8 TIPS TRAVEL DENGAN ANAK KECIL KE HO CHI MINH, VIETNAM.
Travel dengan anak memag seronok. Tapi kalau tak prepare, percutian tu akan menjadi mimpi ngeri atau dah serik dah nak bawak anak-anak kecik pergi travel mana-mana, especially kalau travel yang kena guna kapal terbang. So, better get prepared sebelum memulakan perjalanan.
Dan setiap destinasi yang dituju tak sama, tak sama kerana banyak perbezaan. Perbezaan dari segi bentuk muka bumi, dari segi populasi, dari segi budaya, malah dari segi persekitaran tempat tu sendiri. Bercuti ke Osaka, tak sama dengan pergi bercuti ke Beijing, Pergi bercuti ke London tak sama dengan bercuti ke New Zealand. Malah bercuti di Singapore pun sama sekali tak sama dengan bercuti ke Vietnam.
So, better get prepared dan buat research dulu tentang destinasi yang nak dituju tu. Setiap tempat ada keunikan tersendiri. Hence, di sini aku share tentang TIPS bercuti ke Ho Chi Minh, Vietnam dengan bawa anak kecik yang masih menyusu badan.
1. Tak Perlu Bawa Stroller, Wajib Bawa Carrier.
Kebanyakan tempat di Ho Chi Minh City (HCMC) ni tak sesuai guna stroller. Contohnya Trip ke Sungai Mekong, memang naik bot je all the wat, trip ke Chu Chi Tunnel kat dalam hutan, tanah berlecak memang tak sesuai guna stroller. Kat dalam Pasar Ben Thant laluannya kecik sangat,susah nak tolah stroller. So, better guna carrier pergi mana-mana. Stroller hanya guna di Airport sahaja sebab nak berjalan jauh especially kalau naik flight Air Asia (KLIA2). Carrier memang wajib bawak! Kalau nak dukung anak guna bare hand nanti lenguh pulak tangan.
2. Bawa Diapers Secukupnya.
Sebab kat HCMC ni susah nak jumpa kedai yang jual diapers, unless kalau pergi ke shopping mall. Jadi kena bawa diapers secukupnya. Kalau tak cukup, jenuh nak mencari 😁😁.
3. Bawa Nursing Cover Untuk Nursing.
Kat HCMC ni tak ada nursing room, so kalau nak breastfeeding, kena guna nursing cover dan kita bebas nak nursing di mana sahaja.
4. Bawa Wet Tissue Banyak-Banyak.
Kat HCMC ni tak ada 'baby room', kalau ada pun memang susah sangat nak jumpa. So, kalau nak tukar diapers, kena tukar di toilet biasa. Kebanyakan public toilet ada paip air, tapi ada juga yang tak ada paip air. Tapi toilet kat HCMC ni berbau sikit. So, better standby wet tissue banyak-banyak dan botol air kosong.
5. Bawa Baju Anak-Anak Secukupnya.
Kat HCMC ni bukan tempat shopping untuk pakaian anak-anak, hanya tempat shopping untuk golongan wanita sahaja. hehe.Susah nak jumpa baju anak-anak dijual disini, kalau ada pun, kualiti dia tak memuaskan dan harga pun mahal juga (tak setimpal dengan kualiti). So, better bawa baju anak-anak secukupnya atau bawak lebih lagi bagus. Kat sana panas, so anak-anak akan cepat rasa melekit. Demi memastikan keselesaan mereka sentiasa tip-top (kalau tak, nanti meragam pula), better tukar baju supaya diaorang rasa selesa sentiasa.
6. Bawa baju persalinan masa Trip Ke Sungai Mekong dan Chu-Chi Tunnel.
Trip-trip ni jauh dari Bandar HCMC. Ambik masa sehari-suntuk untuk pulang semula ke hotel. Jadi, better bawa baju persalinan secukupnya untuk anak-anak sebab nanti takut tertumpah air ker, terkena lecak ke, basah ke atau sebagainya.
7. Book Hotel Yang Sangat Dekat Dengan 'Shopping Area'.
Kalau datang ke HCMC tak shopping tak sah kan. Tudung-tudung kat sana murah giler. Boleh dapat serendah RM 15 sehelai (Tudung Naelofar, Duck, Ariani etc..). So, better menginap di hotel yang dekat dengan kawasan shopping, contohnya macam di kawasan Malaysia Street, sebab nanti senang nak balik hotel untuk tukar diapers atau breastfeeding anak-anak.
8. Sediakan Anak-Anak Dengan Aktiviti.
Bila travel dengan anak-anak ni, kita kena sediakan aktiviti untuk diaorang. Kalau tak , diaorang akan BOSAN. Bila diaorang BOSAN, diaorang akan meragam. Bila diaorang meragam, mommy dan daddy lah yang akan stress nanti. Kita pergi travel nak tenangkan fikiran dan nak enjoy, bukannya nak kusutkan fikiran dengan karenah anak-anak.
So, sebelum travel, packing sekali barang-barang yang anak-anak boleh bermain dan boleh buat sepanjang perjalanan. Contoh macam bawa sekali mainan kesukaan diaorang, bawa buku-buku untuk diaorang baca, kalau anak-anak suka baca komik, bawa sekali komik, boleh bawa sekali COLOURING KIT luvKiddo, so diaorang boleh bermain dengan aktiviti art & craft. Apabila masa diaorang dipenuhi dengan aktiviti, diaorang tak akan rasa bosan dan secara tak langsung TAK MERAGAM😊☺️.
Totebag colouring activity. Boleh buat aktiviti ni di bilik hotel untuk mengelakkan kebosanan dan mengelakkan diaorang dari tengok handphone.
Boleh buat aktiviti kat meja makan sementara menunggu makanan sampai. So, boleh mengelakkan BOSAN dan sekaligus mengelakkan diaorang dari bermain handphone dan gajet.
Seboleh mungkin, bila travel dengan anak-anak, elakkan diaorang dari TANTRUMS kerana ia akan menganggu emosi ibu ayah dan mengganggu mood parents untuk bercuti dengan selesa dan gembira. Biasanya, anak-anak ni tantrums sebab diaorang BOSAN / LETIH dan TAK SELESA. So, occupied masa diaorang dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan yang menyeronokkan supaya masa diaorang akan terisi =)).. Colouring Kit luvKiddo ni sangat sesuai untuk dibawa bersama bila travel dengan anak-anak. For more info, u can leave a message at whats app number - 017-331 7100.
P/S : Keselesaan anak-anak adalah KUNCI UTAMA yang perlu dijaga ketika travel ke mana-mana😊😊☺️.
Tips ni dibawakan oleh luvKiddo. Check out facebook page - https://www.facebook.com/luvKido
Add your comment