Arak Ular - Ubat Kuat Untuk Lelaki

in , , by dorsett pink, November 15, 2019
Masa aku ke Ho Chi Minh hari tu, aku ada pergi Trip ke Sungai Mekong. Trip Sungai Mekong ni dalam 3 jam jugak lah, banyak pit-stop kat kampung-kampung yang terletak di sepanjang Sungai Mekong.So kita boleh tengok apa penduduk Sungai Mekong buat untuk sara kehidupan diaorang. Overall, Trip tu sangat best dan excited. Nanti aku cerita detail. 

Masa Trip Sungai Mekong, ada 1 pit-stop kat Kilang Buat Gula-Gula. Gula-gula yang dibuat disitu dijuallah pada pelancong yang datang. 

Selain dari gula-gula, ada juga cendeamata dan barang-barang lain yang turut dijual.

Dan salah satunya ialah - Arak Ular.



Inilah rupa Arak Ular tu. Orang Islam jangan beli tau - Haram diminum sebab Arak..

Arak ni diletak / diawet sekali dengan ular tedung.

Arak ni hanya khas untuk Kaum Lelaki sahaja. Fungsinya untuk menguatkan tenaga batin dan seksual kaum lelaki... Errrmmm... entahlah betul ke tidak. 

Bagi aku, sesiapa yang boleh minum arak ni memang hati kebal la kot - langsung tak kisah dan tak geli dengan ular tu. hehe.. 

Aku tengok dekat Pasar Ben Thanh pun ada jugak dijual benda ni. Agaknya, arak ni memnag popular kot di kalangan penduduk Vietnam.

SHARE 9 comments

Add your comment

  1. Terkejut LZ ingat dalam tu akar kayu tapi dinamakan arak ular, sekali tengok betul2 ular tedung..
    Ganaz betul arak ular ni..

    ReplyDelete
  2. Mereka percaya kan.... kita dalam air ada lalat pun xlalu nk minum ni kan pulak ular dalamnya

    ReplyDelete
  3. Ya Allah , baru beberapa hari lepas anak ular masuk dalam rumah . Terbayang-bayang lagi ular setiap kali nak tidur . Saya tak boleh betul tengok gambar-gambar ular nie , rasa takut dan geli yang extreme sangat . Tak kisah la ular kecik ke besar , memang takut .

    ReplyDelete
  4. berani mrka campur arak n ular! sedar2 nyawa hilang akibat bisa ular tu. padan muka!
    abam kie follow sini, ok?

    ReplyDelete
  5. arrrrrr nyesal tgk gambar...meremangggggg....-fobia ular-

    ReplyDelete
  6. Tengok ada ularnya tu pun dah ngeri.

    ReplyDelete
  7. Uishh.ular tu. Jiwa kental betul orang yang boleh minum. yang muslim jangan cuba cuba minum.

    ReplyDelete

  8. betul la. kat vietnam banyak benda ni. ingatkan apa.

    ReplyDelete
  9. waa...gelinya..soo exotic..fear is not a factor..

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE