Sunday, December 15, 2019

Belajar Sebab Cintakan Ilmu

Dulu kan masa aku berhenti kerja (dulu aku kerja sebagai town planner kat agensi kerajaan), post permanent, Gred J 41, aku kena kecam teruk. Yang duk kecam tu ialah ex-officemate aku. Kata diaorang - "rugilah dapat kerja best-best nak berhenti, ramai orang keja gomen, tapi bila dah dapat benti pulak. Tak sayang ker? Nanti tak de duit. Nanti tak dapat pencen.. Nanti takde duit ... " dan macam-macam lagilah kata-kata yang aku dengar. Sampaikan aku dapat panggilan telipon dari kawan-kawan yang tak pernah-pernah call aku pun, nak tahu sebab apa aku berhenti kerja.


Hahahahhahaa.. Lawakla. Aku berhenti kerja tak menyusahkan sesiapa pun. And even aku dah berhenti kerja pun, aku tak delah mintak sedekah kat sesapa. Alhamdulillah cukup makan pakai akulepas aku berhenti kerja. Dan aku jugak takde hutang lepas aku berhenti kerja, so aku tak perlu nak fikir nak runsing kepala nak jawab panggilan dari BANK.


Aku hadam jer semua kata-kata tu. Bilamana aku sambung belajar pulak (sejurus lepas berhenti kerja tu), aku jugak diajukan dengan macam-macam soalan. Ada yang kata "Belajar tinggi-tinggi, nak kerja apa lepas tu sebab dah berhenti kerja" , "Belajar tinggi-tinggi kalau setakat nak jadi suri rumah, budak SPM boleh jadi suri rumah" , "Rugilah belajar sampai phd tapi duduk rumah je last skali".. 

Errrrmm.. hadam jer lah. telan jer lah semua kata-kata tu.Kalau aku ikut cakap diaorang, tak ke mana. Biarlah orang kata jadi suri rumah ni low class. Takpe. Yang penting, jadi suri rumah pahala banyak. Pahal mengalir jer setiap masa. 

Aku sambung belajar bukan sebab pangkat, harta atau sebab gelaran. Aku sambung belajar sebab nak belajar, sebab aku suka belajar - aku cintakan ilmu. Ada banyak benda dalam dunia ni yang aku tak tahu lagi. So, dengan sambung phd ni, ialah salah satu cara aku untuk belajar tentang ilmu dunia sementara aku masih bernyawa. Aku sambung belajar jugak sebabkan anak aku - aku nak jadi role model untuk anak-anak aku. Aku nak satu hari nanti, anak-anak aku pun sambung belajar sampai ke tahap phd. 

Walaupun aku tak bekerja lepas habis phd, tapi aku dapat jaga anak aku sendiri, dapat uruskan anak-anak sendiri, dapat masak dan suap makan ke anak sendiri. Aku yakin dan pasti, belaian dan sentuhan dari ibu kandung pada anak-anak, mampu menjadikan anak-anak tu seorang yang bijak dan pandai. 

Biarlah apa pun orang nak kata sebelum ni, hari ini aku mampu tersenyum sebab aku dah berjaya capai matlamat aku - untuk menggenggam sugulung Ijazah Kedoktoran =)) 


8 comments:

  1. tahniah DP. semoga ilmu yang DP perioleh tu boleh deliver semula kpd masyarakat satu hari nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih UN sebab sudi baca entry ni. Alhamdulillah, dari masa ke semasa memang saya deliver ilmu yang saya pelajari tu ke masyarakat melalui pelbagai medium. Sekarang pun, saya dah tulis beberapa jurna paper dan student atau mana2 agensi / researcher boleh rujuk paper saya di internet untuk study tentang bidang land use planning dan affordable housing =)). Ilmu tu saya boleh kongsikan juga di blog. hehe. So, banyak medium dan cara untuk saya sumbangkan ilmu saya pada masyarakat selain dari bekerja tetap.

      Delete
  2. Ilmu tinggi atau sederhana dan rendah sekalipun tidak semestinya diaplikasikan dalam pekerjaan semata-mata.Boleh juga dikongsikan dengan pelbagai cara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tak, tak semestinya kena apply dalam kerja jer.. Sekarang pun saya bersyukur sangat sebab banyak ilmu yang saya tuntut masa buat phd dulu saya apply dalam kehidupan saya seharian especially tentang time management dan fokus

      Delete
  3. macam-macam hal manusia ni yek, jenis yang suka jaga tepi kain orang lain.

    apa jua keputusan mesti kita ada sebab musabab nya, lepas berhenti kerja nk sambung belajar pun orang pertikai, pelik-pelik manusia nih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah ragam kehidupan yang mewarnai dunia =))

      Delete
  4. Sama dgn akak juga DP... Time berhenti kerja hari tu semua orang ambil kisah, call/text etc. Never regret the decision and alhamdulillah all is well till now.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kak.. Ramai lagi ahli masyarakat yang tak boleh terima wanita berhenti kerja dan jaid suri rumah, seolah-olah jadi suri rumah ni macam useless sangat =))

      Delete