Travelog Ho Chi Minh 2019 : Trip Sungai Mekong

in , , by dorsett pink, November 23, 2019
Travel Ho Chi Minh 2019 : Trip Sungai Mekong |Sungai Mekong adalah sungai terpanjang di Asia Tenggara dan merupakan Sungai ke-12 terpanjang di dunia. Sungai Mekong ni mengalir dari Utara Dataran Sungai Tibet, di China dan mengalir melalui Yunnan , merentasi Negara China, Myanmar, Laos, Kemboja, Thailand,  dan Vietnam. 

So, kalau dah sampai di Vietnam , wajiblah pergi ke trip Sungai Mekong ni. Aku dah pernah ke Sungai mekong, tapi di Kemboja. Sungai Mekong di Vietnam belum pernah pergi lagi. So, kiranya hari tu adalah first trip aku ke Sungai Mekong di Vietnam. 

Trip tu ambil masa 2 jam setengah perjalanan naik van dari hotel (Bandar Ho Chi Minh), sampai ke jeti Sungai Mekong. Dan trip naik bot merentasi Sungai Mekong ambik masa selama 3 jam - termasuk dengan makan tengahari dan solat. 




Teruja jugaklah dapat datang sana.

Naik je bot tu, setiap orang diberikan 'welcome drink' iaitu air kelapa. 



Leeya dan kanak-kanak lain excited giler sebab first time dapat naik bot. Walaupun Kakak FL dah banyak kali naik bot, tapi dia tetap teruja jugak =))

Sepanjang trip ni, kitaorang dibawa ke kampung-kampung sepanjang Sungai Mekong untuk tengok aktiviti penduduk rakyat Vietnam yang duduk di sepanjang Sungai Mekong.

Pit-stop pertama kitaorang ialah Kilang Gula-Gula. Gula-gula yang dibuat disini guna kelapa fresh. Diaorang buat sendiri guna kaedah tradisional tanpa bantuan mesin. So, gula-gula tu ialah gula kelapa lah. Halal!







Pit-stop kedua adalah pergi ke kedai madu. Madu yang dijual kat situ ialah madu asli yang mana lebah-lebah tu diaorang bela dan ternak sendiri. Madu yang dijual tu ori . Harga dia 500,000 dong untuk 6 botol. Boleh bayar guna duit Ringgit Malaysia.







Lepas dah beli madu, kitaorang dibawa naik kereta kuda pulak. For sure lah kids rasa happy dan teruja kan.. =)) Tak perlu bayar apa-apa sebab semua bayaran dah dibereskan oleh Agent Travel. Cuma bagi 'TIPS' jer kat pakcik-pakcik tu. Kesian diaorang penat bawak kereta kuda tu. 

Lepas dah naik kereta kuda, kitaorang naik sampan pulak yang melalui di anak Sungai Mekong. Masa naik sampan ni teruja lah jugak sebab dapat melihat persekitaran Anak Sungai Mekong macam mana. Best dan teruja sebab first time aku naik sampan. hehe..


Tourist-tourst mat saleh pun seronok jugak. Memang ramai sangat tourist kat sepanjang Anak Sungai Mekong ni. Kiranya aktiviti ni adalah sumber ekonomi diaorang la dalam sektor pelancongan. Not bad kalau buat idea ni kat Anak Sungai Kelantan atau mana-mana anak sungai di Malaysia kan? =)). Sungai rejang ker.. hehe.. 





Cuma, sistem diaorang tak sempurna lagi. Masih ada banyak yang perlu diperbaiki. Salah satunya ialah sistem parking sampan-sampan ni.hehe. Dan nak mendarat pun, kitaorang terpaksa tunggu lama dalam sampan tu sebab 'jem', dahlah masa tu panas terik (12 pm). Jem sebab aliran trafik di anak sungai tu dipenuhi dengan sampan-sampan yang nak drop passenger, kalau ada sistem yang sistematik, for sure semuanya akan smooth - just my 2cents. 

Lepas dah naik sampan dan naik kereta kuda, kitaorang dibawa ke Restoren HALAL untuk makan tengahari dan solat dulu. P/S : Kena bawak telekung sendiri k..

Then, lepas tu pergi ke tempat makan buah-buahan tempatan.  Buah-buahan kat situ semuanya fresh dan ditanam di Vietnam sendiri sebab tanah di Vietnam sangat subur. 


Makan buah ni semua free jer, agent dah bayar semua. 

Sambil makan-makan tu , kita dihiburkan dengan penyanyi-penyanyi Vietnam ni yang pandai menyanyikan lagu-lagu tradisional Malaysia. Nampak snagat ramai giler Orang Malaysia datang sana kan? hehe.. 

*Randam photo - itu bukan teddy bear tapi the real puppy. hehe


Lepas dah habis semua tu (dalam 3 jam jugaklah), naik bot semula, pulang ke jeti dan naik van pulang ke hotel.. =)) Dalam van,semua pengsan.. What a wonderful day =))

SHARE 4 comments

Add your comment

  1. menarik... gula-gula kelapa tu mesti sedap kan sebab dibuat sedara tradisional, memang nampak muka mak dan anak happy betul dapat naik sampan tuh.... cantik topi yang di pakai kat sampan tuh... topi tu kene beli ke memang disediakan?

    cantik je tengok baju tradisional vietnam yang dipakai tuh

    ReplyDelete
  2. trip Sg Mekong ni mmg best..pengalaman menarik, yg part lebah tu mcm seriau sikit..akk tak pegang pun..hihi.

    ReplyDelete
  3. Seronoknya dapat ke sini. Perasan juga kalau orang travel ke sini mesti pergi semua tempat-tempat menarik ni. Nice place sangat.

    ReplyDelete
  4. waaa bestnya gula2 kelapa fresh.. anjing tu mcm doll la

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE