-beradik yang lain. Diaorang boleh main 'cakap-cakap' with each other. So, dengan aktiviti ni, secara tak langsung dapat melatih anak-anak kecil untuk bercakap dan bersosial.  


DIY - buat puppet sendiri. Selain untuk melayih anak-anak untuk bercakap, aktiviti ini jugak boleh mengelakkan anak-anak dari bermain gajet. Dan ia juga dapat meningkatkan motor skill anak-anak , sebab perlu koyakkan sticker dan lekatkan satu-sama lain. Selain juga dapat merangsang daya kreativiti dan imaginasi anak-anak untuk berkarya. Secara tak langsung, otak kanan anak-anak akan berkembang dengan bermain 'puppet' ni. So,1 aktiviti ni merangkumi banyak perkara. 

Bermain untuk belajar - anak-anak belajar dengan cara bermain.  Kalau berminat dengan projek puppet ni, boleh hubungi saya - dorsettpink.14@gmail.com . Atau follow kat instagram - @luvkido19, PM jer kat instagram. InshaAllah akan direply. 

I Got A Present From My Husband

in , , by dorsett pink, October 17, 2019
Aku baru jer menamatkan perjalanan buat PHD. Baru jer print hard bind thesis, InshaAllah esok boleh dah hantar. Pastu tunggu panggilan konvo jer. Then , after konvo segalanya selesai.

Sekarang pun bila dah nampak hard bind thesis, perasaan tu rasa happy sangat-sangat. Rasa semua masalah hilang. Rasa semua stress yang ditanggung selama ni semua dah hilang jugak. hehe.

Dan sejak aku buat Phd dulu, aku selalu mintak dengan en.suami aku nak 'OVEN', sebab nak baking. Aku tak pernah baking, tapi rasa nak cuba baking sebab nak bagi anak-anak makan. Dan yang pasti anak-anak pun mesti jugak suka main 'baking-baking' ni. Tapi masa tu tak diizinkan oleh en.suami. Dia selalu cakap - ' habiskan phd dulu'. Nanti phd ntah kemana, baking pun ntah ke mana. 

Betul cakap en.suami. Masa buat phd dulu, nak masak pun tak sempat. Masa nak makan pun, kena curi-curi masa, apatah lagi masa nak tidur. Sebabnya buat phd dengan anak dua ni, macam-macam benda kena korbankan dan waktu bonding dengan anak of course tak boleh dikorbankan langsung. Sebab anak-anak tu permata dunia akhirat. Bonding dengan anak-anak mesti wajib berlaku setiap hari. So, takpelah, aku korbankan masa tidur pun, janji ada waktu untuk bermain dengan anak-anak.

Couple of weeks ago, masa pulang jer dari bercuti dari Kuala Terengganu, en.suami buat surprise bawak balik 'hadiah' ni ke rumah. Besar nya.. Bila bukak kotak, rupanya 'OVEN'. Fuhhh! happy tak terkata aku. Dia tunaikan janji dia. Dia siap cakap lagi 'ni dah habis phd, baru boleh nak bakar-bakar'. hehe.. 




Jenama Cornell. Besar. Boleh bakar sekor ayam dalam ni. Tapi aku belum rasmikan lagi. Baru tengah duk study macam mana nak buat pastri ni. hehehe.. Kakak FL lah orang yang paling happy, sebab dah lama dia request nak 'buat kek'. hehe..

Nanti bila dah berjaya buat, of course aku share ni.

Btw, thank you so much en.suamiku sebab bagi hadiah berharga ni. Akan ku jaga betul-betul dengan sepenuh jiwa =)).

My Thesis

in , by dorsett pink, October 13, 2019
Aku baru jer print hard bound thesis PHD aku. Next week, InshaAllah akan hantar ke Graduate School. Aku rasa perjalanan aku buat phd ni dah habis, tinggal tunggu konvo je lagi bulan November nanti. 

