Wednesday, December 04, 2019

Joined Flamingo Run 2019

Ahad hari tu (1 Disember 2019), aku join running event Flamingo Run 2019 kat Persiaran Flora, Cyberjaya.

First time ni aku joined running event lepas berkahwin dan sambung belajar. Masa belajar dulu tak sempat nak join event-event macam ni. Bukan tak de masa, tapi masa yang ada tu lebih baik aku luangkan untuk anak-anak.

So, hari tu aku join event ni sorang-sorang - 5km. Anak-anak kalau pagi-pagi diaorang masih tidur lagi. So, aku tinggalkan diaorang kat rumah, en.suami jaga.

Objektif aku masuk running event ni ialah sebab nak exercise. Aku dulu memang aktif. Masa zaman sekolah, zaman universiti dan zaman bujang sebelum kahwin memang selalu join event mcam ni dan jugak aktif hiking. Tapi sejak preggy dan ada anak-anak kecik, plus dengan belajar yang sangat perah otak tu, aku tak sempat nak join benda-benda macam ni.

Alhamdulillah, sekarang dah konvo, dah ada banyak masa untuk kembali aktif lepas ni. 

Jam 7 aku sampai kat Cyberjaya. Makan roti sekeping, kalau tak makan, nanti aku takde tenaga. 7.15 am start zumba - warming up. 7.30 am - flag off. 8.15 am aku sampai kat finishing line. 

5 km - aku lari dan jalan. Tak boleh nak lari terus sampai ke finishing line, tak larat. Mungkin next time akan cuba untuk lari tanpa henti macam zaman muda dulu-dulu. hehe. 





 

Cantik medal dia. Hari tu, dapat light breakfast jugak.


Lepas ni boleh join lagi. Aku target, setiap bulan nak join mana-mana running event - nak try istiqomah. hehe

12 comments:

  1. Laju juga DP lari, 45 minit je dah sampai finish line. Well done!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laju erk? Kalau dulu lagi laju, skrang 45 minit tu kira slow jugak la. Takpe, nanti saya cuba laju lagi.hehe

      Delete
  2. comel medal nya tuh, flamingo yang berlari hehehehe

    ReplyDelete
  3. sama laa..niat tahun 2020 nk try masuk larian maca ni..demi nak sihat :-)

    ReplyDelete
  4. rajin lah dia.. bagus ni. akak mmg tak de lahhh.. tambah2 now dah sakit lutut.

    ReplyDelete
  5. Wahh bestnya .. akak ni dah lama dah tak dapat lari2 camni .. kena join gak la nanti ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah best kak terasa ringan je badan lepas lari tu. Try la cari masa kak join event macam ni. untuk kesihatan diri

      Delete
  6. how i wish i could also join... partner ammi tak sportinglah bab2 berlari ni. ajak main football oklah kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. takpe boleh berlari sorang-sorang macam saya hari tu.

      Delete