Friday, October 18, 2019

TIPS Mengelakkan Anak-Anak 'Speech Delay'

Sekarang ni kan kalau kita lihat, ramai betul anak-anak kecil yang 'speech-delay' - lambat bercakap. Kalau nak compare dengan zaman dulu, angkanya jauh lebih tinggi. Jadinya, profesion sebagai speech therapist sekarang is on demand. 

Hari tu aku terdengar perkongsian di IKIM.fm berkenaan dengan isu ni , sebab masalah 'speech-delay' ni adalah masalah 'parenting'. 


Antara punca yang menyebabkan anak-anak lambat bercakap ialah kerana selalu terdedah pada GAJET. Bila selalu terdedah pada gajet, anak-anak ni akan 'bercakap' dengan gajet, bukan dengan mommy atau daddy atau dengan sesiapa sahaja. Bila tak ada practice untuk bercakap, ia menyebabkan otot-otot dalam mulut atau rahang lambat berkembang , so sebab tu anak-anak ini ada masalah 'specch-delay'.

So, TIPS Mengelakkan Anak-Anak 'Speech Delay' adalah dengan mengelakkan memberi anak-anak gajet. Boleh beri, bukannya totally tak boleh beri, tapi parents kena CONTROL dan jangan beri pada kadar yang lama. Perlu ada LIMITATION. 

Dan selalulah parents bercakap dengan anak-anak kecil ini walaupun diaorang masih belum boleh bercakap. Jangan guna bahasa 'pelat', gunakan bahasa standard yang kita gunakan setiap hari. Kalau kita bercakap pelat dengan anak-anak, diaorang akan ikut cakap pelat jugak. 

Maksudnya, perlu ada komunikasi antara parents dan anak-anak. Jangan biarkan anak-anak tu bermain sorang-sorang especially bermain dengan gajet. Masalah lain pulak timbul nanti - rosak mata. 

So, salah satu cara untuk merangsang komunikasi dengan anak-anak kecil ini ialah dengan selalu bercakap dengan diaorang, dan jadikan 'percakapan/komunikasi' tu menarik. 


Leeya umur 6 bulan dah boleh bercakap 1 perkataan. Sekarang, umur dia 1 tahun 7 bulan, dah boleh cakap dalam 7-10 words, tapi 1-2 sukukata jer lah, antaranya ialah 'TAK', 'ABAH', 'TA-TAK' (KAKAK), 'TE-TE' (TURTLE), 'BAT' , 'DOG', 'CAT', 'PAPA'. Perkembangan dia sama macam Kakak FL dulu - cepat bercakap, tapi lambat berjalan. hehe.. Takpe, perkembangan setiap anak berbeza.

Menurut pakar kanak-kanak - Kelly L. Komisaruk, M-Ed, CCC/SLP :

"Toddlers can say about 20 words by 18 months and 50 or more words by the time they turn 2. By age 2, kids are starting to combine two words to make simple sentences, such as "baby crying" or "Daddy big"."


So, maksudnya, mommies dan daddies kena observe pertuturan anak-anak start dari umur diaorang 2 tahun. Sepatutnya by age 2, kanak-kanak 2 tahun dah boleh bercakap dalam 1 or 2 sukukata. kalau langsung tak boleh bercakap, advisable pergilah bawa jumpa Doktor Pakar Kanak-Kanak, nanti kalau ada masalah, Paed akan refer kanak-kanak tersebut ke Speech Therapist. 

Untuk bacaan lanjut tentang speech delay, boleh rujuk sini : https://kidshealth.org/en/parents/not-talk.html

Antara aktiviti yang sesuai, yang boleh meningkatkan communication skill anak-anak ialah dengan aktiviti 'puppet' . 
Puppet ni anak-anal boleh main-main 'drama' dengan mommy dan daddy atau adik-beradik yang lain. Diaorang boleh main 'cakap-cakap' with each other. So, dengan aktiviti ni, secara tak langsung dapat melatih anak-anak kecil untuk bercakap dan bersosial.  


DIY - buat puppet sendiri. Selain untuk melayih anak-anak untuk bercakap, aktiviti ini jugak boleh mengelakkan anak-anak dari bermain gajet. Dan ia juga dapat meningkatkan motor skill anak-anak , sebab perlu koyakkan sticker dan lekatkan satu-sama lain. Selain juga dapat merangsang daya kreativiti dan imaginasi anak-anak untuk berkarya. Secara tak langsung, otak kanan anak-anak akan berkembang dengan bermain 'puppet' ni. So,1 aktiviti ni merangkumi banyak perkara. 

Bermain untuk belajar - anak-anak belajar dengan cara bermain.  Kalau berminat dengan projek puppet ni, boleh hubungi saya - dorsettpink.14@gmail.com . Atau follow kat instagram - @luvkido19, PM jer kat instagram. InshaAllah akan direply. 

5 comments:

  1. Mungkin ada sesetengah ibu bapa yang rimas bila anaknya suka bercakap dan suka bertanya lebih-lebih lagi bertanya perkara yang sama..tapi Kak PC suda dengar kanak-kanak bercakap dan suaka nak berkomunikasi dengan orang dewasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. ada parents yan rimas bila anak-anak banyak bertanya sebab parents nowdays terlalu busy dengan kerja, tapi sebenarnya macam tu lah fitrah anak-anak develop diaorang punya understanding secara tak langsung diaorang belajar untuk improve communication skill dan, cognitive skill skali..

      Delete
  2. ammi sangat setuju part kurangkan gadget for toddlers. gadget ni bukan aje sebabkan speech delay, kurangkan motor skill anak2, observation, alert skill semua tu takde.

    ReplyDelete
    Replies
    1. gajet tu bagus, n=bukan totally tak bagus tapi penggunaan nya kena hadkan, sebab mendatangkan lebih banyak keburukan dari kebaikan kalau tak control guna gajet. Bila dah jadi ketagih susah

      Delete
  3. Gadget memang membawa byk kesan negatif.. kena kurangkan dan pantau penggunaanya pada anak2 kita.. parents kena rajin berbual dan berkomunikasi dgn anak..

    ReplyDelete