Saturday, December 21, 2019

First Time Buat FB Live

Ahad lepas, pertama kali dalam hidup aku buat Facebook Live. hahhaha. Nervous beb. Tapi nasib baik OK jer lepas Live tu.. Mula-mula jer nervous. Aku segan bab-bab nak bercakap depan kamera ni, apatah lagi kalau kena public speaking, memang sangat-sangat malu. Tapi ada keadaannya, terpaksa beranikan diri jugak.

So, hari tu aku LIVE kat Fb Page luvKiddo - www.facebook.com/luvkido .  

Masa Live tu, aku share pasal TIPS untuk mendidik anak-anak kita menajdi anak cemerlang di dunia dan akhirat . Maksud cemerlang di dunia tu ialah cemerlang dari segi akademik, dan cemerlang akhirat tu ialah mempunyai akhlak yang baik, menjaga akidah sebagai seorang Islam, meninggalkan segala yang Allah larang dan buat semua apa yang Allah suruh dan sentiasa ada al-Quran , dan Allah swt dan Rasullah saw dalam jiwa mereka. 


Aku buat FB Live tu sebab aku nak share dengan semua tentang TIPS-TIPS untuk membesarkan anak-anak kita supaya diaorang bukan saja cemerlang kat dunia, tapi cemerlang jugak bab-bab agama. Aku share tu sebab aku nak orang lain pun turut sama mendapat manfaat dari ilmu yang aku baru jer dapat dari Parenting Class yang aku hadir hari tu. 

Talk tu dikongsikan oleh Ummi Siti Nazrah Sheh Omar - iaitu Ibu kepada 5 orang anak lelaki yang semuanya berjaya mendapat straight A dalam SPM dan semuanya berjaya haffaz 30 juzuk al-Quran. Dan hari ini, anak-anak Ummi Siti ni semuanya bergelar profesional dalam bidang masing-masing. 2 orang jadi Doktor, seorang jadi lawyer, 2 orang jadi akauntan, dan sorang lagi jadi Pakar Motivasi. Hebat kan??


So, masa kat kelas tu, Ummi share macam-mana dia besarkan anak-anak dia sednri dari anak pertama sampai anak last, yang akhirnya anak-anak berjaya menjadi mendapat result yang cemerlang dalam akademik dan bab agama. Anak no.2 Ummi berjaya hafaz 30 juzuk al-quran dalam masa 5 bulan jer. Fuhh!.

Aku harap anak-anak aku pun dapat ikut jejak diaorang ni jugak satu hari nanti. So, sebab tu aku nak jadikan Ummi ni sebagai Idola aku. hehe. Mana tahu, 1 hari nanti anak-anak aku pun berjaya menjadi profazz jugak =)).. Amminn. 


Inilah Ummi Siti Nadzrah. Wajiblah ambik gambar dengan Idola, moga aura Ummi yang sangat hebat tu dapat mengalir dalam diri aku jugak. hehe.. 


Dalam LIVE tu, aku share tentang :
- macam mana nak sediakan makanan untuk anak-anak,
- doa apa yang kita kena baca, bila waktu kita (sebagai ibu) kena berdoa untuk anak-anak,
- apa kata-kata motivasi yang kita kena bagi pada anak-anak kita.


Sebenarnya, banyak sangat TIPS yang Ummi kongsikan, dan tak sempat aku nak habiskan dalam 1 video. So, aku plan nak buat LIVE kejap-kejap dan share TIPS-TIPS tu sikit demi sikit. Sebab kalau nak share semua nanti 3 jam pulak ambik masa. hehe. So, aku tak nak ambik masa korang lama-lama, so aku live kejap-kejap jer. Kalau tak live, aku akan buat video, dan share kat FB. 

Ini buku-buku yang aku beli hari tu utuk dijadikan sumber rujukan =)). Ada lagi buku-buku yang belum beli lagi. Masukkan dalam #bucketlist dulu. 


So, korang jangan lupa follow dan like page 'luvKiddo' - www.facebook.page/luvkido untuk stay update dengan updates dari aku.. Banyak sangat benda yang aku nak share ni. 

Matlamat aku terhadap anak-anak aku ialah aku nak diaorang menjadi orang yang berjaya. Berjaya bukan saja kat dunia tapi jugak berjaya kat akhirat sana, dan berjaya masuk syurga kelak. Dan aku pasti, korang sebagai ibu atau bapa pun nak kan benda yang sama untuk anak-anak korang kan? So, sebab tu aku nak share ilmu-ilmu yang aku perolehi dengan korang supaya kita dapat sama-sama mendidik dan membesarkan anak kita menjadi orang yang berguna dan berjaya. InshaAllah. 


Hari tu Kakak FL pun ikut mommy pergi kelas. Dia tak buat bising, dia duk buat art & craft projek dia tu jer (buat teddy bear =)). Adik dijaga oleh Part-time Babysitter dari Kiddocare. . Sebab en.suami pun ada program  jugak hari tu. Ada program dengan NGO - tolong anak-anak yang tak berkemampuan cari barang-barang persekolahan. 

4 comments:

  1. TAHNIAH BAB PARENTING TERBAIK N MESTI DIKONGSI BERSAMA AGAR TERBINA KELUARGA HARMONI BAHGIA DUNIA AKHIRAT

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Kak PI sebab sudi komen. InshaAllah saya akan terus share ilmu yang bermanfaat supaya kita semua dapat sama-sama dapat mewujudkan keluarga mawaddah wa rahmah. Amiin

      Delete
  2. Waahhhh! Terinspirasinya. Best kan dapat ilmu daripada orang-orang macam ni. Itulah dia seorang ibu. Sentiasa berusaha untuk beri yang terbaik untuk anak-anak. Tambah dengan tips and tricks daripada yang lebih berpengalaman, insyaAllah berjayalah semuanya. Supermom! 💪🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, rasa sangat terinspirasi dan sangat motivated bila dengar perkongsian dari ibu-ibu yang hebat macam ni..

      Delete