So, sekarang ni aku tengah buat spring cleaning kat rumah. Aku nak let go semua buku-buku dan kertas-kertas akademik yang dah tak guna dah. Memang semuanya dah tak guna dah pun sebab lepas ni aku dah tak duduk dalam bidang ni lagi. Nak explore new field pulak. So, bolehlah aku buang semua buku-buku tu. Biasanya aku hantar kat library. Library UPM ada terima buku-buku lama atau buku-buku yang dah tak guna lagi. Tak pun, aku hantar kat Pusat Kitar Semula.


Tengah-tengah duk kemas barang, aku terjumpa lah thesis lama aku, masa aku buat Degree dan Master dulu-dulu. So, aku decide nak coretkan kat blog ni, untuk kenangan abadi since aku tak pernah cerita pasal thesis Degree & Master kat sini. Ye lah masa tu, mana wujud blog lagi. 


Masa aku buat Master dulu, aku terjebak dengan dunia blog. Masa tu tahun 2010. Mula-mula baca blog kawan - best. Dari situ, ter-inspirasi nak tulis blog sendiri. Tapi masa tu, aku hanya tahu menulis jer, nak blogwalking, nak tengok stats, even SEO pun aku tak tahu apa ke bende nya tu.. hahhahaa. Masa tu tulis blog pun tak de branding. Tulisan pun ntah pape. So, tahun 2014, aku decide untuk ganti blog dengan nama - dorsett pink. Kiranya Dorsett Pink ni lebih serius lah sebab ada niche blog - Perenting & Travel dan banyak sharing. Sharing pasal personal story, pasal pengalaman sendiri, pengalaman kawan-kawan, TIPS and Tricks dan macam-macam lagi. Aku pilih niche blog - parentig and travel , sebab aku sangat suka bercerita tentang parenting , motherhood dan jugak travel.  

OK, ni dia thesis aku masa buat Degree & Master dulu;


Yang warna merah tu masa Degree. Yang warna hijau tu masa Master.  Masa degree tulis bahasa melayu. Masa Master tulis dalam English. 



Actually, ada 1 lagi thesis - thesis masa Diploma. Course aku ni, sejak dari Diploma dah kena buat thesis. Masa Diploma tu, kena buat Projek FYP jugak dan jugak kena buat thesis. FYP - 3 credit hours, Thesis pun 3 credit hours. Fuhh! sakit wooo.. Masa tu aku tension sangat. Walaupun ditetapkan 3 kredit jer, tapi FYP tu lecturer suruh buat itu ini - dah macam 6 credit hour. Pastu nak cope dengan thesis lagi. HUh!. Memang stress.. 

Pastu skrang aku dah tak tahu mana perginya thesis Diploma tu. Dah lama hilang.. Sebab dah lama sangat dah masa berlalu. hehe.

So yang masih ada dalam simpanan sekarang ialah Thesis Degree dan Master jer. Itupun aku rasa lepas ni aku nak let go jugak. Sebab confirm aku dah tak baca dah semua tu. Aku nak simpan tesis PHD jer.Sebab itu yang paling susah. sobbs. soobs. 

Lepas ni dah habis dah zaman buat thesis.. Yeayyyy!! =)) 

(Thank you sebab sudi baca sampai habis =)) ).

Tak Ada Logo HALAL, Tak Boleh Makan!

in , , by dorsett pink, October 10, 2019
Kakak FL sekarang dah tahu dan kenal Logo HALAL. Dia tahu apa maksud Logo Halal tu pada makanan dan minuman. Dia tahu maksud 'Ha-Lam-Alif-Lam'. 


So, kalau beli apa-apa makanan atau minuman, dia akan tengok dulu ada Logo Halal atau tak. Kalau tak ada Logo Halal, dia akan letak balik, dan ambil yang lain. Pernah terjadi, dia main ambik jer makanan atau air yang dia nak, pastu terus pergi kaunter dan mommy bayarkan, mommy pun tak check jugak makanan tu ada Logo Halal ke tak sebab nak cepat. Masa masuk dalam kereta, baru dia belek-belek, pastu cari Logo Halal tak ada.. eerrmm...

