Khamis hari tu (14 November 2019), berlangsung Majlis - 'PhD Hooding Ceremony' di fakulti aku, di UPM, untuk meraikan pelajar-pelajar PhD yang dah berjaya graduat dan juga untuk meraikan supervisor yang dah berjaya mendidik dan guide student diaorang sehingga berjaya graduate.
Hooding Ceremony ni khas untuk pelajar PhD jer, so pelajar Master tak ada. Masa aku buat Master (kat UPM jugak) tak merasa 'hooding' ni. Menurut Dekan, sebabnya perjalanan nak dapatkan PhD tu sangat-sangat 'mencabar' dan sangat 'hebat', bukan semua orang boleh buat. Kalau compare dengan buat Master, tak terbanding rasa 'penat-lelah dan 'jerit-perit' nak siapkan research PhD ni..
Hooding Ceremony ni dianjurkan oleh pihak Fakulti. So ada Fakulti yang tak buat 'Hooding Ceremony' ni, dan bukan semua universiti yang buat ceremony ni. Kebanyakan universiti di luar negara ada buat 'hooding ceremony' tapi di Malaysia belum dipraktikkan lagi.
Aku rasa bertuah sebabFakulti aku ada buat Majlis ni. Alaaaaa,, majlis santai-santai jer, dan yang hadir pun tak ramai.. Tapi, it's good untuk kenangan abadi sekali seumur hidup. Lepas ni confirm dah merasa dah pengalaman indah macam ni sebab confirm aku tak akan ambik 2nd PhD. hehe.. Dan aku guarantee orang lain pun tak kan buat PhD kali kedua. hehe..
Upacara pemakaian 'Hooding' dan 'Bonnet' disempurnakan oleh Supervisor
Lepas tu kena bagi ucapan ringkas.. Masa bagi ucapan ni ramai kawan-kawan yang bagi ucapan menangis. Nasib baik aku tak menangis sebab dah jenuh menangis masa Rehearsal Konvo. hehe.. Aku paham kenapa diaorang menangis, sebab aku pun rasa benda yang sama. Bukan senang nak sampai ke tahap sekarang. Jenuh menangis bucu katil, bawah meja dan macam-macam lagi nak siapkan 1 tesis PhD tu...
Selama ni duk buat Degree, buat Master, tak pernah rasa 'sakit' macam tu, tapi bila buat PHd, Aduuusss sakit dia tu menusuk ke kalbu, tak dapat nak bayangkan kesakitan tu. Tapi nak tak nak, sebab dah mulakan- kena lah habiskan jugak. Kalau tak membazir pulak duit beribu-ribu kalau tak habiskan. Tambahan pulak, aku dapat sponsor dari Kerajaan, so nanti membazir pulak duit Rakyat malaysia aku habiskan, last-last tak dapat Phd..
So, sakit macam mana pun, (dah banyak kali give-up), tetap jugak harung segala cabaran tu.
Dan cabaran yang paling sukar ialah bila mana kena korbankan waktu untuk bagi perhatian kat anak-anak. Especially bila anak-anak sakit. Bila anak sakit, tesis aku pun turut sama 'sakit' sebab tak ada progress berhari-hari. Bila dah tinggalkan tesis sehari, nak catch-up balik tu YaAllah! Susahnya!...
Sepanjang aku buat PhD ni,aku dapat 2 orang anak. hehe.. Dan ketika itulah aku bertarung dengan 'severe morning sickness' dikala perhatian pada tesis pun kena bagi jugak. huhu.. Satu lagi, masa dalam pantang.. Korang tahu-tahu je lah, masa dalam pantang apa benda pun tak boleh buat, inikan pulak nak buat tesis. huhu.. Tuhan je yang tahu 'kesakitan' tu..
Ni kawan-kawan yang turut sma graduat di tahun ni, semua sekali ada 14 orang dari fakulti aku yang konvo tahun ni. Dan keseluruhan graduan Phd dari UPM tahun ni ialah 600 ++ orang.. Ramai tu.
Ini kawan baik aku sejak dari Form 1 sampai dah beranak-pinak sekarang - AB. Dia datang masa hooding ceremony tu. Thank you so much. Dia sentiasa ada dengan aku. Dan dialah yang selalu duk dengar segala masalah dan cerita-cerita tak best (dan best jugk.. hehe) sepanjang aku buat phd ni.. huhu.. Banyak cerita tak best, tapi yang kita cerita kat blog ni yang best-best jer lah.. Keep the positive vibes on top of everything... Yang tak best tu kita discharge jer..
Dulu kitaorang register belajar sama-sama, tapi takde rezeki nak konvo sama-sama tahun ni. InshaAllah AB akan konvo tahun depan. Dia sekarang tengah sarat preggy 7 months, anak ke-4. InshaAllah Januari akan datang..
xsume org mampu merasa pengalaman ni..
ReplyDeletesgt2 bermakna.. hasil penat lelah bkn sng nk dpt PHD kan..
tahniah! =)
Terima kasih Ezy kerna sudi baca dan thanks untuk ucapan tu
Deletewahhh bestnya, kenangan abadi tuh, ramai betul penerima phd upm,
ReplyDeleteramai yang menangis mesti dek mengenangkan susah payahnya nak menghabiskan phd nih, pengorbanan yang perlu di lakukan hingga akhirnya berjaya
terima kasih hidana. betul ramai yang menangis sebab tak sangka akhirnya dapat juga grad . huhu
Deletecongrats my dear. all the best to u..
ReplyDeleteterima kasih kak yan
DeleteTahniah. Seronok celebrate berjaya habis phd.
ReplyDeleteterima kasih mrs pip. Terima kasih seab sudi baca juga.
Deletewow.. Alhamdulillah.. sy tumpang seronok. semoga terus berjaya dan menjadi inspirasi
ReplyDeleteAlhamdulillah, tahniah...perjalanan penuh suka-duka, akhirnya tercapai jg..seronok tengok ceremony ni..
ReplyDeletewhen the things get tough, the tough gets going..
tahniah :)
ReplyDeletemember aida br abis masters, accounting rasanya.
ada hooding ceremony ni.
Tahniah Dr!!
ReplyDeleteAlhamdulillah... Tahniah Dr. Akhirnya kesakitan tu berbaloikan.
ReplyDeletetahniah..fuh..kita cukupla sampai degree pun dh sesak..ehhee..
ReplyDeleteTahniah kak.. Mmg bukan biasher2 yg boleh buat PhD sampai hbis ni kak
ReplyDeleteSo far sekarang nih niat saya nak sambung sampai master je dulu sebab masih tengah degree. Phd? Insyaallah tapi tak ada lagi dalam perancangan 10 tahun terdekat ni hehehhe. Btw, saya pun student UPM hihihi
ReplyDeletetahniah sis... x dpt nak imagine perjalanan tu.. tp sis dah menikmati kemanisan selepas kepahitan tu.. <3 tp nak suh anak sedara baca jgk entry ni..sebab dia pun tgh buat phd kat usm tu.. :)
ReplyDeleteALHAMDULILLAH, TAHNIAH dr dP..
ReplyDeletewah tahniah Dr . doakan kami melangkah berjaya mcm dp.
ReplyDeleteAlhamdulillah..tahniah Dr! Happy for you Dr :)
ReplyDeletetahniah akhirnya habis juga..phD lagi tu..sisyat tak tahu la boleh sampai situ ke tak.. degree pun dah senak peruut..huhu
ReplyDeleteTahniah Dr. Alhamdulillah.
ReplyDeleteWanita sekarang memang hebat2 ye.
untung fakulti ada buat majlis tentu best..
ReplyDelete