Leeya Dah Pandai Cakap ............

in , by dorsett pink, December 28, 2019
Leeya dah pandai cakap sikit-sikit - perkataan yang simple-simple.. Aku ada tulis kat entri ni - 'TIPS MENGELAKKAN ANAK-ANAK 'SPEECH DELAY'.


Dan recently, dia dah pandai cakap 'Mine' , 'Mine'. Nak cakap panjang-panjang 'It's Mine' tak pandi lagi sebab panjang sangat 😂. So, cuma boleh cakap 'mine', 'mine'. hehhe. Itupun dah cukup buat mommy happy sebab nampak perkembangan positif Leeya membesar depan mata sendii =))..

Dia cakap 'Mine', 'Mine' tu biasanya bila berebut barang dengan Kakak dia. Biasanya kalau berebut barang tu, Leeya guna itonasi suara tinggi la sebab nak tekankan yang barang tu dia punya.. 


Ataupun kalau dia tengah pegang something, bila kita tanya 'what's that?' , dia terus akan jawab - 'mine'. Tapi suara tu nada lembut jer..  hehe.. Cute jer tengok. 

Hopefully, lepas ni boleh lah pulak cakap 'Mommy, mommy' ... hehe..



*************************************


Nak shopping baju murah-murah kat Vietnam? Nak shopping tudung, baju kurung, telekung untuk hari raya nanti? Jom tempah pakej peancongan Ho Chi Minh dengan aku - Dorsett Pink . Pakej harga RM 829 seorang (untuk 2 pax per trip, kalau lagi ramai pelancong, lagi murah, boleh dapat serendah RM 529 seorang). Harga pakej ground termasuk hotel, transportation kat sana, hotel transfer dari/ke airport. Boleh whatsapp aku 017-331 7100 atau emel dorsett.pink14@gmail.com .

Beli Baju Kurung & Blouse Murah-Murah Di Ho Chi Minh

in , , by dorsett pink, December 26, 2019
Vietnam memang terkenal sebagai 'shopping heaven'. So, kalau nak beli baju raya, better pergi Vietnam sebab dapat beli baju atau kain mrah-murah kat sana. Even kat sana pun, boleh terus tempah  dan siap esokkan harinya. 

Tapi kalau nak beli baju yang 'ready-to-wear' pun ada jugak. Kalau nak  beli baju kurung dan blouse cantik-cantik dan murah-murah kat Ho Chi Minh, pergilah ke Kedai Linda

Kedai Linda ni terletak jauh sikit dari Bandar HCMC, pastu kedai dia kat kawasan perumahan. Even kedai tu sendiri tu ialah rumah kediaman. Rumah tu tak terletak kat betul-betul depan jalan besar, rumah tu kat dalam-dalam. Agak susah nak  cari kalau kita tak biasa dengan tempat tu.

Hari tu kitaorang pergi, tour guide yang bawakkan. Tapi sebelum tu, kitaorang dah bagitau awal-awal kat tour guide yang dalam itinerary kitaorang - nak pergi ke Kedai Linda. So, diaorang boleh bawakkan ke Kedai Linda ni. 











Baju- baju kat sini murah gier. Ramai yang beli untuk jual balik kat Malaysia. Kalau baju inner (lengan panjang), kat Kedai Linda ni boleh dapat RM 5 jer sehelai, kalau kat Malaysia biasanya orang jual RM 15 sehelai. Murah kan?

Urusniaga kat Kedai Linda ni guna matawang Ringgit Malaysia. Kalau guna Vietnam Dong lagi mahal. So, better guna RM sebab boleh dapat lagi murah baju-baju tu. 

Kredit kad atau Debit kad tak boleh guna sini.

Kat Kedai Linda ni banyak baju untuk wanita. Baju kurung kanak-kanak pun ada. Baju lelaki tak banyak sangat - cuma ada kurta, jubah dan kemeja, tapi tu pun tak banyak choice. 


Kalau korang plan nak pergi Ho Chi Minh, Vietnam, dan nak cari tour guide / pakej pelancongan kat sana , boleh contact aku. Pastu nanti korang boleh lah pergi ke Kedai Linda ni. Harga pakej ni ialah RM 829 untuk seorang untuk pakej ground jer (kalau lagi ramai pelancong, lagi murah). Harga pakej ni termasuk sekali ngan tempahan hotel, transportation & driver dan trip ke Sungai Mekong / Chu-Chi Tunnel. Nak emel pun boleh - dorsett.pink14@gmail.com . 
Hari Ahad hari tu, kitaorang bawak anak-anak jalan-jalan kat G2G Animal Garden, kat MAEPS, Serdang. First time datang situ. Ramai gak orang. Cuma sekarang tak de air, so, tak dapat pergi toilet dan basuh tangan kat situ. So, kalau nak pergi, bawaklah tisu basah banyak-banyak dan air kosong. 