Bila tak ada Logo Halal nak buat macam mana? Kalau nak ajar anak bab makan-minum ni kena strict. Kalau tak strict, nanti takut diaorang confius - kejap boleh, kejap tak boleh. So, bila tak ada Logo Halal kat makanan tu, mommy cakap "Tak yah lah makan, kita bagi je kat cat atau dog makan makanan ni, sebab makanan ni tak ada Halal. Nanti kita belikan yang lain k, yang ada Halal Logo". 

OK, dia accept. Sebab dia tahu kalau tak de Logo Halal, maksudnya tak boleh makan langsung. Walaupun ada benda (yang mommy tahu) benda tu halal dan boleh dimakan (cuma tak ada logo Halal), aku tetap cakap kat dia yang benda tu tak boleh dimakan, sebab tak de Halal. Sebab aku tak nak dia confius, sebab dia masih kecik lagi. Banyak benda lagi yang dia belum faham. 

Kalau pergi makan kat luar pun sama. Aku dan en.suami ajar dia untuk cari Logo Halal dulu kat kedai tu, then baru boleh makan kat situ. Kalau tak ada Logo Halal (walaupun kedai tu Halal untuk dimakan), kitaorang akan pergi cari kedai lain. So, sekarang dia dah tahu, kalau makan kat luar, wajib cari Logo Halal dulu baru boleh decide nak makan kedai tu atau tak. Walaupun ada kedai makan halal tapi cuma tak ada logo Halal, kitaorang tetap cakap - tak boleh makan situ. 

Ni halal - home made =))


Kakak FL pernah tanya :

1. Kenapa kita tak boleh makan pig (babi)?. 
Aku jawab sebab Allah tak bagi makan. 

2. Kenapa Allah tak bagi makan?
Sebab pig makan benda kotor, pig makan sampah, makan binatang yang dah mati. Kalau dia (babi) makan benda kotor, maksudnya dia tu kotor, dalam badan dia penuh dengan sampah. Kita (manusia) bersih, kita tak makan sampah, kita makan makanan yang bersih jer.

3. Macam mana Mommy tahu yang Allah tak bagi kita makan pig?
'Mommy baca al-Quran'. Dalam al-Quran ada tulis kata - 'Allah tak bagi kita makan pig' (Sebenarnya, jawapan ni adalah untuk didik dia yang kita (Orang Islam) kena selalu baca al-Quran dan rujuk al-Quran).  


Kakak FL tahu ke pig tu haram dan tak halal?? Ye, dia tahu, boleh baca kat sini - 'AJAR ANAK TENTANG KEDAI MAKAN TAK HALAL'

Dinner at The Cosy Place, Wangsa Maju

in , , by dorsett pink, October 09, 2019
Weekend baru-baru ni, aku dan my big family dinner kat The Cosy Place Restaurant kat Wangsa Maju. First time kitaorang datang situ. Restoren dia nampak ekslusif dan cosy. Tak ramai orang, so sangatlah privacy. Makanan yang ada kat restoren ni mix. Ada western, ada masakan melayu (macam tomyam , nasi goreng), ada snack. 

My First Customer Ever

in , by dorsett pink, October 07, 2019
Aku baru berjinak-jinak nak berniaga. Dan aku happy sangat bilamana aku dapat first customer pada 25 September 2019 hari tu. Cstomer tu dari Kelantan. Sekali order, terus beli 3 set =)).. Thank you so much Puan Shikin =))

 

Apa yang aku tengah buat sekarang ialah - aku nak bantu para ibu bapa untuk buat anak-anak diaorang happy. So, untuk buat anak-anak happy, parents kena sediakan banyak aktiviti untuk anak-anak. Bila ada banyak aktiviti, budak-budak tak akan bosan dan sekaligus dapat mengelakkan diaorang dari tengok / main handphone. 

Aku nak bantu parents untuk bagi anak-anak diaorang aktiviti yang bermanfaat dan berfaedah dan ada masa yang sama dapat merangsang perkembangan otak anak-anak dan develop diaorang punya motor-skill , in order untuk membentuk anak-anak menjadi seorang yang bijak dan pandai =))..

So, inilah yang aku tawarkan ↓:

Ini yang Puan Shikin dari Kelantan tu beli.  Colouring Kit. Dalam 1 set colouring kit ni ada 3 aktiviti. Ada lagi set-set lain. 


 Aktiviti ni dapat develop kreativiti anak-anak dan dapat develop motor skill anak-anak. Ia juga dapat kuatkan muscle kat jari-jari anak-anak supaya dapat pegang pensil dengan baik. 


 Ini watercolour activity book. Dalam 1 buku ni ada 6 pages untuk diwarna. Setiap page, ada diberikan water-colour. 

Ini aktiviti mewarna menggunakan magic pen. Magic pen diberikan sekali. Bila dah siap mewarna, parents boleh lekatkan kertas ni pada frame atau boleh tampal kat fridge atau kat dinding. Anak-anak pasti suka sebab hasil seni mereka dihargai oleh mama dan papa diaorang =))..

So far, aku menerima feedback yang positif dari customer. Sebab anak-anak diaorang boleh duduk diam bila ada aktiviti macam ni.

So mommies and daddies, kalau berminat untuk dapatkan kit mewarna ni untuk anak-anak tercinta korang, boleh PM saya kat Instagram @dorsett.pink atau emel dorsett.pink14@gmail.com.

Tok Aji Serban - Kuih Tradisi Terengganu

in , , , by dorsett pink, October 03, 2019
Kuih Tok Aji Serban - Kuih Tradisi Terengganu | Tok Aji Serban ni nama kuih tau.. Kuih ni merupakan kuih tradisional di Negeri Terengganu. Memang Famous Amos. Memang pelik, tapi itulah hakikatnya. Aku pun tak tahu kenapa nama ni dipetik sebagai nama kuih kat Negeri Terengganu ni. 

Masa aku kecik-kecik dulu, dalam umur budak tadika atau baru masuk sekolah rendah, selalu pergi Pasar Payang dengan Umie aku, pastu Umie selalu cakap 'nok beli tok aji serbang' . Aku pun tanyalah kat Umie, kenapa nama dia 'Tok Aji Serbang?'. Umie jawab - 'sebab dia pakai serbang (kopiah)'. hahhahaha.. Aku pun mengiakan ajer lah jawapan tu. Aku ingatkan dulu Umie aku bergurau jer yang nama kuih tu 'Tok Aji Serban'.. Tapi rupa-rupanya bila aku duk selalu dengar orang lain pun cakap nama kuih tu macam tu, rupanya betul nama kuih tu memang 'Tok Aji Serban'. hahahha. Pelik sungguh

Ini Kuih Tok Aji Serban. Yang ada pulut kat bawah tu. So serbannya (kopiah), ialah sekaya yang berada di atas pulut tu.. 



Ini pulak Kuih Sekaya.


Dua-dua kuih ni favourite aku. Tapi kuih ni manis, so tak boleh makan banyak sangat. Dua-dua kuih ni senang nak jumpa kat Terengganu. Pergi je mana-mana pasar kat Terengganu ni, pasti jumpa. Ataupun pergi ke Bazar Kuih Tradisional Terengganu yang sangat famous tu - "BAZAR KUIH TRADISIONAL TERENGGANU YANG SANGAT FAMOUS".

Sabtu baru-baru ni, aku join Women Entrepreneur Empowerment Conference (WEE 2019) yang diadakan di MaGIC, Putrajaya. WEE 2019 ni dianjurkan oleh Khadijah Learning Centre (KLC). KLC ni ialah sekolah rendah agama swasta khas untuk pelajar perempuan sahaja. So tak ada lelaki langsung dalam KLC tu. Sekolah tu kat Wangsa Melawati, Hulu Klang. Korang boleh google jer. 

Aku tahu pasal WEE ni sebab en.suami yang share. Biasanya kalau program-program keusahawanan ni memang dia tahu jer. So, dia share dengan aku dengan harapan aku join. Yeeaaahh! Memang aku nak sangat join program keusahawanan macam ni. Nak tambahkan ilmu dan untuk prepare diri aku melangkah ke dunia baru. 

Almaklumlah, aku kan dah habis belajar. So, lepas ni aku kena cari kerja la... Aku nak buat business. Aku nak sangat involve dalam dunia business, just like my husband. Aku suka sangat business.. Cuma selama ni, aku tak ada masa nak buat itu-ini.. Komitmen belajar pun dah menuntut 1001 pengorbanan, dengan nak uruskan anak-anak lagi. Memang tak terkejar  pun kalau nak meniaga. 

So, ni bila semuanya dah habis, bolehlah aku start buat business slow-slow.. Yang penting, kena pergi kelas keusahawanan dulu untuk cari ilmu, sebab aku ni zero knowledge tentang entrepreneurship. 



En.suami yang daftarkan aku kat WEE 2019 ni. So, hari Sabtu hari tu aku pergi sorang-sorang. Anak-anak, en.suami jaga kat rumah. Nasib baik dia free, boleh lah tolong uruskan anak-anak. Biasanya hari Sabtu dia gi main golf. Tapi Sabtu hari tu terpaksa ambik cuti golf. hehe.. 

Yang datang WEE hari tu semuanya wanita. Dan speaker-speaker pun semuanya wanita. Semua hebat-hebat. Founder business. Salah sorang yang bagi talk ialah Puan Ira Abdullah - Co-founder D'Yana. 

Hebatlah diaorang ni. Cerita-cerita diaorang memang memberi inspirasi kat aku untuk join dunia entrepreneur ni. 

 Sharing tentang PASSION. Kalau nak buat business, mesti kena ada passion. Sebab cabaran dalam business ni bukan calang-calang. 


Sharing tentang sistem. Bila dah ada business, ada brand, ada company, perlu ada SISTEM. Kalau tak ada sistem, jawabnya business tu menanti untuk lingkup lah. hehe.. Sistem dalam HR, sistem dalam operation process, sistem dalam financial dan macam-macam lagi.  




Ok, aku share sikit apa yang aku dapat belajar dari WEE 2019 hari tu. 

1. Kalau nak buat business atau nak pilih apa-apa kerjaya, mesti ada PASSION. Kalau tak ada passion, susahlah business tu nak berjaya. Sebabnya bila ada passion apa jua masalah dan cabaran yang datang, InshaAllah kita mampu bertahan dan terus bertahan walaupun kita terpaksa menanggung derita hati yang terseksa.. Waahh! giteww..  Sebabnya buat business ni, menuntut jiwa yang kental. Perlu ada preseverance dan persistence untuk menaikkan business tu. 


2. So, dalam memilih business apa yang kita nak buat, kita kena tanya diri sendiri, apa passion kita? Kalau kita passionate dalam bab masak-memasak, so bolehlah involve dalam business F&B. Kalau kita passionate dalam bab jahit-menjahit, boleh involve dalam business fashion. Kalau passionate dengan make-up, so bolehlah berniaga jual kosmestic. Jangan buat business sebab main ikut-ikut orang. Tengok orang tu berjaya buat business tudung, kita pun turut sama nak jual tudung. Tengok orang tu berjaya buat cookies, kita pun nak buat. Tak boleh macam tu. 

Hanya kita jer yang tahu apa yang kita suka dan passionate. Suka tak bermaksud passionate. Ada yang hanya sekadar suka-suka jer. Macam aku suka travel, tapi aku tak ada passion dalam travel. So, kalau na suruh aku involve dalam business travel, memang TAK lah buat masa ni. 


3. Setiap apa yang kita buat dalam hidup ni, perlu ada PURPOSE / TUJUAN. Apa purpose kita untuk jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Jangan kita bekerja atau buat business tu sekadar hanya ikut hati atau sekadar nak dapatkan duit (gaji) semata-mata, kerana kelak kita juga yang akan jemu dan bosan kerana buat sesuatu tu tanpa arah tujuan. 


TIPS To Start-Up A Business :

1. Pay attention on small things. The leader / founder must be DETAIL. 

2. Do not rush. Take baby step.

3. FOCUS - Say NO to other 1001 good ideas. Be focus on what you are ding and believe in yourself that you can do it!

4. MINDFULNESS. Do not take things for granted.

5. PURPOSE. Make sure your business or your company has a clear purpose.
© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE