Thursday, December 12, 2019

Aktiviti Kakak FL Masa Cuti Sekolah 2019

Sekarang musim cuti sekolah kan. Seperti kebiasaan, seperti tahun -tahun sebelum ni, bila cuti sekolah Kakak FL akan join kelas apa-apa. Kami suami isteri tak bagi dia duduk rumah jer goyang kaki dan main-main-main. 

Walaupun memang fitrah budak-budak adalah bermain, lebih baik dia pergi ke kelas dan dia boleh bermain kat dalam kelas - belajar sambil bermain dan dalam masa yang sama boleh perbaiki / develop dia punya social skill bilamana dapat bergaul dengan peers. 

Untuk cuti sekolah Disember 2019 ni, kami antar dia masuk ke Kelas English - Intensive English Reading Class. Sebab untuk perbaiki dia punya bacaan dalam english. Untuk BM, Alhamdulillah dia dah lancar, untuk nak baca dalam Bahasa Inggeris belum lancar lagi. Dia cuma tahu simple words jer, tapi kalau nak suruh dia blending difficult words tu, dia tak pandai lagi. So, that's why kami antar dia ke kelas. And at the same time boleh baiki communication skill dia dalam english. 




Selain dari kelas english, dia pergi mengaji jugak hari-hari. Balik dari English class, mommy akan antar dia terus pergi mengaji. Mengaji ni sekejap jer. Lepas habis mengaji, baru balik ke rumah untuk sambung main dan tengok kartun =))..

Setiap hari Sabtu pulak, dia akan ke Kelas Hafazan. Kelas Hafazan ni dia dah joined sejak 4 bulan yang lepas. Seminggu sekali jer kelas, 3 jam je. Kelas pun dekat-dekat dengan area rumah jer. Alhamdulilla, sejak masuk kelas hafazan tu, nampak dia macam lagi suka / tertarik dengan Al-Quran.



Bila kat rumah, dia banyak buat aktiviti art & craft. 

Bila dia dah siap buat art & craft tu, dia akan sambung main. Main apa? Main masak-masak, main jual-jual, main susun kotak-kotak buat bangunan ataupun main doll dia - Barbie, Frozen, etc. 

 Conteng dinding? Tak sah kalau tak conteng dinding. hahahaha.


 Ini antara apa yang dia buat. Ini buku sekolah dia sebenarnya , ada page yang dia tak buat sebab tak hadir sekolah.


Kaka FL memang sangat suka dengan aktiviti-aktiviti seni. Just like her Mommy =)). Sampai hari tu dia ada cakap dia nak jadi arkitek. hahahha. Itu cita-cita mommy tu nak, tapi tak kesampaian =((.

Sebabkan Kakak FL suka sangat dengan art & craft ni, so aku pun rasa better aku share jugak dengan orang lain - material art & craft ni. So, aku pun bukaklah small business ni untuk bantu ibu-ibu untuk dapatkan art & craft material untuk anak-anak kesayangan. Small business aku ni adalah atas jenama 'luvKiddo'.. Korang boleh check FB - www.facebook.com/luvkido.





Art & Craft material yang luvKiddo tawarkan ni adalah educational art & craft stuff, sebab dia boleh buat anak-anak kita belajar, belajar sambil bermain. Belajar untuk pegang pensil dengan betul, belajar develop motor skill, develop kognitif skill, develop daya kreativiti dan imaginasi dan develop social skill sebab ada interaction between parents dan si manja. 

Kalau korang nak dapatkan art & craft material ni untuk anak-anak you all, boleh buat masa cuti sekolah ni, sekaligus dapat elakka diaorang dari BOSAN dan dapat elakkan diaorang dari tengok handphone dan gajet. Korang boleh whatsapp aku - 017-331 7100.  atau emel kat dorsett.pink14@gmail.com.



4 comments:

  1. bagus, banyak aktiviti dia... takdelah main je kan kejenya...
    si aiyan ni pun walaupun ikut ke opis kene buat latihan dulu baru boleh main hp kejap lepastu tidur, balik rumah baru layan kertun atau buat aktiviti bersama

    ReplyDelete
  2. banyak aktiviti dia... kalau ad kawan lagi best ni..terutama bab conteng dinding

    ReplyDelete
  3. Cuti yang sentiasa terisi dengan ilmu.Alhamdulillah.Terbaiklah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, bagi dia belajar juga masa cuti ni, biar masa dia terisi dengan aktiviti berfaedah dari asyik duk main dan tengok kartun jer

      Delete