Tikat masuk sini - RM 15 untuk kanak-kanak, RM 20 untuk orang dewasa. 

Banyak binatang kat situ. Yang bestnya, kita boleh pegang binatang-binatang tu, dan boleh bagi binatang tu makan lagi. Makanan binatang boleh beli kat situ - RM 1/cawan. 

 Kakak FL cakap kuku parrot ni tajam sangat, sampai sakit bahu dia.😁😁😁 Sebenarnya parrot tu nak jatuh, tu sebab dia (parrot) pegang bahu Kakak FL tu kuat-kuat. hehe.



















Kat sini ala-ala petting zoo lah, semua binatang peliharaan. Ada jugak ular dan iguana, tapi tak boleh pegang la.

Kat sini ada tempat makan juga. Ada surau jugak.

Jari Malas Menaip Bila Lama Tak Menaip

in , by dorsett pink, December 25, 2019
Dah lama rasanya aku tak update blog. Last update hari Sabtu lepas. Hari ni Hari Rabu, rasa macam malas atau takde mood nak update. huhu. Padahal banyak jer cerita nak share kat sini. 

Tu lah bila lama tak pegang keyboard, jari-jari pun rasa malas nak menaip.


Sebab tu orang kata kalau nak jadi Serial Writter atau Blogger Serious, kena serious menaip - kena bagi komitmen - komitment untuk menaip setiap hari dan komitmen untuk update blog setiap hari. Barulah nanti boleh jadi Blogger Famous macam Ben Ashaari atau Cik Epal. hehe.  

Setakat update blog seminggu sekali macam aku ni - errrmmmm, alamaknya sampai bila-bila lah jadi Blogger Picisan. hehe.

By the way, hari  ni hari cuti krismas kan? Selamat Bercuti Guys... Aku tak kemana-mana cuti ni sebab en.suami kerja. So, kitaorang pergi jalan-jalan dalam Klang Valley ni je lah.




First Time Buat FB Live

in , , by dorsett pink, December 21, 2019
Ahad lepas, pertama kali dalam hidup aku buat Facebook Live. hahhaha. Nervous beb. Tapi nasib baik OK jer lepas Live tu.. Mula-mula jer nervous. Aku segan bab-bab nak bercakap depan kamera ni, apatah lagi kalau kena public speaking, memang sangat-sangat malu. Tapi ada keadaannya, terpaksa beranikan diri jugak.

So, hari tu aku LIVE kat Fb Page luvKiddo - www.facebook.com/luvkido .  

Masa Live tu, aku share pasal TIPS untuk mendidik anak-anak kita menajdi anak cemerlang di dunia dan akhirat . Maksud cemerlang di dunia tu ialah cemerlang dari segi akademik, dan cemerlang akhirat tu ialah mempunyai akhlak yang baik, menjaga akidah sebagai seorang Islam, meninggalkan segala yang Allah larang dan buat semua apa yang Allah suruh dan sentiasa ada al-Quran , dan Allah swt dan Rasullah saw dalam jiwa mereka. 


Aku buat FB Live tu sebab aku nak share dengan semua tentang TIPS-TIPS untuk membesarkan anak-anak kita supaya diaorang bukan saja cemerlang kat dunia, tapi cemerlang jugak bab-bab agama. Aku share tu sebab aku nak orang lain pun turut sama mendapat manfaat dari ilmu yang aku baru jer dapat dari Parenting Class yang aku hadir hari tu. 

Talk tu dikongsikan oleh Ummi Siti Nazrah Sheh Omar - iaitu Ibu kepada 5 orang anak lelaki yang semuanya berjaya mendapat straight A dalam SPM dan semuanya berjaya haffaz 30 juzuk al-Quran. Dan hari ini, anak-anak Ummi Siti ni semuanya bergelar profesional dalam bidang masing-masing. 2 orang jadi Doktor, seorang jadi lawyer, 2 orang jadi akauntan, dan sorang lagi jadi Pakar Motivasi. Hebat kan??


So, masa kat kelas tu, Ummi share macam-mana dia besarkan anak-anak dia sednri dari anak pertama sampai anak last, yang akhirnya anak-anak berjaya menjadi mendapat result yang cemerlang dalam akademik dan bab agama. Anak no.2 Ummi berjaya hafaz 30 juzuk al-quran dalam masa 5 bulan jer. Fuhh!.

Aku harap anak-anak aku pun dapat ikut jejak diaorang ni jugak satu hari nanti. So, sebab tu aku nak jadikan Ummi ni sebagai Idola aku. hehe. Mana tahu, 1 hari nanti anak-anak aku pun berjaya menjadi profazz jugak =)).. Amminn. 


Inilah Ummi Siti Nadzrah. Wajiblah ambik gambar dengan Idola, moga aura Ummi yang sangat hebat tu dapat mengalir dalam diri aku jugak. hehe.. 


Dalam LIVE tu, aku share tentang :
- macam mana nak sediakan makanan untuk anak-anak,
- doa apa yang kita kena baca, bila waktu kita (sebagai ibu) kena berdoa untuk anak-anak,
- apa kata-kata motivasi yang kita kena bagi pada anak-anak kita.


Sebenarnya, banyak sangat TIPS yang Ummi kongsikan, dan tak sempat aku nak habiskan dalam 1 video. So, aku plan nak buat LIVE kejap-kejap dan share TIPS-TIPS tu sikit demi sikit. Sebab kalau nak share semua nanti 3 jam pulak ambik masa. hehe. So, aku tak nak ambik masa korang lama-lama, so aku live kejap-kejap jer. Kalau tak live, aku akan buat video, dan share kat FB. 

Ini buku-buku yang aku beli hari tu utuk dijadikan sumber rujukan =)). Ada lagi buku-buku yang belum beli lagi. Masukkan dalam #bucketlist dulu. 


So, korang jangan lupa follow dan like page 'luvKiddo' - www.facebook.page/luvkido untuk stay update dengan updates dari aku.. Banyak sangat benda yang aku nak share ni. 

Matlamat aku terhadap anak-anak aku ialah aku nak diaorang menjadi orang yang berjaya. Berjaya bukan saja kat dunia tapi jugak berjaya kat akhirat sana, dan berjaya masuk syurga kelak. Dan aku pasti, korang sebagai ibu atau bapa pun nak kan benda yang sama untuk anak-anak korang kan? So, sebab tu aku nak share ilmu-ilmu yang aku perolehi dengan korang supaya kita dapat sama-sama mendidik dan membesarkan anak kita menjadi orang yang berguna dan berjaya. InshaAllah. 


Hari tu Kakak FL pun ikut mommy pergi kelas. Dia tak buat bising, dia duk buat art & craft projek dia tu jer (buat teddy bear =)). Adik dijaga oleh Part-time Babysitter dari Kiddocare. . Sebab en.suami pun ada program  jugak hari tu. Ada program dengan NGO - tolong anak-anak yang tak berkemampuan cari barang-barang persekolahan. 

Weekend Getaway at Shaftbury Residence, Putrajaya

in , , by dorsett pink, December 20, 2019
Masa Bulan November hari tu, aku dan my big family ada stay kat Shaftbury Residence, Putrajaya masa waktu Konvo hari tu. Dekat sikit nak gerak ke UPM kalau stay kat Putrajaya. 

Memandangkan konvo hari Sabtu, so kiranya itu adalah 'weekend getaway' kitaorang =)).

Residence ni ala-ala macam AirBnB la, tapi ada jugak hotel. Yang kitaorang duduk tu AirBnB, kitaorang sewa direct dengan  owner rumah. Tempat ni kat betul-betul depan Alamanda. So, senanglah nak makan-makan atau shopping. Kitaorang book rumah ni kat booking.com. 

Rumah yang kitaorang sewa tu ada 2 bilik, 1 bilik air, ada fridge, ada kitchen lengkap dengan pinggan-mangkuk dan microwave, ada washing machine sekali ngan dryer, ada Internet TV, ada pool, gym dan playground. 



 














Selesa duduk sini, tapi bilik dia kecik. So, kalau datang ramai-ramai, kena book 2 rumah baru selesa sebab toilet hanya ada 1 jer. So, kena gilir-gilr tunggu turn. Overall, aku suka tempat ni sebab dekat dengan shopping mall - jalan kaki jer. Anak-anak pun suka, sebab ada swimming pool. hehe. Tapi air pool dia sejuk sangat.. 

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE